Showing posts with label Mawi. Show all posts
Showing posts with label Mawi. Show all posts

Sunday, January 24, 2010

Langkah Mawi jadi lagak Mawi






SEMENJAK Mawi menjadi Juara AF3 saya boleh dikatakan sentiasa mengikuti perkembangan cerita-cerita tentang Mawi begitu juga cerita-cerita dia berjalan-jalan makan angin ke serata dunia.
Daripada episod pertama Langkah Mawi saya masih teruja untuk menonton dan melihat bagaimana seorang pemuda dari Felda yang tidak punya apa-apa mengorak langkah ke setiap penjuru benua memperlihatkan bakatnya sebagai penyanyi dan mengacara program yang dikendalikan.
Kemewahan yang melingkari mungkin menyebabkan manusia itu menjadi seperti Mawi yang ada pada hari ini.
Di dalam Langkah Mawi 2, Jujur saya katakan, saya cuma menonton sekejap sahaja pada episod pertamanya.

Selepas itu saya tidak menontonnya lagi kerana saya tidak lagi melihat Mawi yang dahulu. Hari ini saya melihat seorang Mawi yang kelihatan sombong dengan lagaknya bercakap sewaktu mengacara program yang dikendalikannya itu.
Lirik matanya tidak lagi telus seperti dahulu. Pandangan matanya tidak lagi tepat melainkan dengan lirikan ekor mata sahaja. Dengan isterinya yang sentiasa ada mengekori ke mana sahaja menyebabkan saya berasa muak.
Saya merasakan ramai yang bersetuju dengan saya rancangan Langkah Mawi ini wajar sangat diberi judul baru,lagak mawi.

Malaywood: mawi perlu byk lagi belajar dlm hal hal pengacaraan... bakatnya hanya pada nyanyian

Wednesday, November 18, 2009

Mawi jadi penerbit ?


MAWI menyerahkan cenderamata kepada Razali Ibrahim selepas pelancaran Mawi World Entertainment di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Akademi Fantasia (AF) merupakan sebuah program realiti televisyen (TV) yang cuba melahirkan artis-artis yang serba boleh seperti menyanyi dan berlakon.

Justeru, tidak hairanlah ramai pesertaAF yang keluar daripada program realiti TV itu bukan setakat menjadi penyanyi atau pelakon, malah mencuba juga bidang-bidang yang lain.

Juara AF3, Mawi sebagai contohnya, bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan tetapi beliau juga cuba mengembangkan bakatnya sebagai penerbit program TV.

Perkembangan penyanyi lagu Aduh Saliha itu dapat dilihat apabila dia kini sibuk menerbitkan rancangan-rancangan TV menerusi syarikat miliknya, Mawi World Entertainment Sdn. Bhd.

Menurut Mawi, keputusannya menceburi bidang penerbitan selepas mendapati tidak mampu bergantung atas jualan album-albumnya yang semakin merosot sejak kebelakangan ini.

"Saya memang sudah bersedia untuk menjadi penerbit secara lebih serius. Saya dapati sudah sampailah masanya saya menjadi seorang penerbit dan bergerak sendiri dalam bidang ini.

"Kata orang sediakan payung sebelum hujan. Apatah lagi, saya sendiri menyedari tentang hakikat jualan album yang semakin merosot sejak akhir-akhir ini kerana banyak faktor.

"Antaranya senario muat turun lagu di Internet dan masalah cetak rompak. Senario itu berlaku di seluruh dunia," katanya pada sidang media di Seri Kembangan, Selangor, baru-baru ini.

Majlis itu diadakan selepas pelancaran syarikatnya sendiri iaitu Mawi World Entertainment Sdn. Bhd. (MWESB) oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim.

Jelas Mawi, MWESB yang ditubuhkan dengan modal mencecah RM1 juta itu buat masa ini lebih kepada penerbitan program-program TV dan drama untuk siaran stesen-stesen TV tempatan.

Sunday, April 12, 2009

Nabil menewaskan Mawi dan Siti

Nabil Bintang Paling Popular 2008


RAJA Lawak musim kedua, Nabil bersama trofi Anugerah Bintang Paling Popular 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands, malam tadi. Nabil turut memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular manakaka Raja Pop, Jamal Abdillah (gambar kecil) pula meraih Anugerah Pencapaian Seumur Hidup. - Gambar UTUSAN/MOHD NOOR AMIN

GENTING HIGHLANDS 12 April - Seperti yang diramal, gelaran Bintang Paling Popular menjadi milik juara Raja Lawak musim kedua, Nabil dalam Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP2008) di Arena of Stars di sini malam ini.

Dia yang mendapat 127,524 undi untuk kategori itu, membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 termasuk sebuah kereta Nissan Sylphy 2.0L (A) berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. selain barang kemas dan pakej penginapan.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu juga menjadi artis komedi kedua yang memenangi kategori tersebut selepas Saiful Apek dinobatkan gelaran sama pada tahun 2003.

Bukan itu saja, Nabil turut memenangi dua kategori lain iaitu Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular dengan menewaskan nama-nama besar seperti Afdlin Shauki, AC Mizal dan Saiful.

Kejayaan Nabil menggenggam gelaran itu ternyata membenamkan impian penyanyi Mawi untuk mempertahankan gelaran tersebut bagi tahun keempat berturut-turut.

Pun begitu, Mawi, juara Akademi Fantasia 4, berjaya mempertahankan kemenangan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular untuk kali keempat berturut-turut.

