Cepat sungguh masa berlalu. 2015 sudah pun masuk bulan June. Beberapa hari lagi, bulan Ramadhan akan menjelma. Selepas itu Syawal akan tiba. Kalau tak melaram di Hari Raya Aidilftri memang tak sah la kan? Lebih-lebih lagi jika anda seorang wanita. Seperti tahun-tahun sebelum ini, pereka fesyen terkemuka Malaysia, Rizalman bakal tampil dengan koleksi Hari Raya Aidilfitri yang pasti akan membuatkan anda teruja tahap tinggi.
Terima kasih kepada Zalora kerana telah memberikan ekslusif ‘sneak peek’ koleksi Hari Raya 2015 Rizalman kepada para pembaca semua. Kalau tak silap, tempahan untuk koleksi ini akan dibuka pada penghujung bulan Mei ini dengan jumlah yang amat terhad. Siapa cepat dialah yang akan dapat. Jangan menangis kalau tiba-tiba dah habis stok. Jom kita tengok beberapa rekaan terkini Rizalman khas buat pengguna setia Zalora.

