16 Januari 2006: Utusan Malaysia
Memang Mawi mempunyai karier yg cerah dlm industri seni tanahair... Kalau refer to my reference, Utusan Malaysia 16 Januari 2006. Mawi membuktikan bakatnya sewaktu diundang menjadi deejay jemputan program Autograf di stesen Red 104.9 di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mawi tidak berasa kekok walaupun itu adalah kali pertama dia ke udara secara langsung menerusi stesen radio popular tersebut selama dua jam tanpa henti.
Jadi, kepada yg iri hati sangat kat Mawi, terutama pendengki kat channel 15 Astro tuh, renti kan lah tohmahan korang mengata si Mawi nie. Korang tak dapat apa pun, rezeki Mawi tu jugak yg mencurah curah... dah jadi jutawan dah pun... korang plak menghabiskan sms kat channel 15. Apa korang dapat?
Mawi dah buktikan bakat nyanyian nyer... 2 album dia buat... terjual lebih 300 000 unit. Nak bukti kan apa lagi? Nak kata Mawi sombong? iyer ker? Anyway... contoh ni lah yg kita nak tonjol kan... jangan ingat artis berimej baik tidak boleh kehadapan... jangan ingat, dunia hiburan hanya mementingkan paras rupa bukan bakat, sebenar bakat dan personality yg baik boleh membuka jalan seseorang artis itu untuk berjaya di dlm industri seni tanah air...
adios