Sunday, January 13, 2008

Meet Uncle Hussain ada kelas tersendiri.

Selepas kumpulan underground Butterfinger masuk mainstream, Malaywood rasa takde lagi group underground lain yang cukup bagus untuk diterima dalam mainstream media. Tiba-tiba muncul Meet Uncle Hussain.... dengar nama band dia pun dah tahu budak-budak underground. Malaywood tabik lah ngan Meet Uncle Hussain, masih bleh layan underground dan mainstream. Lagu La la la Kerjalah pun best... unik. memang original. Aku dah lama tak jumpa local band yang best. Zaman terakhir aku pergi Gig waktu zaman band band Butterfinger, New Arqam Punk, Caberator Dunk, The Bollocks, Sil Khannaz. Sekitar tahun 1995-96. Tak ingat lah tarikh tepat. So, Meet Uncle Hussain dah mengebalikan nostalgia lama aku pasal group underground. Aku ingatkan band underground nie dah kekurangan talent. Rupanyer ada lagi penyambung warisan Original muzik. Muzik Meet Uncle Hussain untuk lagu La la la Kerjalah memang original. Syabas. !!

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR