Satu hari, masa berada diluar kawasan KL, aku terpaksa tune radio nk cari siaran... alih-alih dengar suara Aznil... channel 103.6 kat area Seremban. layan.. lah ERA rupanyer.. biasa 103.3. Elak lah tuh... Nana, Adi dan Reza bukan best pun.. Memang tak best terutama Nana dan Reza. Aku tak tahu kat mana yg tak best.. tapi aku rasa memang tak best.
radio nie, kalau nak popular... channel pagi nyer power. Sebab majority pendengar radio adalah pemandu kereta yg nak pergi kerja. waktu kerja org tak dengar radio. Lagi satu, slot petang org balik kerja atau malam time student nak study. DJ Tak power korang letaklah slot tengah hari, dimana pendengarnya adalah suri rumah, warga pencen dan perkerja shift malam.
Tak tau berapa lama Aznil akan mengendalikan pagi di ERA... tapi cubaan meletakkan Aznil di slot pagi di ERA adalah yg terbaik selepas gandingan KnK.
Malaywood: Kieran antara DJ Era yg terbaik... apasal tak counter offer yg Hot FM bagi...