Tuesday, June 16, 2009

Elyana akan bertunang pada 11 Julai 2009


Elyana

Elyana bakal bertunang pada 11 Julai ini. Majlis itu akan diadakan di sebuah banglo yang diberi nama Jeumpa D’Ramo di Bangsar. Majlis itu besar kemungkinan dilakukan selepas solat Zuhur.

Sepatutnya Elyana sepakat memilih hari lahirnya iaitu pada 5 Julai untuk bertunang, namun tarikh itu jatuh pada hari terakhir ibunya mengikuti kursus haji. Lalu mereka nekad mengubah kepada 11 Julai. Sekarang ini, memang Elyana sibuk membuat persiapan pada saat akhir.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR