APABILA rancangan TV realiti terbitan TV3 dan ntv7, MyStarz LG mula bersiaran, ramai yang mula memperkatakan tentang kredibiliti rancangan tersebut kerana membenarkan kanak-kanak yang masih lagi menuntut di sekolah rendah dan menengah menyertai rancangan tersebut.
Kata mereka, kanak-kanak semuda itu tidak harus dibiarkan hanyut dengan dunia hiburan kerana bimbang akan menjejaskan pelajaran mereka.
Namun, kenyataan itu disangkal kemas oleh pengetua program tersebut, Farihin Abdul Fatah yang mengatakan muzik yang baik tidak sepatutnya untuk orang dewasa sahaja.
Tambahnya lagi, kalau pembawaan (sikap) kanak-kanak itu baik, mereka akan jauh lebih matang berbanding orang dewasa. Malah, kata Farihin juga, sayang kalau bakat yang ada pada mereka (kanak-kanak) dibiarkan begitu sahaja.
Namun, itu tidak terjadi pada konsert kelapan program tersebut yang berlangsung di Sri Pentas 2, Shah Alam, Ahad lalu. Dua peserta paling muda iaitu Emeer, 12, dan Rachel, 13, menjadi ‘mangsa’ kritikan juri tetap, Patrick Teoh dan juri undangan, Azmeer.
Kata mereka, Emeer dan Rachel kelihatan tidak sesuai untuk menandingi peserta dewasa yang ada meskipun mereka menampilkan persembahan yang mantap dan ada kalanya, jauh lebih baik daripada peserta lain.
Persoalannya, mengapakah dari awal membenarkan kedua-dua peserta itu bertanding kalau menyedari mereka tidak sesuai menandingi peserta dewasa pada program itu?
Kasihan Emeer dan Rachel. Setelah berjaya melayakkan diri ke konsert penentu bagi mencari peserta ke peringkat akhir, mereka di kritik begitu. Ia bagaikan cuba ‘membunuh’ dan ‘melenyapkan’ semangat Emeer dan Rachel.
Justeru ketika peserta yang berjaya ke peringkat akhir diumumkan, Emeer sudah tidak mampu menahan airmatanya daripada mengalir. Emosinya bagaikan terganggu.
Pada konsert kali ini Emeer membawakan lagu popular, Dealova dengan begitu bagus sekali. Malah, pitching dan penyampaiannya begitu menyakinkan meskipun sewaktu latihan, dia tidak mahu membawakan lagu tersebut.
Perlukah perbandingan?
Tidakkah pihak juri terfikir bahawa perlukah dilakukan perbandingan antara peserta cilik dengan peserta dewasa?
Seperti kata Azmeer kepada Emeer, “Maaf, anda belum boleh lawan Ijam (peserta yang lebih dewasa pada pertandingan itu). Persembahan anda bagus tapi belum boleh pergi jauh lagi kerana anda masih muda.”
Malah, Azmeer juga membuat perbandingan suara Emeer dengan bilal muda sebaya Emeer di kawasan tempat tinggalnya. Perlukah begitu? Sepatutnya, Azmeer yang ‘bijak pandai’ dalam bidang muzik seharusnya peka dan berfikir untuk memberikan semangat kepada Emeer.
Kalau begini jadinya, dari awal lagi, MyStarz LG tidak harus membenarkan kanak-kanak yang masih menuntut di bangku sekolah menyertai sebarang pertandingan lagi.
Biarkan mereka menghabiskan pelajaran dahulu dan membesar sehingga mencapai tahap kematangan mereka (dalam konteks vokal).
Begitu juga dengan Rachel apabila Patrick Teoh mengatakan lagu yang dinyanyikannya iaitu Inginku Melihat Malam yang merupakan lagu asal Madonna, iaitu Material Girl yang telah dialih bahasa itu tidak sesuai dengan usianya.
Kalau begitu, sepatutnya dari awal, berikan lagu-lagu yang sesuai dengan usia mereka. Seharusnya, pihak yang bertanggungjawab lebih peka terhadap perkara ini.
Konsert kali ini tiada penyingkiran. Namun adakah konsert wildcard yang akan berlangsung minggu hadapan akan membawa tuah kepada Emeer dan Rachel untuk beraksi dalam konsert akhir yang dijangka berlangsung pada 9 September depan?
Atau siapa tahu, mungkin juga nasib akan menyebelahi Nina, Awang, Mimi, Andi, Russell, Rubisa dan Aliff untuk sama-sama beraksi bersama Badri, Tashya dan Ijam yang telah terpilih ke peringkat akhir.