Showing posts with label AC Mizal. Show all posts
Showing posts with label AC Mizal. Show all posts

Monday, November 23, 2009

AC tak nak lagi ingat kisah pahit





BIARPUN hatinya masih lagi terluka dengan insiden yang berlaku, tetapi AC tetap optimis dan berfikiran positif menghadapi kehidupan.




Kekeruhan hubungan akrab antara AC Mizal dan Hans Issac bermula sejak pementasan Cuci the Musical 23 Oktober lalu apabila AC didakwa tidak berdisiplin serta gagal memberikan komitmen sewaktu sesi latihan.

Ekoran itu, penyanyi dan komposer Reefa dipilih sebagai pelakon gantiannya.

Namun, ia bertambah tegang apabila syarikat AC iaitu AC Konsortium diarahkan untuk menutup gerai yang didirikan di Istana Budaya hanya selepas tiga hari pementasan Cuci the Musical berlangsung.

Alasannya, Cuci the Musical adalah persembahan dan inisiatif Hans dan pihak produksi seolah-olah tidak mahu gerai yang didirikan itu cuba membayangi serta mengatasi populariti Cuci the Musical.

Sedangkan AC sendiri sudah meminta kebenaran dari Hans selaku penerbit Cuci the Musicaldan daripada persetujuan awal, Hans tidak kisah dan memberi kelulusan untuk AC berbuat demikian.

Selepas apa yang berlaku, AC sendiri mengakui bahawa dia kini mula kenal siapa lawan dan kawannya.

Malah, sehingga kini pun dia masih lagi terasa hati dengan insiden yang berlaku dan tidak sama sekali menyangka perkara tersebut menimpa dirinya.

"Kalau selepas ini pun mereka mahu meneruskan Cuci the Musical untuk musim kedua mahupun filem susulannya, saya percaya mereka boleh mencari pelakon gantian untuk saya.

"Alasannya mudah. Sepanjang pementasan Cuci the Musical, hanya saya seorang sahaja yang ada pelakon gantian dan ia tidak berlaku kepada Hans, Afdlin dan Awie.

"Kata mereka, tiga pelakon lain susah sekali untuk mencari pelakon gantian. Jadi, daripada situ sudah cukup jelas bahawa mereka boleh mencari pengganti saya bila-bila masa sahaja," kata AC dengan maksud yang mendalam.
Selebriti berusia 37 tahun ini ditemui pada rakaman program AC? yang berlangsung di Studio 1, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Episod yang bakal bersiaran pada 21 Disember itu buat pertama kalinya menghimpunkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama adik-beradiknya, Saida dan Sairah dalam program itu.

Menyambung bicara, AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini menjelaskan dia sendiri tidak tahu bagaimana dakwaan negatif tentang dirinya timbul sepanjang terlibat dalam Cuci the Musical.



"Demi tidak menghampakan, saya tetap meneruskan latihan pada bulan Ogos biarpun saya terpaksa berkejar-kejar dari rakaman program AC? untuk menghadiri latihan.

"Saya seorang yang profesional dan apa yang penonton lihat di atas pentas semuanya adalah kerana watak yang saya bawakan tetapi keluar dari pentas, saya adalah diri saya," ujarnya yang berharap kisah itu tidak akan menjejaskan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan.

Malah, AC memberitahu tiada siapa tahu dia menderita kesakitan akibat kecederaan pada belakangnya sehingga doktor menasihatkannya untuk berehat dalam jangka masa yang lama ketika itu.

Bagi AC sekarang, apa yang berlaku akan membuatkannya lebih berhati-hati di masa hadapan kerana sudah lama dia merasakan dirinya ditindas serta diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak.

"Sudah tiba masanya saya bangkit dan bertegas dalam apa juga keputusan yang saya lakukan. Kalau dulu, saya masih lagi boleh berlembut dan bertoleransi.

"Bukan bermakna saya tidak boleh bertolak-ansur tetapi ada had dan batasnya," katanya penuh makna.
Menganggap apa yang berlaku semuanya ada hikmah di sebaliknya, apa yang penting buat AC sekarang adalah untuk menumpukan perhatian kepada AC Konsortium.

"Saya bertuah kerana memiliki isteri dan pasukan yang begitu komited dengan kerja serta bijak merencana perancangan mereka," kata AC yang juga akan melebarkan perniagaannya dengan memperkenalkan pelbagai rangkaian pakaian termasuk baju, kasut, seluar dan lain-lain lagi.

Wednesday, April 9, 2008

Apa yg Kurang pada AF6 ?

Ramai member-member aku cakap, AF6 nie yg paling tak best antara kesemua siri Akedemi Fantasia. Aku tanya, apasal tak best. Ada yg kurang katanya. Pada pandangan aku pun memang ada kekurangan pada AF6. Aku tengok AF nie sejak musim pertama. Show yg pertama tuh, diaorg buat kat dewan UPM. Memula takde lah menarik sangat, tapi lepas beberapa minggu, Vince dah mula menyerlah. Semua org dah sebut-sebut Vince akan jadi juara. Memang betul.

Start daripada tuh, org tertunggu tunggu AF2. Aznil pulak sebagai pengacara telah meletak suatu benchmark yg amat tinggi untuk AF. Tengok aja masa AF2. Tiap-tiap minggu bebudak tuh menangis. Calon-calon pulak nampak sama kuat. Memula Kaer lah yg nampak power. Adam naik lepas dapat lagu KRU dan gosip dgn Farah. Zahid nampak best lepas nyanyi Cek Mek Molek. 2,3 minggu sebelum final, bebudak opis aku dah sebut-sebut Zahid akan jadi juara. Sah, masa final berapa ramai org pakai baju oren malam tuh. Zahid menang. Abis zaman AF2.

Ader kelainan pulak AF3, sebab ader consert prelude. Yg peliknya, masa prelude lagi org dah start minat Mawi. Tapi malang, Mawi tak dapat masuk AF. Mawi FC bantai kat channel @15. Perghhh meriah. Minggu ke 2, Mawi dapat masuk. Lepas start citer pasal Mawi. Mawi.. Mawi dan Mawi sampai final. Mawi dah jadi legend. Sentiasa no 1 setiap minggu sampai final membuat Felix FC selalu gaduh ngan Mawi FC kat Ch @15. Perghhhh AF3 paling meriah. Kisah Mawi macam cinderella. Mawi sana sini smpai skarang.

AF4, start menurun sikit. Semua org compare student AF4 dgn Mawi. Aisey... citer Mawi tetap memenuhi ruang Ch@15. Tenggelam budak AF4. Tapi Faizal muncul dgn lagu rakyat dia. setiap minggu ader lagu rakyat T'ganu yg kiter tak pernah dengar selama nie dia nyanyi. Lepas tuh meletop dgn lagu Smell Like teen Spirit - Nirvana. Aksi melompat dari atas stage tuh memang idea baru dlm AF. Dan Faizal pun sama telah dijangka akan menang. Dan memang dia menang. lagi satu, faktor Adlin AR pun menjadi keunikan utk AF4. dia ikon pengkritik laser yg berwibawa. Adlin pun berperanan menghidupkan AF4.

AF5 pulak ader kontrevasi dengan pengetua. Roslan tak nak bebudak menangis. Rata-rata penonton rasa tak best minggu 1, 2 dan 3. Muzik arrangement simple sangat. Takde sapa yg nampak menyerlah utk AF4. Mila duduk ditangga tercorok setiap minggu. Aku pun ingat masa bila Mila start jadi perhatian penonton. Tiba-tiba dia menang. Aku pulak tak ingat sesapa lagi batch-batch Mila nih. Kebanyakkan nya terus tenggelam lepas AF5.

AF6 bermula tanpa Aznil. Tugas berat utk AC Mizal. Diari pula diambil alih oleh Sarimah Ibrahim. Dua-dua pengacara nih dah ader style sendiri. Expectation org adalah benchmark Aznil. Bagi yg tgk minggu-minggu awal, diaorg citer kat aku, AC memula try nak jadi aznil. Minggu ke 2 dia buat style AC Disini, dah minggu ke 3 takde langsung element suprise. Main keluar cam tu jer. Bebudak AF nyer pulak di kata kan tak nampak lagi yg berbakat besar dan yg ader fan ramai yg consistent menyokong. Saida mungkin dapat undi kesian dari peminat Siti Nurhaliza. Dan ader rumours yg aku dengar, siti dan dato' K mengagihkan kad top prepaid utk diberi kepada anak buat supaya afundi Saida. Org kata, aku tak kata. Betul atau tak, melodi (Nas Ahmad) kena terjah Siti. Dan dikatakan juga, kemasukkan semula Adlin AR adalah utk menaiikan semula rating Akedemi Fantasia.

Malaywood cuma berharap, tugas berat utk juara AF6. Pastikan anda dpt award sampingan selepas AF6 nanti. Antara tradisi award sampingan, ketegori artis baru pada anugerah era. Semua juara AF menang anugerah tuh. Dan anugerah-anugerah lain.

Malaywood: Wa sokong Mama Rina. Dia yg wa tengok paling consistent dan bersungguh utk belajar di Akedemi Fantasia. Dia bukan nak DJ, dia bukan nak jadi pengacara TV, tapi dia dtg ke AF utk jadi Juara dan belajar jadi penghibur. Wa caya sama lu Mama Rina !!

Monday, January 14, 2008

Kieran dah Bertunang ?

Malaywood masih belum dapat pastikan adakah Kieran betul-betul dah bertunang. Dari sumber yang tidak rasmi mengatakan, Kieran dah bertunang. Kalau korang pendengar setia radio Era, korang ingat lagi tak Kieran, AC dan Hanny bercuti seminggu dalam bulan 12, 2007 sewaktu cuti sekolah. Masa tulah Kieran bertunang dan dihadiri oleh AC dan Hanny. Tapi tu sumber tak rasmi. Malywood tak nak dipersalahkan kerana menyebar khabar angin. Biarlah Kieran jawab sendiri. Abg Nas bleh terjah ke hari ahad nanti. Terpulanglah pada wartawan hiburan tanahair yang melaporkan secara rasmi. Malaywood cuma dengar-dengar jer.

Malaywood: sumber dari email

Saturday, January 12, 2008

AC dan Sarimah Pengacara AF6 ?

Lagi satu info yang Malaywood dapat untuk spekulasi AF6, pengacara AF6 bukan Zainal Alam seperti dalam post yang sebelum nie. Kemungkinan AC dan Sarimah Ibrahim akan bergandingan menjadi pengacara AF6. Betul ker? kita tunggu berita selanjutnya
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR