Monday, October 1, 2007

Awie murah rezeki


Sepanjang tahun ini saja sudah enam filem lakonannya seperti Cuci, Brave (Bangkok), Antoo Fighter (Grand Brilliance Sdn Bhd), Duyong, Cinta U Turn dan Apa Kata Hati (Tayangan Unggul Sdn Bhd).Mengikut perancangan Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 39, akan meneruskan penggambaran filem Zombie Kilang Biskut, Suami Pilihan dan Baik Punya Cilok II tidak lama lagi.
Pun begitu, bidang nyanyian bergerak seiring dengan aksi di layar perak buat bekas teraju utama filem Sembilu itu. Selain latihan nyanyian, Awie terbabit dalam persembahan bersama kumpulan Wings yang popular menerusi lagu Di Ambang Wati, Misteri Mimpi Syakila, Sejati dan Bazooka Penaka.Justeru, beberapa projek bagi 'menyerlahkan' nama kumpulan legenda rock tempatan itu tetap giat dijalankan Awie bersama anggota kumpulannya.
Ia termasuk merakam semula lagu terbaik Wings.Bapa tiga anak itu, mengakui peluang merakamkan album sentiasa dinanti walaupun berdepan jadual padat dalam aktiviti penggambaran."Selepas selesai penggambaran filem Cinta U-Turn dan Apa Kata Hati saya bersama anggota Wings 'terperap' dalam studio bagi menghasilkan projek album terbaru yang kami rancang selepas sekian lama."Kami merakam semula koleksi lagu terbaik daripada semua album secara 'live' di studio dengan susunan muzik yang lebih padu dan bersesuaian dengan konsep yang akan kami tonjolkan kelak.
"Setakat ini, satu album berjudul Teori Domino sudah berjaya disiapkan dan kami akan menyambung rakaman untuk album kedua selepas Syawal nanti. Album yang dirakam dalam format lagu (CD) dan video (VCD) ini besar kemungkinan berada di pasaran penghujung tahun ini," katanya.Selain Awie selaku vokalis utama, Wings dianggotai Abd Zamin Abd Kadir atau Joe (gitar utama), Samsaidi Ulong Idris atau Eddie (bass) dan Azmi Hashim atau Black (dram) adalah anggota asal kumpulan ini sejak ditubuhkan pada 1985.

Ketika jadual latihan nyanyian dan aktiviti lakonan tidak menentu, Awie tetap berkesempatan menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Astro Shaw Sdn Bhd di Kelab Golf Bukit Kiara baru-baru ini.
Mengenai persiapan Aidilfitri pula, Awie berkata sambutan bakal diraikan biasa saja sebaliknya dia akan lebih tertumpu kepada anak-anak dan isteri."Saya lebih mengutamakan persiapan raya untuk anak-anak, maklumlah mereka baru merasai bagaimana menyambut Syawal. Sebagai ayah, sudah tentu saya mahu melihat anak-anak saya menyambut Aidilfitri ini dengan suasana yang penuh gembira," katanya.
Sumber : Metro
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR