Friday, February 15, 2008

Kronisme Dalam Industri Perfileman Malaysia ? Bosanyer

Kronisme dalam perfileman Malaysia?

“BUKAN saya tidak mahu berlakon filem, tetapi sikap penggiat filem kita lebih bersifat kronisme. Mereka lebih suka panggil kroni-kroni sendiri untuk berlakon daripada mengajak orang lain.... Lagi



Quote kat atas nie dari Utusan Malaysia ari nie dalam Mega. Ye ker ? Aku pun ingatkan menteri-menteri dan ahli politik kat Malaysia jer yg mengamalkan Kronisme nie, rupanyer karyawan perfileman pun sama. Apa nak jadi lah diaorg nie, patut lah tak maju-maju dari dulu.

Betul ker ada dasar kronisme kat dlm industri perfileman Malaysia nie ? sebab dah obvious sgt, bangkai gajah memang dah tak boleh nak disorok lagi dah. Antara Kroni yg paling ketara, Geng Afdlin Shauki. Mesti ada Hans, ada Awie ada AC Mizal... kengkadang ada Erra dan ada Haris Iskandar. Balik-balik muka tu jugak.. filem apa-apa pun lah, Buli, Buli Balik, Cuci, Baik Punya Cilok.... MUAK...MUAK... muka yg sama jugak. Ada lagi, geng yg satu lagi namanya Geng Shumi, (Suhaimi Baba) mesti ada Rusdi Ramli, Maya Karin, Ida Nerina,... sebab tu bila kita tengok Waris Jari Hantu, Pontinak Harum Sundal Malam 1 dan 2... pelakon yang sama... MUAK giler...

Pelakon lain tak bagus ker... Aku pernah tengok satu episod Melodi pernah ajukan soalan nie pada Suhaimi Baba, pastu Suhaimi terasa yg dia mengamalkan kronisme... tok sah mengelak lah... semua orang dah tahu... besok org boikot filem kau, baru kau tahu. Aku cakap terus terang, aku memang tak suka tengok perkembangan kronisme dlm industri filem. Tak variety. Semuanyer sama... so buat apa nak tengok wayang... Lakonan stereo type. Balik-balik muka tu, dan gandingan yang sama. Bosan... Baik beli CD cetak rompak kat pasar malam.

Tapi kalau utk filem sequel takpe lah... takkan nak tukar pelakon... nama pun sambungan... Maria Marina 1 dan 2, memanglah pelakon yang sama. Janji Diana team lain, Gerak Khas team lain baru lah OK.

Tengok filem dulu-dulu... ada filem yg gandingan semua gandingan lain, filem-filem Bujang Lapok geng lain, filem-filem Do Re Mi geng lain, Antara Dua Darjat geng lain, filem-filem Labu-labi geng lain. Baru ada variety walaupun masa tuh pelakon tak ramai tapi syok di tengok sampai ke ari nie.

Kepada director-director filem diluar sana... cuba pikir.. elok sangat ker kronisme nie utk masa depan industri. Jangan sampai penonton bosan dengan kumpulan yg sama dari pengarah yg sama.

Malaywood: BOIKOT pengarah yg mengamalkan KRONISME
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR