Monday, January 14, 2008

Ke mana hala tuju pembikinan filem melayu 2008

Sebelum tahun 2008, filem-filem melayu hanya berkisar kepada genre filem yang sama seperti action yg tak berapa pack sangat, citer hantu, citer komedi dan citer cinta. Hanya 4 kategori genre nie sajalah filem yang pengarah dan penerbit filem di Malaysia berlumba lumba nak hasilkan. Ahmad Idham pernah cuba kelainan mengarahkan filem kanak-kanak. Walaupun tak sehebat filem walt Disney tapi dia sudah mengorak langkah kepada pembikinan genre filem yg lain dari kebiasaan.

Kalau di Hollywood, filem-filem yang di keluarkan bersesuaian dengan musim ketika itu. Untuk winter, citer-citer drama, kekeluargaan, kanak-kanak dan christmas sering menjadi bahan utk di tayangkan. Sewaktu summer, filem action menguasai panggung. Begitulah yang berlaku sepanjang tahun. Putaran filem perlu kena pada waktu dan ketikanya.

Cabaran kepada penggiat seni tanahair utk keluar dari kepompong 4 jenis genre asas perfileman Melayu. Cuba-cubalah buat suatu filem yang kuat dari segi lakon layar dan skrip seperti cerita: 12 Angry Man, The Green Mile. Malaywood percaya, kosnya pembikinan sudah semestinya tidak tinggi. Lokasi pengambaran tidak banyak kerana shooting pada lokasi yang sama jika nak dibandingkan dengan filem seram atau filem aksi. Cuba-cubalah belajar bagaimana nak hasilkan filem seperti yang Malaywood sebutkan tadi. Cabaran kepada pengarah filem di Malaysia.

Malaywood: Citer P.Ramlee pun diaorang tak bleh celen lagi, berhajat besar pulak nak lawan Tokyo Drift atau Initial-D
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR