Tadi aku baca surat khabar utusan. Untuk mengetahui isu semasa yg hangat, aku akan baca 3 perkara dalam Utusan.
1. Senyum Kambing
2. Hello Bos
3. Mamak Cyber
Yang bestnya, dalam mamak cyber... mamak tuh tanya apa beza pelakon buka baju dan penyanyi bukak baju ? jawab... jawab...
lagi satu yang aku pelik... isu bukak baju nie dibangkitkan oleh Suruhanjaya Komunikasi Multimedia (MCMC) di mana ia bernaung dibawah Kementerian Tenaga dan Telekomunikasi. kementerian Penerangan tak kata apa pun ? Kementerian Kebudayaan dan Warisan pun tak kata apa pun.
Berlenggeng itu budaya biasa. Apa nak sebok. Mana mana penari baik melayu india atau ciana yg menarikan tarian klasik india pun berlenggeng. Takde masalah pun.