Datuk Siti Nurhaliza pula membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi nombor satu negara apabila dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular bagi tahun ke-12 berturut-turut. [baca seterusnya]

Malaywood: Tahniah Nabil...

Ekin tidak mengawal Mawi



kata Mawi, dia selesa ekin menjadi pengurus peribadinya kerana isterinya itu memahami perangainya.

APABILA mahu membicarakan tentang penyanyi lelaki popular yang seorang ini, ada kalanya sukar juga untuk diluahkan.

Ini kerana hakikatnya sudah terlalu banyak kisah tentangnya terpampang di media baik sewaktu dia masih bujang mahupun selepas mendirikan rumah tangga dengan wanita pujaannya, Nora’Asikin Rahmat atau Ekin pada 20 Disember tahun lalu.

Menjadi seorang artis popular seperti Asmawi Ani atau Mawi memang begitu sukar sekali kerana apa sahaja yang dilakukan sering kali menjadi perhatian dan perbualan mulut orang sekeliling.

Sudah menjadi adat manusia, ramai yang suka dan tidak kurang pula yang mengeji dan bagi Mawi sendiri, dia sudah tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya dan isteri tercinta.

Kisah Ekin yang kelihatan setiap masa bersama Mawi mungkin boleh dianggap sebagai satu kisah menarik untuk dikupas.

Masakan tidak, hampir setiap masa dan dalam apa jua majlis sekalipun, kelibat Ekin akan tetap ada untuk berada di samping suaminya sehingga ramai yang sudah jelik melihatkan gelagat mereka.

Sehinggakan ada yang mendakwa Ekin mengawal Mawi dari semua aspek sehingga tiada lagi kebebasan untuk Mawi menguruskan dirinya sendiri.

Bukan itu sahaja, ada juga kata-kata nakal yang singgah di telinga bahawa kaki dan tangan Mawi sudah dikunci rapat isterinya. [baca seterusnya]

Sunday, January 11, 2009

Mawi - Wedding of the Year 2008 - 2009

Waa Mawi.... penutup tahun 2008 kau sapu title wedding of the year... baru start 2009, kau buat lagi grand party kat Palace of the Golden Horses.... melampau WORLD betullah kau nie... walaupun baru lah tahun 2009... aku declare kau punya wedding ari tuh kat PGH wedding of the year 2009. 

Menurut utusan


Majlis yang penuh meriah itu dihadiri seramai 1,500 tetamu termasuk kaum keluarga kedua-dua mempelai.

Persandingan yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Ria, Astro itu turut dihadiri orang kenamaan, teman artis dan media.

Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri Tunku Annuar Al-Haj dan Toh Puan Bendahara Kedah, Noorsuzanna Abdullah turut hadir mencemar duli menepung tawar mempelai.

Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan isteri, Datin Seri Sharifah Aziah Syed Zainal Abidin juga adalah antara orang kenamaan yang hadir pada majlis penuh unik itu.

Antara teman artis yang hadir memeriahkan majlis berkenaan Datuk Jeffrydin, Ajai, Ning Baizura, Rozita Che Wan, Farhan, Linda Onn dan ramai lagi.

Majlis turut diserikan dengan persembahan artis-artis popular iaitu Anita Sarawak, Rabbani, Yassin, Zahid, Mila dan bintang-bintang Akademi Fantasia (AF). [more]


congratzzz lah Mawi...

Malaywood: lu memang WORLD !

Sunday, December 21, 2008

Tahniah Mawi dan Ekin - Selamat Pengantin Baru





Selamat Pengantin Baru buat Mawi dan Ekin. Rata-rata madia massa minggu nie semua citer pasal perkahwinan Mawi dan Ikin. Segala paparazi mengatakan tamatlah segala spekulasi Mawi dan Ikin. Tapi waspada... !

Mereka tak berehat panjang... lepas nie nak tahu pasal citer dapat anak pulak... pastu nak tahu kalau-kalau ader ketidakserasian atau tidak dlm rumah tangga Mawi... lepas tuh nak korek rahsia kalau-kalau ader pihak ketiga, keempat kelima blah blah.. So buat Mawi dan Ekin semoga tabah menghadapi segala ranjau dimasa yg mendatang.

Mana ader bahtera yang sentiasa belayar pada cuaca yg tenang sepanjang masa. Ader masa ia dilanda badai, gelora, ribut dan taufan.

Malaywood: Semoga tabah menjadi pasangan anak seni yg takkan sunyi dari gossip semasa melari bahtera perkahwinan. Selamat Pengantin Baru...

Thursday, December 11, 2008

Mawi & Ekin tak sabar menghitung hari



Hari-hari dilalui mereka berdua akhirnya tinggal seminggu jer lagi Mawi dan Ekin akan menjadi suami isteri. Mereka kini sedang menghitung hari. Mereka akan bernikah pada 20 Disember ini (Sabtu) di Johor Bahru, Johor.

Malaywood: Selamat pengantin baru Mawi dan Ikin, semoga kekal ke akhir hayat

Monday, October 20, 2008

Mawi nikahi Ekin pada 20 Disember di Johor Bharu

Asmawi Ani atau Mawi akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Ekin pada 20 Disember ini di Johor Bharu.

Ia akan diikuti dengan majlis persandingan sebelah keluarga Ekin pada hari yang sama di Stadium Tertutup Johor Bharu.

Mawi dan Ekin juga akan diraikan pada majlis persandingan anjuran keluarga Mawi pada 28 Disember ini di Dewan Felda Taib Andak di Johor.

Sumber: Utusan

Pernikahan Mawi dan Ikin ditaja 5 juta

KUALA LUMPUR - Penyanyi ‘Raja SMS’, Mawi bakal mendapat ‘hadiah perkahwinan’ bernilai hampir RM5 juta pada pertengahan Disember ini.

Hadiah itu merangkumi liputan menyeluruh secara langsung majlis pernikahan dan persandingan penyanyi popular itu yang akan dipancarkan ke seluruh negara.

Ini termasuk tajaan lokasi, pengurusan acara dan pelbagai kos penganjuran lain yang bakal diangkat sebagai Wedding of The Year ini.

Hadiah hebat ini bakal disumbang oleh stesen televisyen Astro kepada penyanyi berkenaan yang akan berkahwin dengan kekasihnya, Nora’Ashikin Rahmat, 29, yang mesra dipanggil Ikin.

Pernikahan Mawi dan Ikin dijadual berlangsung pada 20 Disember ini di Johor Bahru dan diikuti dengan majlis persandingan di pihak pengantin perempuan keesokan harinya.

Persandingan kedua di pihak pengantin lelaki pula akan diadakan pada 28 Disember dan di sebuah stadium di Johor Bahru.

Tuesday, April 15, 2008

Bagaikan ada tak kena dengan mutu persembahan Mawi

Oleh Farihad Shalla Mahmud


JADI TUMPUAN: Aura Mawi masih belum pudar dan menjadi kegilaan peminat.

KALAU diukur dari segi populariti, tidak dinafikan penyanyi kelahiran selatan tanah air, Asmawi Ani atau Mawi masih lagi hebat dan belum mampu digugat sesiapa. Jika tidak, masakan kategori Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian kekal di dalam genggamannya untuk tiga kali berturut-turut.

Namun apakah cukup sekadar populariti yang dapat dipertahankan sedangkan tahap kredibiliti sebagai seorang artis masih lagi jauh ketinggalan. Persoalan ini timbul apabila menyaksikan persembahan Mawi sewaktu Bintang Paling Popular itu mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha anjuran PNB Darby Park, yang berlangsung di Dewan Perdana Felda, baru-baru ini.

Entah mengapa sepanjang sejam menonton penyanyi ini beraksi di atas pentas, bagaikan ada sesuatu yang tak kena dengan persembahan Mawi. Apa yang boleh dikatakan, persembahan jejaka dari Felda Taib Andak, Kulai ini tidak menggambarkan kualiti sebuah persembahan Minggu Setiausaha dalam erti kata yang sebenarnya. seterusnya.......

sumber: berita harian

Wednesday, April 9, 2008

Apa yg Kurang pada AF6 ?

Ramai member-member aku cakap, AF6 nie yg paling tak best antara kesemua siri Akedemi Fantasia. Aku tanya, apasal tak best. Ada yg kurang katanya. Pada pandangan aku pun memang ada kekurangan pada AF6. Aku tengok AF nie sejak musim pertama. Show yg pertama tuh, diaorg buat kat dewan UPM. Memula takde lah menarik sangat, tapi lepas beberapa minggu, Vince dah mula menyerlah. Semua org dah sebut-sebut Vince akan jadi juara. Memang betul.

Start daripada tuh, org tertunggu tunggu AF2. Aznil pulak sebagai pengacara telah meletak suatu benchmark yg amat tinggi untuk AF. Tengok aja masa AF2. Tiap-tiap minggu bebudak tuh menangis. Calon-calon pulak nampak sama kuat. Memula Kaer lah yg nampak power. Adam naik lepas dapat lagu KRU dan gosip dgn Farah. Zahid nampak best lepas nyanyi Cek Mek Molek. 2,3 minggu sebelum final, bebudak opis aku dah sebut-sebut Zahid akan jadi juara. Sah, masa final berapa ramai org pakai baju oren malam tuh. Zahid menang. Abis zaman AF2.

Ader kelainan pulak AF3, sebab ader consert prelude. Yg peliknya, masa prelude lagi org dah start minat Mawi. Tapi malang, Mawi tak dapat masuk AF. Mawi FC bantai kat channel @15. Perghhh meriah. Minggu ke 2, Mawi dapat masuk. Lepas start citer pasal Mawi. Mawi.. Mawi dan Mawi sampai final. Mawi dah jadi legend. Sentiasa no 1 setiap minggu sampai final membuat Felix FC selalu gaduh ngan Mawi FC kat Ch @15. Perghhhh AF3 paling meriah. Kisah Mawi macam cinderella. Mawi sana sini smpai skarang.

AF4, start menurun sikit. Semua org compare student AF4 dgn Mawi. Aisey... citer Mawi tetap memenuhi ruang Ch@15. Tenggelam budak AF4. Tapi Faizal muncul dgn lagu rakyat dia. setiap minggu ader lagu rakyat T'ganu yg kiter tak pernah dengar selama nie dia nyanyi. Lepas tuh meletop dgn lagu Smell Like teen Spirit - Nirvana. Aksi melompat dari atas stage tuh memang idea baru dlm AF. Dan Faizal pun sama telah dijangka akan menang. Dan memang dia menang. lagi satu, faktor Adlin AR pun menjadi keunikan utk AF4. dia ikon pengkritik laser yg berwibawa. Adlin pun berperanan menghidupkan AF4.

AF5 pulak ader kontrevasi dengan pengetua. Roslan tak nak bebudak menangis. Rata-rata penonton rasa tak best minggu 1, 2 dan 3. Muzik arrangement simple sangat. Takde sapa yg nampak menyerlah utk AF4. Mila duduk ditangga tercorok setiap minggu. Aku pun ingat masa bila Mila start jadi perhatian penonton. Tiba-tiba dia menang. Aku pulak tak ingat sesapa lagi batch-batch Mila nih. Kebanyakkan nya terus tenggelam lepas AF5.

AF6 bermula tanpa Aznil. Tugas berat utk AC Mizal. Diari pula diambil alih oleh Sarimah Ibrahim. Dua-dua pengacara nih dah ader style sendiri. Expectation org adalah benchmark Aznil. Bagi yg tgk minggu-minggu awal, diaorg citer kat aku, AC memula try nak jadi aznil. Minggu ke 2 dia buat style AC Disini, dah minggu ke 3 takde langsung element suprise. Main keluar cam tu jer. Bebudak AF nyer pulak di kata kan tak nampak lagi yg berbakat besar dan yg ader fan ramai yg consistent menyokong. Saida mungkin dapat undi kesian dari peminat Siti Nurhaliza. Dan ader rumours yg aku dengar, siti dan dato' K mengagihkan kad top prepaid utk diberi kepada anak buat supaya afundi Saida. Org kata, aku tak kata. Betul atau tak, melodi (Nas Ahmad) kena terjah Siti. Dan dikatakan juga, kemasukkan semula Adlin AR adalah utk menaiikan semula rating Akedemi Fantasia.

Malaywood cuma berharap, tugas berat utk juara AF6. Pastikan anda dpt award sampingan selepas AF6 nanti. Antara tradisi award sampingan, ketegori artis baru pada anugerah era. Semua juara AF menang anugerah tuh. Dan anugerah-anugerah lain.

Malaywood: Wa sokong Mama Rina. Dia yg wa tengok paling consistent dan bersungguh utk belajar di Akedemi Fantasia. Dia bukan nak DJ, dia bukan nak jadi pengacara TV, tapi dia dtg ke AF utk jadi Juara dan belajar jadi penghibur. Wa caya sama lu Mama Rina !!

Monday, March 10, 2008

Mawi buat Majlis perkahwinan sederhana jer


Mawi.



BERBORAK sikit sudah mudah tersenyum. Usik sikit akan ketawa. Begitulah keadaan Mawi hari ini yang kelihatan semakin ceria.

Perubahan Mawi itu memperlihatkan dia bagaikan sedang membilang hari-hari bahagia.

Malah pemilik nama Asmawi Ani, 26, ini juga secara berterus terang mengakui hatinya sudah dimiliki seorang gadis yang bakal menjadi permaisurinya tidak lama lagi.

Siapakah gadis bertuah itu? Buat masa ini biarlah perkara itu menjadi rahsia kerana Mawi tidak mahu terlalu ghairah untuk mengumumkannya.

Tetapi apabila disebut satu nama ini, senyumannya bertambah lebar. Benarlah bak kata orang, kalau dilamun cinta, semuanya indah dan bahagia. Tahniah kepada gadis itu kerana dapat menjadi isteri kepada penyanyi lelaki nombor satu.

Detik-detik bahagia yang sedang dilalui Mawi pada hari ini turut memperlihatkan bahawa usahanya ke arah untuk membina sebuah mahligai bahagia sedang dilaksana.

‘‘Bila, masa dan tarikhnya nanti saya akan beritahu. Itu janji saya,’’ ujar Mawi.

...lagi

Sumber: Utusan Malaysia

Thursday, February 28, 2008

APM 2008 - Mawi tercicir kategori utama

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

SABAN tahun Anugerah Planet Muzik (APM) diraikan oleh para karyawan seni tempatan.

Majlis anugerah yang menghimpunkan tiga negara serumpun (Malaysia, Indonesia dan Singapura) itu bakal berlangsung sekali lagi pada 20 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.

APM dilihat sebagai satu landasan untuk mengetengahkan bakat-bakat seni serumpun selain meningkatkan martabat seni itu sendiri.

Namun, suatu persoalan besar yang sentiasa muncul setiap kali berakhirnya APM adalah wujudnya rasa tidak puas hati terhadap penganjuran majlis anugerah tersebut.

Bukan mahu melabelkan APM sebagai anugerah kelas kedua atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun, gambaran-gambaran APM 2008 kelak seakan-akan menimbulkan persoalan yang sama.

Masakan tidak, pada majlis sidang media APM 2008 baru-baru ini ketika pihak penganjur mendedahkan senarai finalis, ia telah menimbulkan tanda tanya di kalangan media.

Antaranya kenapa penyanyi popular tanah air, Mawi sama sekali tidak tercalon untuk kategori Artis Lelaki Terbaik dalam kesemua 17 kategori yang dipertandingkan.
lagi

Sunday, January 27, 2008

Estranged Juara AJL 22

phuh... ramai yg tak percaya Estranged adalah Juara AJL 22. Tapi itu lah hakikatnya. Tekaan Malaywood menyimpang jauh sekali. Cuma Nora jer yang betul. Aku dapat rasa rock band akan muncul Juara... dan rock band yg best adalah Jinbara... tapi Estranged lebih mantap dari Jinbara.

Juara AJL - Estranged
Persembahan Vokal Terbaik - Jacklyn Victor dan Lah VE
Persembahan Terbaik - Mawi

Juara Kategori Pop Rock - Estranged
Juara Kategori Balada - Sahri (Kaer)
Juara Etnik Kreatif - Nora

Juara 4 kali Datin Seri Dato' Hajah Siti tak dapat apa-apa hadiah. Dulu zaman dia, skarang nampaknya akan balik semula kebangkitan Rock Band. Mawi macam biasa Raja SMS. Ok lah, dah malam aku nak tido lah pulak, esok kerja Bro...

malaywood: Tak sangka Sahri dan Estranged menang....

Tuesday, January 1, 2008

Artis & Selebriti Paling Sensasi 2007

Sensasi 2007

Sepanjang 2007, inilah antara artis dan selebriti di Malaysia yang banyak mencetuskan kontroversi dan paling banyak diberikan pandangan.

Fasha Sandha1. Fasha Sandha - kontroversi tercetus kerana ramai yang tidak puas hati kerana Fasha dikatakan semakin seksi. Ukuran seksi mungkin berbeza pada setiap mata namun mungkin ukuran seksi Fasha adalah dari sudut pakaiannya. Hubungan Fasha dan Pierre Andre pun menjadi topik bualan. Satu lagi perkara yang sering ditegur ialah kerana Fasha dikatakan semakin sombong. Benarkah begitu?

erra fazira2. Erra Fazira - artis jelita ini sering menerima teguran tajam. Nampaknya peminat punya pandangan tersendiri mengenai kisah cinta Erra-Hans dan perkahwinannya dengan Engku Emran. Pun begitu sikap Erra yang harus dipuji ialah kerana dia sentiasa cool dengan segala pujian dan kutukan. Tak gitu?

Syarifah Amani3. Syarifah Amani - Amani sebenarnya pelakon low profile namun dia mencipta kontoversi kerana sanggup membotakkan kepala. Ramai peminat tidak setuju dan kurang senang dengan tindakan Amani. Tapi Amani harus diberikan pujian kerana lakonannnya. Macam tu ker ?

Ella4. Ella - peminat ada yang percaya dengan video lucah tersebut meskipun Ella menafikannya dan telah pun membuat laporan polis. Kesian Ella yang menjadi mangsa kerana dia popular dan masih available. Ramai pembaca dengan senang hati menggunakan cop mohor masing-masing menganggap itu dan ini tentang Ella. Hanya Ella yang tahu kebenarannya.

Linda Onn dah Fahrin5. Linda Onn dan Fahrin - ramai juga yang menggelegak dengan penafian ala-ala silat tepis Linda mengenai hubungan dengan Fahrin. Kerana suka berahsia walaupun sememangnya benar hubungan mereka bukannya none of our business' Linda kena kutuk... begitu juga Fahrin.. walaupun kutukan terhadap Fahrin tidak sehebat Linda. Agaknya sampai bila mereka nak amalkan ilmu silat tepis ni? Kehwin jer lah.....

Siti Nurhaliza6. Datuk Siti Nurhaliza - entah kenapa ramai pembaca gosip lebih gemar membincangkan kisah rumahtangga Siti dengan Datuk Khalid secara negatif? Pantang ada statement dari Siti, ada sahaja response yang memutarbelitkan penyataannya mahupun yang menyalah ertikannya. Penyataan Siti mengenai rumahtangga dan bertudung merupakan isu hangat hingga menenggelamkan kejayaan dan kisah kerjayanya.

7. Amy Search dan Norish - Pasangan yang paling banyak mendapat pujian 2007. Mungkin kerana penampilan Norish yang berbeza setelah pulang dari umrah. Dan Amy yang nampak benar bezanya dengan Amy yang dahulu. Nyata sekali Amy dan Norish telah berhijrah. Mungkin artis-artis lain perlu berfikir dahulu sebelum mengerjakan umrah dan balik tanpa sedikitpun perubahan! Satu lagi pujian harus diberikan kepada Amy ialah untuk keberaniannya memperjuangkan nasib lagu-lagu tempatan di corong-corong radio swasta. Wa Caya Sama Lu Brader... Rock n Roll never die

8. Aziz M. Osman dan Vee - Pasangan yang telah pun berpisah secara rasmi namun masih boleh bekerjasama dalam sebuah syarikat. Sungguhpun begitu bukan isu penceraian yang jadi bualan namun penampilan Vee yang berubah dan semakin seksi. Mengapa ya?

9. Jamal Abdillah - Kisah pengakuan Jamal untuk melawan ketagihan dadah yang kronik merupakan isu sepanjang zaman. Tahun ini tampak benar kesungguhan Jamal menghindarkan diri jauh-jauh dari benda syaitan itu. Ramai peminat yang memberikan sokongan dan galakkan tak kurang juga yang kurang percaya. Apa pun Jamal mesti benar-benar membuktikan dirinya mampu berubah. Betul tak?

10. Angkasawan Jadi Selebriti - Kalau tak kerana status angkasawan pertama negara, nama Dr. Sheikh Muszaphar mungkin hanya terlekat di kalangan pelajar yang diajarnya mahupun orang-orang yang pernah dirawatnya. Setelah menjadi angkasawan Dr. SMS dah jadi rebutan dan tumpuan ramai. Kisah bakal tunang dan gosip liar yang tak tentu hujung pangkal mengiringi kisah sebenar kehebatan anak muda Malaysia membuat langkahan pertama ke angkasa lepas.

11. Mawi - sasaran utama kutukan sebilangan peminat gosip. Rata-rata mereka mencampurkan kisah peribadi Mawi - cinta-cinta-cinta dan kisah lalok. Ramai yang lupa memberikan sokongan agar anak muda ini dapat pergi lagi jauh dan membuktikan dia ada pakej sebagai penyanyi. Ke mana perginya pujian tatkala Mawi masih baru di bidang hiburan? Agaknya bagaimana pula dengan perjalanan karier lakonan yang baru bermula?

12. Hans Isaac - Kecoh cerita cinta separuh jalan dengan Erra menjadikan Hans antara pelakon popular yang menerima nasihat positif daripada peminat. Rata-rata mahukan Hans tutup buku lama dan terus memandang kehadapan. Kegigihan Hans untuk mengarah sendiri filemnya harus diberikan pujian, begitu juga dengan usahanya menghadiahkan perabut untuk rumah seniwati Yusni Jaafar.

13. Aznil Haji Nawawi - Aznil bukanlah pencetus kisah peribadi sensasi. Yang menjadi bualan adalah siapakah yang bakal jadi pengganti Aznil untuk program Akademi Fantasia. Ramai nama yang popular dan berkebolehan telah disebut namun siapakah pengganti Aznil mengacara AF? Aznil telah pun meletakkan satu benchmark maka penggantinya perlulah lebih baik dan berkebolehan daripada Aznil.

Malaywood mengharapkan komen dan pandangan yang lebih banyak dan baik pada masa hadapan daripada peminat seni. Pujilah artis atau selebriti seadanya dan janganlah memberikan cemuhan dengan kata-kata berbaur lucah mahupun sekadar melepas geram tanpa fakta. Peminat seni perlu lebih matang tatkala mengatur kata.

SELAMAT TAHUN BARU!!!

Monday, October 22, 2007

Peluang berhari raya bersama Mawi hujung minggu

SYAWAL, bulan penuh kemuliaan dan keberkatan kini kembali bertandang. Dan seperti tahun sebelumnya, bulan itu juga menjadi saksi pertemuan penyanyi paling popular, Asmawi Ani atau Mawi bersama peminat setianya yang bernaung di bawah bumbung MawiFC. Selepas setahun bertungkus lumus mencari rezeki, inilah juga masanya untuk Mawi meluangkan masa emasnya untuk beramah mesra dengan peminat yang selama ini begitu setia menyokong kerjaya seninya tanpa pernah ada rasa jemu.

Menerusi majlis yang dinamakan Riang Ria Aidilfitri bersama Mawi, penyanyi yang cukup popular dengan lagu Angan dan Sedar ini bukan saja turun padang untuk beramah mesra bersama peminat tetapi turut menghiburkan dengan acara nyanyian dan juga persembahan magis.

Menurut urusetia majlis terbabit, Rozita Shahadan, majlis anjuran Mawi World Sdn Bhd (MWSB) dan MawiFC serta disokong oleh Maestro ini akan memberi peluang kepada peminat Mawi untuk merasa lebih dekat dengan penyanyi kesayangan mereka itu. "Pada majlis itu nanti, Mawi bukan saja akan membuat persembahan nyanyian, magis dan bermain beberapa permainan lain, malah turut memberi peluang kepada peminat beramah mesra sambil mengeratkan lagi ikatan silaturahim sesama mereka. Kami juga berhasrat untuk mengundang anak-anak yatim, orang kurang upaya serta golongan ibu tunggal untuk bersama-sama memeriahkan lagi majlis yang penuh bermakna itu," katanya. Tambahnya, selain persembahan Mawi, peminat juga akan disajikan dengan artis undangan iaitu Heliza manakala Astro Oasis pula diamgkat sebagai media rasmi.

Majlis itu akan diadakan pada Ahad, 28 Oktober di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur jam 2.30 petang. Menurut Rozita, bagi mereka yang berminat untuk menyertai majlis itu bolehlah membeli meja yang berharga seperti yang dinyatakan iaitu untuk kategori korporat, harga meja terdiri daripada RM5,000 dan RM4,000. Untuk kategori individu pula harga yang ditetapkan adalah RM3,500, RM2,500, RM2,000 dan RM1,50, manakala kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun akan dikenakan bayaran sebanyak RM100.

"Untuk mereka yang ingin datang secara perseorangan mereka juga boleh membeli meja secara individu iaitu RM350, RM250, RM200 dan RM150 untuk seorang dewasa. Caj yang dikenakan ini termasuk juadah enak yang disediakan Restoran Seri Melayu, cenderahati istimewa serta peluang merakamkan foto bersama Mawi," jelas Rozita. Katanya, untuk sebarang tempahan dan keterangan lanjut bolehlah hubungi pihak urusetia majlis yang terbabit seperti berikut :
Azhar (016-3344022), Shida (012-284 9603), Nyta (012-302 3730), Jue (017-311 4765) dan Ziana (012-288 1108).

Sumber : Berita Harian

Wednesday, October 17, 2007

Mawi serasi dengan Puteri Sarah Liyana

ASMAWI ANI atau lebih dikenali di kalangan peminatnya sebagai Mawi yakin keserasian boleh diwujudkan antara dirinya dengan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, pelakon yang bergandingan dengannya dalam filem arahan M Nasir, Aduh Saliha. Ketika hadir pada majlis meraikan kanak-kanak istimewa anjuran Casa Impian di One Utama, 5 Oktober lalu, jejaka dari Kulai ini memberitahu, sehingga minggu berkenaan, baru beberapa babak membabitkan dirinya dengan pelakon wanita berusia 22 tahun itu sudah pun dirakam. "Memang sudah ada babak membabitkan kami yang dirakam baru-baru ini, tetapi semuanya masih babak yang tidak memerlukan saya dan dia berdialog. Semua babak yang dirakam hanya menunjukkan kami berpandangan dari jauh.

"Namun, saya berasakan, tiada masalah untuk mewujudkan keserasian antara kami berdua," katanya pada majlis yang turut diceriakan dengan celoteh Raja Azura. Hadir sama pada petang itu ialah Pengarah Urusan Casa Impian Holdings Sdn Bhd, Datin Noorlinda Abdul Talib. Selain beramah mesra bersama kanak-kanak istimewa daripada Individual Mentally Challenge Programme (IMC), Mawi, Azura dan Noorlinda turut menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada mereka. Kata juara Akademi Fantasia musim ketiga ini, sehingga kini, kira-kira 20 peratus daripada penggambaran filem Aduh Saliha sudah berjaya disempurnakan.
"Bekerja dengan M Nasir pula sudah tentu ada cabarannya tersendiri. Paling penting, kita kena faham apa yang dia mahukan. Pada peringkat awal, memang ada ketikanya saya sendiri tidak mengerti kemahuannya.

"Bagaimanapun, selepas beberapa ketika, syukurlah kerana saya sudah boleh membaca apa yang diinginkan. Kiranya, saya semakin memahami watak yang hendak dilakukan," katanya mengenai peranan Man Hero yang dijayakannya dalam filem terbabit. Ditanya, apakah babak paling sukar dilakonkannya setakat ini, Mawi menjelaskan, baginya kesemua babak susah untuk dilakonkan, berikutan dia masih baru dalam dunia lakonan, yang belum mempunyai sebarang pendedahan dalam filem. Apatah lagi watak yang diberikannya bukan calang-calang, iaitu seorang lelaki yang berada dalam kekeliruan selepas tersesat di alam lain.

Mawi juga tidak menganggap penggambaran yang dijalankan di kawasan hutan Keningau, Sabah, menjadi halangan besar untuknya. Bahkan, dia sendiri tinggal di bangunan pejabat pengawal hutan bersama krew dan pelakon lain pada minggu pertama penggambaran dijalankan, tatkala kebanyakan babak dirakam di hutan tebal. Kini, mereka sudah pun berpindah ke sebuah hotel di kawasan Keningau.

Sementara itu, bercerita mengenai pejabat Mawi World di Wangsa Maju, Mawi sekali lagi mendapat tajaan Casa Impian bagi tujuan hiasan dalaman dan kelengkapan perabotnya. Cuma kali ini, syarikat berkenaan tidaklah menaja sepenuhnya barangan yang digunakan, seperti ketika mereka melengkapkan Teratak Bonda di Felda Taib Andak. Kata Mawi, dia sendiri sebenarnya tidak kisah bagaimana pejabat Mawi World itu nanti dihiaskan.

Begitupun perbincangan bersama pihak Casa Impian akan dijalankan dalam masa terdekat, bagi mendapatkan idea terbaik serta membolehkan kerja pengubahsuaian dan hiasan dalam dilakukan seberapa segera. Mawi dijangka berpindah ke pejabat barunya pada musim perayaan ini. "Saya berasa selesa dengan bilik tidur saya di kampung. Saya juga puas hati dengan kerjasama mereka ketika melengkapkan Teratak Bonda. Justeru, tidak salah untuk saya sekali lagi bekerjasama dengan Casa Impian, dalam mencantikkan pejabat kami pula," katanya mengenai premis yang turut menyediakan studio latihan menari.

Sumber : Berita Harian

Wednesday, October 10, 2007

Mawi puas sentuhan Casa Impian

BERPUAS hati dengan idea dan sentuhan Casa Impian ke atas banglo, 'Teratak Bonda' miliknya, Mawi mahu kerjasama itu diteruskan lagi. Kali ini, sudah tentu pada pejabat barunya.Penyanyi paling popular itu mengakui bangga dengan dekorasi yang dihasilkan Casa Impian Holdings Sdn Bhd (Casa Impian). Katanya, dia amat tertarik dan berasa cukup selesa."Contohnya, bilik saya di kampung. Begitu selesa. Justeru, saya mahu keadaan yang sama di pejabat baru.

"Mengambil kira soal itu, Casa Impian dipilih sebagai perunding rekabentuk dalaman pejabat saya. Malah, perabot sumbangan Casa Impian pada saya tahun lalu diguna pakai."Selain itu, saya juga tidak kisah dengan konsep yang dipilih. Cuma, kami akan lebih kerap berbincang apa yang patut. Setakat ini, saya yakin dan percaya dengan Casa Impian," katanya.Kata Mawi, dia menggemari konsep nusantara dan moden. Tetapi, masih terlalu awal untuk memaklumkan konsep dipilihnya untuk pejabat berkenaan.Pengarah Urusan Casa Impian, Datin Noorlinda Abd Talib berkata beliau bersyukur kerana Mawi gembira dan puas hati dengan cetusan ilham syarikatnya di Teratak Bonda, tahun lalu.

"Memandangkan kepakaran Casa Impian tidak terhad pada aspek perundingan, kami akan menawarkan dan memberi cadangan perabot pasang siap yang bersesuaian dengan pejabat Mawi."Barulah nampak perbezaannya. Bukan itu saja, Casa Impian turut berharap pereka dalaman kami dapat menjadikan pejabat Mawi ini satu impian yang menjadi kenyataan," katanya.
Noorlinda berkata, sempena sambutan Aidilfitri ini, Casa Impian juga menonjolkan dekorasi dan koleksi Nusantara yang dipercayai menjadi pilihan ramai.

Katanya, ia turut diperkenalkan pada Mawi.Ditanya apakah Mawi kini menjadi jurucakap Casa Impian berikutan hubungan baik yang terjalin, Noorlinda berkata ia tidak berlaku. Menyentuh mengenai impak dibawa Mawi kepada Casa Impian, Noorlinda berkata tidak dinafikan impaknya begitu besar. Kata beliau, secara tidak langsung Casa Impian dikenali ramai."Malah, khidmat disediakan kami turut mendapat perhatian pelbagai pihak. Setiap konsep kami juga menerima sambutan baik," katanya.

Terdahulu, Mawi berkunjung ke Casa Impian Living di Jusco Home Centre, Jusco One Utama. Dalam kunjungan itu, Mawi turut menghiburkan kira-kira 30 kanak-kanak dari Individual Mentally Challenged Programme (IMC), Subang Jaya.Berikutan Aidilfitri tidak lama lagi, Mawi dan Noorlinda menyampaikan duit raya dan cenderahati kepada kanak-kanak istimewa itu. Hadir sama di majlis itu, Raja Azura selaku pengacara.

Sumber : Metro

Tuesday, July 31, 2007

Mawi dah bertemu dengan Saliha yang dicari selama ini

Selepas lebih setahun mencari, komposer M. Nasir hari ini memperkenalkan Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin sebagai heroin filem Aduh Saliha arahannya.

Puteri Sarah Liyana, 22, yang mesra dengan panggilan Sarah akan bergandingan dengan Mawi yang berlakon sebagai hero filem tersebut.

Menurut M. Nasir, Sarah menjadi pilihan kerana memiliki daya tarikan tersendiri yang tidak ada pada gadis-gadis yang dicari sebelum ini.

‘‘Apabila melihat wajahnya, saya dapat merasakan Sarah ada kualiti dan memenuhi kriteria untuk melakonkan watak Saliha, seorang gadis kampung yang ayu. Lagipun saya rasa dia serasi dengan Mawi,” katanya pada majlis memperkenalkan Saliha di sini hari ini.

M. Nasir menambah, Sarah sudah ada asas lakonan dan ini memudahkan beliau membentuk pelakon itu.

Filem Aduh Saliha yang diterbitkan oleh The Cameracrew Productions Sdn. Bhd. (TCPSB) merupakan filem kedua arahan M. Nasir selepas Merah.

Filem yang skripnya ditulis bersama oleh M. Nasir dan Loloq itu akan memulakan penggambaran pada akhir Ogos ini di Sabah.

Filem genre muzikal separa fantasi yang bakal menelan kos sebanyak RM1.5 juta itu merupakan filem pertama lakonan Sarah dan Mawi.

Sarah sebelum ini pernah muncul dalam drama Kawan, Dunia Anita dan Puteri serta beberapa iklan seperti Silky Girl, Digi, F & N dan Nivea.

Tuesday, July 24, 2007

Realiti Mawi daripada program TV realiti

SELASA lalu juara program TV realiti paling popular, Akademi Fantasia 3 (AF3), Mawi mengeluh apabila jualan album terbarunya berjudul Satu Dalam Seribu jatuh merudum.

Album terbitan Maestro Records itu kata Mawi, hanya dijual sebanyak 30,000 unit sahaja biarpun ia sudah berada di pasaran sejak April lalu.

Walhal dua tahun lalu, tidak sampai sebulan muncul juara AF3, album pertamanya, Best Of Mawi berjaya dijual sebanyak 165,000 unit.

Malah, album-album Mawi selepas itu juga mendapat sambutan hebat, misalnya album Mawi Tercinta dijual sebanyak 135,000 unit dan Doa, Berzanji Dan Qasidah Berlagu (120,000 unit).

Ternyata kemunculan anak kelahiran Felda Taib Andak, Kulai, Johor ini telah mencetuskan suatu fenomena baru dalam dunia hiburan tempatan.

Mana tidaknya, selepas berbelas-belas tahun, mana ada penyanyi yang baru merangkak mahu belajar menyanyi seperti Mawi mendapat kejayaan yang begitu hebat dalam dunia hiburan kita.

Album Ella berjudul Ella USA yang diedarkan pada Februari 1994 berjaya dijual 320,000 unit, itu pun selepas hampir 10 tahun Ratu Rock tempatan ini bergelumang dalam bidang nyanyian.

Sewaktu mula-mula menyertai AF3 lagi, Mawi sudahpun berjaya menarik perhatian ramai penonton dengan sikapnya yang selamba.

Pelbagai cerita peribadi mengenai penyanyi berusia 25 tahun ini yang telah dipaparkan menerusi program TV terbitan Astro tersebut sehingga para penonton terasa begitu dekat dengan karekternya itu.

Sambutan para penonton terhadap segala perkara yang telah dipaparkan mengenai Mawi itu menyebabkan para peminat begitu taksub memujanya.

Ceritalah apa juga perkara-perkara yang buruk tentang artis pujaan mereka itu, tetapi jika sikap fanatik sudah menguasai diri, ia ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

Justeru, apa juga yang dilakukan oleh Mawi termasuklah jika dia menyanyi sumbang, terlupa lirik lagu ataupun gosip-gosip liar yang melandanya, para peminat seakan-akan sanggup tutup mata dan telinga.

Itu adalah antara penangan ‘kuasa’ atau aura yang dimiliki oleh anak didik kebanggaan M. Nasir ini sehingga popularitinya sukar digugat oleh penyanyi-penyanyi lain.

Terbukti usaha Astro mempromosikan program AF termasuklah Mawi berjaya menimbulkan kesan yang mendalam terhadap para peminat dan juga dunia hiburan tempatan.

Tetapi persoalannya, sampai bilakah sanjungan para peminat terhadap juara program TV realiti seperti Mawi yang diangkat menerusi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) itu akan berterusan?
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR