Sunday, August 23, 2009

Eja, antara dulu dan sekarang



EJA tetap mempertahankan prinsipnya yang dipegang selama 12 tahun menjadi pelakon.

Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih dikenali sebagai Eja, 37, sebagai manusia biasa, dia mempunyai hak untuk tidak menceritakan kepada umum dan masyarakat tentang status dirinya mahupun kehidupan peribadinya.

Tegasnya, itulah prinsip hidupnya sejak mula menceburkan diri dalam dunia seni sejak 12 tahun lalu dan dia sendiri merupakan seorang yang cukup perahsia biarpun kepada ahli keluarganya sendiri.

"Saya bukan seorang yang mudah bercerita dan berkongsi rahsia dengan sesiapa. Malah, bukan mudah juga untuk saya mempercayai sesiapa.

"Selama ini pun, pihak media tahu bahawa saya sudah berkahwin namun atas permintaan saya sendiri, saya meminta dan tidak mahu kisah peribadi saya yang lebih ditonjolkan daripada kisah kerjaya.

"Bagi saya, kerjaya dan peribadi tidak harus dicampuradukkan. Selama ini pun, saya tidak pernah menafikan mahupun mengiyakan tentang status diri saya," demikian luahan Eja.

Selama ini pun jelasnya, peminat mahupun masyarakat sudah berkali-kali sedar akan kehadiran lelaki yang bernama Mohd. Silahuddin Jamaluddin, 49, yang sering kali menemaninya di majlis-majlis korporat.

Katanya, apabila ada yang menegurnya di luar dan bertanyakan tentang Silahuddin, Eja tanpa segan-silu memberitahu bahawa lelaki itu adalah suaminya.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR