Showing posts with label Zahid. Show all posts
Showing posts with label Zahid. Show all posts

Wednesday, April 9, 2008

Apa yg Kurang pada AF6 ?

Ramai member-member aku cakap, AF6 nie yg paling tak best antara kesemua siri Akedemi Fantasia. Aku tanya, apasal tak best. Ada yg kurang katanya. Pada pandangan aku pun memang ada kekurangan pada AF6. Aku tengok AF nie sejak musim pertama. Show yg pertama tuh, diaorg buat kat dewan UPM. Memula takde lah menarik sangat, tapi lepas beberapa minggu, Vince dah mula menyerlah. Semua org dah sebut-sebut Vince akan jadi juara. Memang betul.

Start daripada tuh, org tertunggu tunggu AF2. Aznil pulak sebagai pengacara telah meletak suatu benchmark yg amat tinggi untuk AF. Tengok aja masa AF2. Tiap-tiap minggu bebudak tuh menangis. Calon-calon pulak nampak sama kuat. Memula Kaer lah yg nampak power. Adam naik lepas dapat lagu KRU dan gosip dgn Farah. Zahid nampak best lepas nyanyi Cek Mek Molek. 2,3 minggu sebelum final, bebudak opis aku dah sebut-sebut Zahid akan jadi juara. Sah, masa final berapa ramai org pakai baju oren malam tuh. Zahid menang. Abis zaman AF2.

Ader kelainan pulak AF3, sebab ader consert prelude. Yg peliknya, masa prelude lagi org dah start minat Mawi. Tapi malang, Mawi tak dapat masuk AF. Mawi FC bantai kat channel @15. Perghhh meriah. Minggu ke 2, Mawi dapat masuk. Lepas start citer pasal Mawi. Mawi.. Mawi dan Mawi sampai final. Mawi dah jadi legend. Sentiasa no 1 setiap minggu sampai final membuat Felix FC selalu gaduh ngan Mawi FC kat Ch @15. Perghhhh AF3 paling meriah. Kisah Mawi macam cinderella. Mawi sana sini smpai skarang.

AF4, start menurun sikit. Semua org compare student AF4 dgn Mawi. Aisey... citer Mawi tetap memenuhi ruang Ch@15. Tenggelam budak AF4. Tapi Faizal muncul dgn lagu rakyat dia. setiap minggu ader lagu rakyat T'ganu yg kiter tak pernah dengar selama nie dia nyanyi. Lepas tuh meletop dgn lagu Smell Like teen Spirit - Nirvana. Aksi melompat dari atas stage tuh memang idea baru dlm AF. Dan Faizal pun sama telah dijangka akan menang. Dan memang dia menang. lagi satu, faktor Adlin AR pun menjadi keunikan utk AF4. dia ikon pengkritik laser yg berwibawa. Adlin pun berperanan menghidupkan AF4.

AF5 pulak ader kontrevasi dengan pengetua. Roslan tak nak bebudak menangis. Rata-rata penonton rasa tak best minggu 1, 2 dan 3. Muzik arrangement simple sangat. Takde sapa yg nampak menyerlah utk AF4. Mila duduk ditangga tercorok setiap minggu. Aku pun ingat masa bila Mila start jadi perhatian penonton. Tiba-tiba dia menang. Aku pulak tak ingat sesapa lagi batch-batch Mila nih. Kebanyakkan nya terus tenggelam lepas AF5.

AF6 bermula tanpa Aznil. Tugas berat utk AC Mizal. Diari pula diambil alih oleh Sarimah Ibrahim. Dua-dua pengacara nih dah ader style sendiri. Expectation org adalah benchmark Aznil. Bagi yg tgk minggu-minggu awal, diaorg citer kat aku, AC memula try nak jadi aznil. Minggu ke 2 dia buat style AC Disini, dah minggu ke 3 takde langsung element suprise. Main keluar cam tu jer. Bebudak AF nyer pulak di kata kan tak nampak lagi yg berbakat besar dan yg ader fan ramai yg consistent menyokong. Saida mungkin dapat undi kesian dari peminat Siti Nurhaliza. Dan ader rumours yg aku dengar, siti dan dato' K mengagihkan kad top prepaid utk diberi kepada anak buat supaya afundi Saida. Org kata, aku tak kata. Betul atau tak, melodi (Nas Ahmad) kena terjah Siti. Dan dikatakan juga, kemasukkan semula Adlin AR adalah utk menaiikan semula rating Akedemi Fantasia.

Malaywood cuma berharap, tugas berat utk juara AF6. Pastikan anda dpt award sampingan selepas AF6 nanti. Antara tradisi award sampingan, ketegori artis baru pada anugerah era. Semua juara AF menang anugerah tuh. Dan anugerah-anugerah lain.

Malaywood: Wa sokong Mama Rina. Dia yg wa tengok paling consistent dan bersungguh utk belajar di Akedemi Fantasia. Dia bukan nak DJ, dia bukan nak jadi pengacara TV, tapi dia dtg ke AF utk jadi Juara dan belajar jadi penghibur. Wa caya sama lu Mama Rina !!

Monday, June 4, 2007

Berilah artis baru berbakat seperti Bob peluang sebaik baiknya

MINGGU lalu saya berkesempatan menonton Zoom In terbitan RTM selepas agak lama tidak berpeluang menyaksikannya. Disebabkan adanya pelancaran Citrawarna 2007 pada waktu perdana, maka siaran rakaman Zoom In pun terpaksa dilewatkan sehingga ke tengah malam. Pun begitu ia tidak menjadi satu masalah kerana artis yang membuat persembahan di kaca TV berjaya membuatkan mata saya yang mengantuk kembali segar bugar.

Penyanyi itu tidak lain daripada Bob AF2 yang selama ini saya kagumi mutu vokalnya. Sejak dulu lagi saya sudah tertarik dengan kualiti suara Bob. Dialah salah seorang daripada bintang realiti TV yang berkualiti selain beberapa kerat lagi terutama Jaclyn Victor, Mawi, Zahid, Haziq, Farhan dan Mila.

Malam itu Bob menyanyikan rangkaian lagu yang pernah menaikkan namanya dalam pertandingan itu seperti Salam Terakhir (Sudir), Laguku Untukmu (Hasnul) serta lagu Puteri (Zainalabidin), M Nasir (tanya sama itu Hud Hud) dan Saat Ku Idamkan (Amy Search). Dia juga tidak ketinggalan menyanyikan lagu Latin Marc Anthony, My Baby You.

Selain lagu pop dan balada, Bob tidak lupakan lagu etnik Indonesia, Laksamana Raja Di Laut, berentak zapin-dangdut yang ada persamaan dengan lagu Nostalgia Aidilfitri dendangan Datuk Sharifah Aini. Kita pun tahu Bob memang punya kemampuan menyanyi lagu Melayu asli. Tentu ramai masih ingat Bob adalah finalis Anugerah Juara Lagu bagi kategori Etnik Kreatif bersama Allahyarham Rosiah Chik tetapi digantikan dengan Aspalela Abdullah. Pendek kata Bob sudah lama menunjukkan kualiti nyanyian yang hebat dalam nyanyian asli.

Cuma keadaan fizikal Bob yang chubby itu menyebabkan dia susah hendak ke depan macam Mawi atau Adam. Inilah ketidakadilan yang masih berlaku dalam masyarakat dan dunia hiburan kita. Bagaimanapun, saya berbangga dengan RTM kerana tidak mendiskriminasikan penyanyi muda yang berbakat besar seperti Bob. Seharusnya stesen TV lain juga memberikan lebih peluang kepada Bob untuk mengorak langkah kerana bakatnya.

Melihat keadaan fizikal Bob yang montel itu, rasanya kalau artis perempuan, Bob sama macam Adibah Noor. Mereka memang berbadan besar tetapi dikurniakan kelebihan vokal. Mungkin satu hari nanti kita dapat melihat Bob dan Adibah bergandingan dalam sebuah lagu - tentu gandingan yang hebat.

Menerusi Zoom In juga Bob mengundang rakan seperjuangannya, Kaer yang semakin gah dengan lagu Izinku Pergi selain Amylea. Bagi saya, inilah bakat-bakat baru yang sedang menjadi pelapis kepada penyanyi veteran sedia ada. Baguslah kalau mereka terus berusaha.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR