Sunday, December 14, 2008

Sari Yanti nikah Januari depan



Dengar khabar pelakon baru Sari Yanti akan kahwin tak lama lagi.. elok lah tuh... tarikhnya pada Januari 16, 2009 dengan jejaka pilihan hati Mohd. Eddy Casmady Che Hussin. Semoga kekal bahagia hingga akhir hayat. Pandai-pandai lah mengemudi bahtera perkahwinan tuh nanti. Asam garam anak seni nie penuh ranjau dan duri. Ambil iktibar kisah perceraian artis Malaysia 2008 nie dengan minda yg terbuka. 

Mungkin bagi sesetengah artis, mendirikan rumah tangga pada usia muda bakal menyebabkan mereka kehilangan satu nikmat yang amat berharga iaitu populariti.

Namun, bagi Sari semua itu tidak penting, dan berkongsi hidup dengan insan tersayang lebih memberi makna kepada dirinya.

”Saya berlakon kerana minat dan bukan kerana populariti. Jadi saya tak kisah sekiranya populariti hilang dan sebagainya. Saya pun manusia biasa yang memerlukan teman untuk bersama ketika susah dan senang,” jelas model iklan Palmolive, Maxis, Kotex dan Sunsilk ini.

Tambah Sari, masyarakat kini semakin memahami dan boleh menerima seseorang artis itu meskipun sudah berkahwin. - Utusan


Malaywood: tak jomput Malaywood ko ?
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR