Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts
Showing posts with label Siti Nurhaliza. Show all posts

Tuesday, April 6, 2010

Hadiah istimewa Siti Nurhaliza setelah 15 tahun beekecimpung dalam dunia hiburan tanahair


KEJAYAAN Siti Nurhaliza meraih dua trofi pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, malam Ahad lalu memberi signifikan tersendiri.



TEMPOH 15 tahun yang penuh warna-warni barangkali sudah cukup menterjemahkan perjalanan hidup anak seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ini.

Daripada seorang gadis biasa dia menjadi sebuah kuasa yang sukar ditundukkan.

Kerana itu, tidak hairan dia sentiasa menjadi mangsa tidak senang segelintir pihak.

Lalu, apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular padaAnugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPH2009) malam Ahad lalu, apakah keputusan itu seharusnya dipertikaikan lagi?

Ada benarnya ramai artis lain yang mampu gelaran itu khususnya artis baru tetapi hingga kini kehebatan Siti sukar dinafikan.

Kejayaan itu merupakan rekod cemerlang buat Siti. Bukan sekadar tujuh kali menggenggam trofi Bintang Paling Popular, tetapi Siti juga mencipta satu lagi rekod hebat apabila memenangi Penyanyi Wanita Popular selama 13 tahun berturut-turut.

Kedua-dua rekod itu sudah cukup membuktikan kehebatan anak jati Pahang ini dalam bidang seni biarpun perlu bersaing dengan muka baru yang lebih menyerlah.

Bagi Siti, kemenangannya pada malam bersejarah itu amat disyukuri.

Jelas Siti, sepanjang menjadi artis, peminat merupakan nadi kekuatan dan pembakar semangatnya untuk meneruskan karier.

Sementelah, ABPBH2009 merupakan penyertaan terakhirnya, Siti tidak menafikan kemenangannya itu hasil usaha peminat yang mahu melihatnya menjulang trofi tersebut buat kali terakhir.



Apatah lagi, gelaran Bintang Paling Popular kali ketujuh itu disifatkannya sebagai hadiah terbaik daripada peminatnya sempena ulang tahun ke-15 sebagai anak seni.

"Saya bersyukur kerana memiliki peminat yang terbaik dan terhebat kerana mereka tidak pernah jemu menyokong walaupun ada ketika saya dihambat kontroversi.

"Namun begitu, mereka masih setia di belakang saya dan mahu terus melihat saya berdiri di pentas.
"Terima kasih atas segala sokongan, pengorbanan dan semangat yang mereka berikan kepada saya sepanjang 15 tahun," kata Siti dalam nada terharu.

Sebelum ini, Siti pernah memenangi kategori tersebut selama lima tahun berturut-turut dari tahun 1996 hingga 2001.

Malaywood : Tahniah sekali lagi Dato'

Sunday, April 12, 2009

Nabil menewaskan Mawi dan Siti

Nabil Bintang Paling Popular 2008


RAJA Lawak musim kedua, Nabil bersama trofi Anugerah Bintang Paling Popular 2008 di Arena of Stars, Genting Highlands, malam tadi. Nabil turut memenangi anugerah Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular manakaka Raja Pop, Jamal Abdillah (gambar kecil) pula meraih Anugerah Pencapaian Seumur Hidup. - Gambar UTUSAN/MOHD NOOR AMIN

GENTING HIGHLANDS 12 April - Seperti yang diramal, gelaran Bintang Paling Popular menjadi milik juara Raja Lawak musim kedua, Nabil dalam Anugerah Bintang Popular 2008 (ABP2008) di Arena of Stars di sini malam ini.

Dia yang mendapat 127,524 undi untuk kategori itu, membawa pulang hadiah berjumlah lebih RM250,000 termasuk sebuah kereta Nissan Sylphy 2.0L (A) berharga RM109,000 tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. selain barang kemas dan pakej penginapan.

Anak kelahiran Negeri Sembilan itu juga menjadi artis komedi kedua yang memenangi kategori tersebut selepas Saiful Apek dinobatkan gelaran sama pada tahun 2003.

Bukan itu saja, Nabil turut memenangi dua kategori lain iaitu Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Komedi Lelaki Popular dengan menewaskan nama-nama besar seperti Afdlin Shauki, AC Mizal dan Saiful.

Kejayaan Nabil menggenggam gelaran itu ternyata membenamkan impian penyanyi Mawi untuk mempertahankan gelaran tersebut bagi tahun keempat berturut-turut.

Pun begitu, Mawi, juara Akademi Fantasia 4, berjaya mempertahankan kemenangan bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular untuk kali keempat berturut-turut.

Datuk Siti Nurhaliza pula membuktikan keunggulannya sebagai penyanyi nombor satu negara apabila dinobatkan sebagai Penyanyi Wanita Popular bagi tahun ke-12 berturut-turut. [baca seterusnya]

Malaywood: Tahniah Nabil...

Wednesday, November 12, 2008

Gossip rumah tangga Siti - Datok Kay

Sure korang dah dengar kabar-kabar "kabare" angin mengenai Dato' K kahwin lagi satu dengan seorang peramugari muda yg lagi lawa dari Siti Nurhaliza kononnyer. Betol ker ? Aku tak berapa follow sangat kisah nie sama ada dah keluar dlm melodi atau dlm surat khabar atau belum... sebok dua-tiga bulan sebelum nie... byk sangat kerja. Lagi pun aku cuma sambil-sambilan jer blogging nie.

Al-kisah bebaru nih jumpa member lama. Menurut member aku yg aku rasa soheh lah citer dia sebab nie ader informer yg bleh dipercayai yang bersedara atau kenalan atau lebih kurang cenggitu dengan kerabat kerabat ramai Dato' Siti kesanyangan korang tuh. AKu tak sayang Siti... sebab zaman tuh aku lenioh minat Ziana Zain.

Dipendekkan cerita. Soheh kata nyer. Soheh tu sah lah... Dato' K kita telah berkahwin dengan seorang peramugari muda. Setelah ditambah perencah.. citernyer sebab Siti tak dapat berikat zuriat katanyer... entah nyer ntah tidak member cik tam aku nie. Dato' K kan dah ramai anak, kenapa nak anak lagi dengan Siti ?

Diringkaskan lagi... Dato' K tak tahan orang kutuk dia... dah tua, dah tak power.. sebab tuh Siti tak mengandung lagi... so Dato' K nak buktikan dia masih power, dia kahwin lagi satu dan harap-harap dapat zuriat dengan bini muda dan segala kesalahan jatuh pada bahu Siti yg tak boleh beri zuriat (nak buktikan Dato' K masih power)...

sama ada korang percaya atau tak... terpulang lah... ini gosip jer tau. Kalau nak soheh lagi.. abg terjah... kasi terjah Dato Siti untuk kepastian peminatnyer.

jangan saman aku plak.... aku cuma kasi up kan jer citer nie. Bak kata Nabil, lu org ader otak, lu pikir lah sendiri...

adios

Wednesday, April 9, 2008

Keseksian Siti Nurhaliza


Siti Nurhaliza



WALAPUN Anugerah Bintang Popular 2007 sudah lebih seminggu melabuhkan tirainya, tapi orang masih lagi bercakap tentangnya.

Biasalah, setiap kali sesebuah acara hiburan tamat, orang pasti akan tetap membicarakannya, baik yang buruk mahupun yang baik.

Tapi Papa bukan nak cakap pasal pemenangnya sebab itu semua adalah pilihan peminat. Jadi, kalau nak bising lebih-lebih pun, tak guna pun. Apa yang Papa nak cakap di sini pasal persembahan pada malam itu.

Memang Papa tak nafikan Papa cukup terhibur dengan persembahan oleh artis-artis yang terpilih terutama sekali Bob yang cukup memukau dengan vokal lunaknya mendendangkan lagu Jangan Bersedih Lagi.

Meremang bulu roma mendengarkan Bob mengalunkan lagu tersebut. Begitu juga dengan persembahan lima ‘otai’ rock yang menyampaikan lagu Kepadamu Kekasih. Memang mantap!

Apa yang menarik perhatian Papa adalah persembahan pembukaan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Ku Mahu.

Papa dapat lihat Siti sekarang makin matang dan berani dalam persembahannya. Vokalnya tak perlu cakap, tetap merdu dan ampuh seperti biasa.

Walaupun tampil sopan dengan imejnya itu, dia tetap kelihatan seksi sewaktu mempersembahkan lagu Ku Mahu. Ditambah pula dengan gaun merah cilinya yang menyerlahkan lagi keseksian Siti. Kata orang seksi manja gitu!

Lagi...

Sumber: Utusan Malaysia.

Apa yg Kurang pada AF6 ?

Ramai member-member aku cakap, AF6 nie yg paling tak best antara kesemua siri Akedemi Fantasia. Aku tanya, apasal tak best. Ada yg kurang katanya. Pada pandangan aku pun memang ada kekurangan pada AF6. Aku tengok AF nie sejak musim pertama. Show yg pertama tuh, diaorg buat kat dewan UPM. Memula takde lah menarik sangat, tapi lepas beberapa minggu, Vince dah mula menyerlah. Semua org dah sebut-sebut Vince akan jadi juara. Memang betul.

Start daripada tuh, org tertunggu tunggu AF2. Aznil pulak sebagai pengacara telah meletak suatu benchmark yg amat tinggi untuk AF. Tengok aja masa AF2. Tiap-tiap minggu bebudak tuh menangis. Calon-calon pulak nampak sama kuat. Memula Kaer lah yg nampak power. Adam naik lepas dapat lagu KRU dan gosip dgn Farah. Zahid nampak best lepas nyanyi Cek Mek Molek. 2,3 minggu sebelum final, bebudak opis aku dah sebut-sebut Zahid akan jadi juara. Sah, masa final berapa ramai org pakai baju oren malam tuh. Zahid menang. Abis zaman AF2.

Ader kelainan pulak AF3, sebab ader consert prelude. Yg peliknya, masa prelude lagi org dah start minat Mawi. Tapi malang, Mawi tak dapat masuk AF. Mawi FC bantai kat channel @15. Perghhh meriah. Minggu ke 2, Mawi dapat masuk. Lepas start citer pasal Mawi. Mawi.. Mawi dan Mawi sampai final. Mawi dah jadi legend. Sentiasa no 1 setiap minggu sampai final membuat Felix FC selalu gaduh ngan Mawi FC kat Ch @15. Perghhhh AF3 paling meriah. Kisah Mawi macam cinderella. Mawi sana sini smpai skarang.

AF4, start menurun sikit. Semua org compare student AF4 dgn Mawi. Aisey... citer Mawi tetap memenuhi ruang Ch@15. Tenggelam budak AF4. Tapi Faizal muncul dgn lagu rakyat dia. setiap minggu ader lagu rakyat T'ganu yg kiter tak pernah dengar selama nie dia nyanyi. Lepas tuh meletop dgn lagu Smell Like teen Spirit - Nirvana. Aksi melompat dari atas stage tuh memang idea baru dlm AF. Dan Faizal pun sama telah dijangka akan menang. Dan memang dia menang. lagi satu, faktor Adlin AR pun menjadi keunikan utk AF4. dia ikon pengkritik laser yg berwibawa. Adlin pun berperanan menghidupkan AF4.

AF5 pulak ader kontrevasi dengan pengetua. Roslan tak nak bebudak menangis. Rata-rata penonton rasa tak best minggu 1, 2 dan 3. Muzik arrangement simple sangat. Takde sapa yg nampak menyerlah utk AF4. Mila duduk ditangga tercorok setiap minggu. Aku pun ingat masa bila Mila start jadi perhatian penonton. Tiba-tiba dia menang. Aku pulak tak ingat sesapa lagi batch-batch Mila nih. Kebanyakkan nya terus tenggelam lepas AF5.

AF6 bermula tanpa Aznil. Tugas berat utk AC Mizal. Diari pula diambil alih oleh Sarimah Ibrahim. Dua-dua pengacara nih dah ader style sendiri. Expectation org adalah benchmark Aznil. Bagi yg tgk minggu-minggu awal, diaorg citer kat aku, AC memula try nak jadi aznil. Minggu ke 2 dia buat style AC Disini, dah minggu ke 3 takde langsung element suprise. Main keluar cam tu jer. Bebudak AF nyer pulak di kata kan tak nampak lagi yg berbakat besar dan yg ader fan ramai yg consistent menyokong. Saida mungkin dapat undi kesian dari peminat Siti Nurhaliza. Dan ader rumours yg aku dengar, siti dan dato' K mengagihkan kad top prepaid utk diberi kepada anak buat supaya afundi Saida. Org kata, aku tak kata. Betul atau tak, melodi (Nas Ahmad) kena terjah Siti. Dan dikatakan juga, kemasukkan semula Adlin AR adalah utk menaiikan semula rating Akedemi Fantasia.

Malaywood cuma berharap, tugas berat utk juara AF6. Pastikan anda dpt award sampingan selepas AF6 nanti. Antara tradisi award sampingan, ketegori artis baru pada anugerah era. Semua juara AF menang anugerah tuh. Dan anugerah-anugerah lain.

Malaywood: Wa sokong Mama Rina. Dia yg wa tengok paling consistent dan bersungguh utk belajar di Akedemi Fantasia. Dia bukan nak DJ, dia bukan nak jadi pengacara TV, tapi dia dtg ke AF utk jadi Juara dan belajar jadi penghibur. Wa caya sama lu Mama Rina !!

Sunday, January 27, 2008

Fesyen apalah yg Siti pakai nie... nie bukan tudung !

Malam tadi masa AJL22, aku tengok Siti nyanyi pakai baju pelik... konon imej bertudung, tapi tu bukan tudung. Tu macam baju hujan jer...! Lepas show abis siti tukar baju. pakai Baju kaler putih, siap ada chains. Sekali imbas, aku tengok serupa macam Robert the Bruce dalam citer Braveheart, atau pun Knight Templar dalam citer Kingdom of Heaven. Aku try cari gambar tuh dalam google, tak jumpa. Aku jumpa iras iras fesyen artis kesayangan ramai Datin Seri Dato' Hajah Siti Nurhaliza.

Korang rasa, Siti tiru fesyen sapa ?




Cuba tengok persamaan baju Siti ngan fesyen kat bawah nie:





fesyen nie bukan tudung Hajah oiiii... omputeh cakap CLOAK. CLOAK nie fesyen zaman-zaman pertengahan di eropah. Pakai guni utk org miskin-miskin. Tak caya tengoklah filem-filem zaman pertengahan mcm Highlander, Braveheart, Gladiator. Fesyen nie turut di masyurkan dalam citer Star Wars dan Lord of the Ring. Jedi ada cloak dia sendiri, emperor palpatine pun ada cloak dia jugak.

Yg nie cloak yg biasanya di pakai oleh Knight Templar tentera England dulu-dulu



Aku rasa, pereka fesyen hajah Siti suka tengok Star Wars dan LOTR

Malaywood: dah cukup byk fesyen tudung moden kat jln masjid india, fesyen cloak nie jugak yg Hjh Siti berkenan

Estranged Juara AJL 22

phuh... ramai yg tak percaya Estranged adalah Juara AJL 22. Tapi itu lah hakikatnya. Tekaan Malaywood menyimpang jauh sekali. Cuma Nora jer yang betul. Aku dapat rasa rock band akan muncul Juara... dan rock band yg best adalah Jinbara... tapi Estranged lebih mantap dari Jinbara.

Juara AJL - Estranged
Persembahan Vokal Terbaik - Jacklyn Victor dan Lah VE
Persembahan Terbaik - Mawi

Juara Kategori Pop Rock - Estranged
Juara Kategori Balada - Sahri (Kaer)
Juara Etnik Kreatif - Nora

Juara 4 kali Datin Seri Dato' Hajah Siti tak dapat apa-apa hadiah. Dulu zaman dia, skarang nampaknya akan balik semula kebangkitan Rock Band. Mawi macam biasa Raja SMS. Ok lah, dah malam aku nak tido lah pulak, esok kerja Bro...

malaywood: Tak sangka Sahri dan Estranged menang....

Saturday, January 26, 2008

Adik dan Kakak Siti Nurhaliza masuk Ujibakat AF6

Hmmmm... citer baru nih. Aku nak review skit nama Akedemi Fantasia nie sikit. Akedemi nie tempat org nak belajar menyanyi dalam masa lebih kurang 10 minggu hingga ke 12 minggu (ikut musim). Tempat orang yg ada bakat menyanyi dan perlu belajar utk dipolishkan supaya bleh masuk real entertainment world. Itu yg Malaywood tahu serba sedikit pasal Akedemi Fantasia.

Bebaru nie Malaywood ada dapat suber dari satu blogdrive Klubbkidd. kasi credit kat dia sebab letak video ujibakat AF6 kat YouTube. Dia ada postkan 2 clips ujibakat: Satu adik dato Siti iaitu Siti Saerah dan satu lagi kakak kepada dato Siti Nursaidah.





Aku rasa kalau salah sorang atau dua-duanya terpilih masuk ke dalam AF6, akan ada bias vote. Andaian pertama aku utk Siti Saerah, confirm terkeluar awal, sebab sentimen Siti Saerah tak perform dalam OIAM season pertama. Orang ramai dah kenal siapa Siti Saerah. kalau nak belajar menyanyi lebih baik belajar dengan kakak sendiri. Andaian kedua pulak, dia akan dapat undi simpati dari peminat HardCore Datin Seri Siti Nurhaliza. Dua sentimen nie yang akan bermain dalam kotak fikiran penonton AF6. Channel @15 confirm panas. Astro bleh duit lebih kalau Siti Saerah berjaya masuk AF6.

Komen utk Kakaknya pulak, aku tak berapa pasti sangat tapi akan dapat undi simpati penyokong setia Datin Seri CT Nurhaliza. Cubalah interview Datin Seri nanti, apa komen dia pasal adik beradik masuk industri muzik nih. kalau betul buleh menyanyi, boleh buat kumpulan macam The Corrs. Nurhaliza, Saerah, Nursaidah dan Ayie. Fullamak !! Malaywood rasa sure bleh meletop !!!

Malaywood: Bleh ikut jejak Ziana dan Anuar Zain atau Loga dan David Arumugam.

Thursday, January 17, 2008

Tak Suka Siti Nurhaliza Bertudung ?

Malaywood ada melawat satu blog yang bernama "BarkingMagpie" yang 'mempostkan' article yang tajuk "I am disappointed with Siti Nurhaliza!" Blogger nie keciwa sesangat bila Siti Bertudung.



Ada yang suka dan ada yang suka bila Siti bertudung. Sebagai peminat, kita kena terima apa sahaja keputusan Siti. Siti berhak buat keputusan sendiri. Kalau Siti nak bertudung, maka peminat perlu menerima keputusan Siti, dan begitu jugak sebaliknya. Sama jugaklah bagaimana peminat menerima keputusan Siti nak kahwin dengan Dato' K dulu. Walau ada peminat yang tak setuju dengan keputusan Siti nak kahwin dengan Dato' Khalid Mohd Jiwa. Ada yg suka Siti digandingkan dengan Dr. Fazley. Kalau itu dah jodoh dia, let it be.

Malaywood: terima sahaja apa perubahan yang baik

Tuesday, January 1, 2008

Artis & Selebriti Paling Sensasi 2007

Sensasi 2007

Sepanjang 2007, inilah antara artis dan selebriti di Malaysia yang banyak mencetuskan kontroversi dan paling banyak diberikan pandangan.

Fasha Sandha1. Fasha Sandha - kontroversi tercetus kerana ramai yang tidak puas hati kerana Fasha dikatakan semakin seksi. Ukuran seksi mungkin berbeza pada setiap mata namun mungkin ukuran seksi Fasha adalah dari sudut pakaiannya. Hubungan Fasha dan Pierre Andre pun menjadi topik bualan. Satu lagi perkara yang sering ditegur ialah kerana Fasha dikatakan semakin sombong. Benarkah begitu?

erra fazira2. Erra Fazira - artis jelita ini sering menerima teguran tajam. Nampaknya peminat punya pandangan tersendiri mengenai kisah cinta Erra-Hans dan perkahwinannya dengan Engku Emran. Pun begitu sikap Erra yang harus dipuji ialah kerana dia sentiasa cool dengan segala pujian dan kutukan. Tak gitu?

Syarifah Amani3. Syarifah Amani - Amani sebenarnya pelakon low profile namun dia mencipta kontoversi kerana sanggup membotakkan kepala. Ramai peminat tidak setuju dan kurang senang dengan tindakan Amani. Tapi Amani harus diberikan pujian kerana lakonannnya. Macam tu ker ?

Ella4. Ella - peminat ada yang percaya dengan video lucah tersebut meskipun Ella menafikannya dan telah pun membuat laporan polis. Kesian Ella yang menjadi mangsa kerana dia popular dan masih available. Ramai pembaca dengan senang hati menggunakan cop mohor masing-masing menganggap itu dan ini tentang Ella. Hanya Ella yang tahu kebenarannya.

Linda Onn dah Fahrin5. Linda Onn dan Fahrin - ramai juga yang menggelegak dengan penafian ala-ala silat tepis Linda mengenai hubungan dengan Fahrin. Kerana suka berahsia walaupun sememangnya benar hubungan mereka bukannya none of our business' Linda kena kutuk... begitu juga Fahrin.. walaupun kutukan terhadap Fahrin tidak sehebat Linda. Agaknya sampai bila mereka nak amalkan ilmu silat tepis ni? Kehwin jer lah.....

Siti Nurhaliza6. Datuk Siti Nurhaliza - entah kenapa ramai pembaca gosip lebih gemar membincangkan kisah rumahtangga Siti dengan Datuk Khalid secara negatif? Pantang ada statement dari Siti, ada sahaja response yang memutarbelitkan penyataannya mahupun yang menyalah ertikannya. Penyataan Siti mengenai rumahtangga dan bertudung merupakan isu hangat hingga menenggelamkan kejayaan dan kisah kerjayanya.

7. Amy Search dan Norish - Pasangan yang paling banyak mendapat pujian 2007. Mungkin kerana penampilan Norish yang berbeza setelah pulang dari umrah. Dan Amy yang nampak benar bezanya dengan Amy yang dahulu. Nyata sekali Amy dan Norish telah berhijrah. Mungkin artis-artis lain perlu berfikir dahulu sebelum mengerjakan umrah dan balik tanpa sedikitpun perubahan! Satu lagi pujian harus diberikan kepada Amy ialah untuk keberaniannya memperjuangkan nasib lagu-lagu tempatan di corong-corong radio swasta. Wa Caya Sama Lu Brader... Rock n Roll never die

8. Aziz M. Osman dan Vee - Pasangan yang telah pun berpisah secara rasmi namun masih boleh bekerjasama dalam sebuah syarikat. Sungguhpun begitu bukan isu penceraian yang jadi bualan namun penampilan Vee yang berubah dan semakin seksi. Mengapa ya?

9. Jamal Abdillah - Kisah pengakuan Jamal untuk melawan ketagihan dadah yang kronik merupakan isu sepanjang zaman. Tahun ini tampak benar kesungguhan Jamal menghindarkan diri jauh-jauh dari benda syaitan itu. Ramai peminat yang memberikan sokongan dan galakkan tak kurang juga yang kurang percaya. Apa pun Jamal mesti benar-benar membuktikan dirinya mampu berubah. Betul tak?

10. Angkasawan Jadi Selebriti - Kalau tak kerana status angkasawan pertama negara, nama Dr. Sheikh Muszaphar mungkin hanya terlekat di kalangan pelajar yang diajarnya mahupun orang-orang yang pernah dirawatnya. Setelah menjadi angkasawan Dr. SMS dah jadi rebutan dan tumpuan ramai. Kisah bakal tunang dan gosip liar yang tak tentu hujung pangkal mengiringi kisah sebenar kehebatan anak muda Malaysia membuat langkahan pertama ke angkasa lepas.

11. Mawi - sasaran utama kutukan sebilangan peminat gosip. Rata-rata mereka mencampurkan kisah peribadi Mawi - cinta-cinta-cinta dan kisah lalok. Ramai yang lupa memberikan sokongan agar anak muda ini dapat pergi lagi jauh dan membuktikan dia ada pakej sebagai penyanyi. Ke mana perginya pujian tatkala Mawi masih baru di bidang hiburan? Agaknya bagaimana pula dengan perjalanan karier lakonan yang baru bermula?

12. Hans Isaac - Kecoh cerita cinta separuh jalan dengan Erra menjadikan Hans antara pelakon popular yang menerima nasihat positif daripada peminat. Rata-rata mahukan Hans tutup buku lama dan terus memandang kehadapan. Kegigihan Hans untuk mengarah sendiri filemnya harus diberikan pujian, begitu juga dengan usahanya menghadiahkan perabut untuk rumah seniwati Yusni Jaafar.

13. Aznil Haji Nawawi - Aznil bukanlah pencetus kisah peribadi sensasi. Yang menjadi bualan adalah siapakah yang bakal jadi pengganti Aznil untuk program Akademi Fantasia. Ramai nama yang popular dan berkebolehan telah disebut namun siapakah pengganti Aznil mengacara AF? Aznil telah pun meletakkan satu benchmark maka penggantinya perlulah lebih baik dan berkebolehan daripada Aznil.

Malaywood mengharapkan komen dan pandangan yang lebih banyak dan baik pada masa hadapan daripada peminat seni. Pujilah artis atau selebriti seadanya dan janganlah memberikan cemuhan dengan kata-kata berbaur lucah mahupun sekadar melepas geram tanpa fakta. Peminat seni perlu lebih matang tatkala mengatur kata.

SELAMAT TAHUN BARU!!!

Tuesday, November 6, 2007

Siti Nurhaliza mengimbau nostalgia menjadi anak polis

BENARLAH kata orang, zaman kanak-kanak sudah pastinya merupakan zaman yang cukup berharga. Mungkin ada antara kita yang menikmati zaman kanak-kanak yang begitu indah dan manis sekali.


Sebaliknya, ada pula yang terpaksa mengharungi zaman kanak-kanak dengan penuh detik hitam yang memaksa mereka tabah menghadapi dugaan hidup.


Bagi penyanyi nombor satu negara, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin, zaman kanak-kanaknya merupakan zaman yang paling indah dan berharga dalam hidupnya apatah lagi menjadi anak kepada seorang pegawai polis. Kenangan manis yang dilaluinya tidak mampu untuk dijual beli.


“Apabila saya mengenang kembali apa yang telah saya lalui, tidak ada apa yang dapat saya katakan melainkan hanya tersenyum, teringatkan memori silam yang penuh warna warni.
“Malam ini telah mengimbau memori silam saya yang berwarna warni itu, apabila melihat kanak-kanak dan warga polis berkumpul meraikan majlis rumah terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM). Saya teringatkan masa saya berumur lima tahun.


“Ketika itu, saya sama seperti kanak-kanak yang ada pada malam ini, berkumpul dan beratur untuk mendapatkan duit raya dari tetamu kehormat yang hadir.
“Memang meriah dan terasa kami semua bagaikan satu keluarga yang besar,” kata Siti ketika ditemui pada majlis sambutan Hari Raya anjuran Maktab PDRM di Kuala Kubu Bharu, Selangor lewat malam Ahad lalu.
Dalam majlis itu juga, warga PDRM turut meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan pertama Siti Nurhaliza bersama suami tercinta, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K.


“Saya amat terharu dan berbesar hati dengan apa yang telah mereka aturkan untuk kami malam ini. Kehadiran saya dan suami malam ini adalah juga untuk membalas jasa baik warga PDRM ter utama Asisten Komisioner Kamal Pasha Jamal yang banyak membantu dari segi kelancaran perjalanan acara dan keselamatan sewaktu majlis perkahwinan saya Ogos tahun lalu,” kata Siti lagi sambil diperhatikan oleh suaminya.
Bukan Siti dan suaminya sahaja yang hadir pada majlis berkenaan tetapi ibu Siti iaitu Siti Salmah Bachik serta dua anak tiri Siti; Mohd. Adib dan Mohd. Ashraff juga hadir sama.


Gelaran bukan penghalang


Sebaik sahaja selamat menjadi isteri kepada Datuk K pada Ogos tahun lalu, gelaran Datin terus menjadi milik Siti.
Sudah menjadi rezekinya, dua bulan selepas berkahwin, dia dianugerahkan pula dengan pingat yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Selain Siti, Sultan Pahang turut menganugerahkan pingat membawa gelaran Datuk Seri kepada suaminya, Datuk K baru-baru ini.


Bagi diri Siti sendiri, tidak pernah terlintas di fikirannya akan mendapat gelaran setinggi itu sebaik sahaja melangkah kaki ke dunia seni.
“Namun bagi saya, gelaran bukan penghalang untuk saya terus aktif dalam dunia seni. Saya masih seperti dulu dan sapalah saya sebagaimana anda biasa menyapa saya sebelum ini. Kecuali jika majlis tertentu yang memerlukan disebut gelaran, itu tidak mampu saya elak.
“Selagi suami saya mengizinkan saya untuk terus bekerja, selagi itu saya akan terus menghiburkan peminat saya,” katanya yang turut menyumbangkan vokal lunaknya itu buat hadirin menerusi lagu raya berhantunya, Sesuci Lebaran.


Lagu tema Spa Q


Bagi peminat setia slot Akasia yang kini sedang hangat dengan drama bersiri Spa Q (siaran TV3 setiap Isnin hingga Khamis pukul 6.30 petang), pasti tertarik dengan lagu tema drama tersebut, Ku Mahu yang merupakan ciptaan Audi Mok manakala liriknya pula oleh Rina Khan.
“Ini merupakan kali pertama saya menyumbangkan suara untuk lagu tema drama bersiri. Semuanya bermula apabila penerbit drama berkenaan yang juga kakak ipar saya, Zaiton Muhammad Jiwa mahukan saya menyanyi untuk lagu tema dramanya.


“Semuanya berlaku dengan pantas. Saya menerima melodi dan lirik lagu Ku Mahu dalam masa yang singkat dan setelah mendengar dan menghayati liriknya, kami rakamkan lagu berkenaan dalam tempoh setengah jam sahaja.
“Saya amat sukakan Ku Mahu dan ia berbeza dengan lagu rancak yang pernah saya bawakan sebelum ini. Malah, ini juga kali pertama saya rakamkan lagu Audi Mok dan sudah pasti saya mahu bekerjasama dengannya lagi,” katanya yang masih lagi mempertimbangkan untuk memasukkan lagu berkenaan dalam album terbarunya kelak.

Sumber : Utusan

Monday, August 20, 2007

Barangan mewah untuk kepuasan diri - Siti Nurhaliza


Siti dan LV dilihat seperti tidak dapat dipisahkan. Mengapa dikatakan demikian? Jenama mewah itu sering kali dikaitkan dengan Siti Nurhaliza kerana beliau merupakan antara selebriti tempatan yang kerap menggunakan barangan daripada jenama berkenaan.

Dengan statusnya kini dan menjadi anak seni selama hampir 11 tahun, tidak mustahil dia mampu untuk memiliki barangan berjenama mewah. Hati sering juga tertanya, berapa jumlah yang Siti habiskan untuk membeli sebuah beg? Berapa koleksi barangan LV yang Siti ada? Atau adakah barangan jenama mewah lain yang Siti miliki selain daripada LV?

Dalam satu pertemuan eksklusif yang diatur oleh Key Message Public Relations Sdn. Bhd., yang mewakili pihak Olay di butik LV yang terletak di Starhill Gallery, Kuala Lumpur, segala persoalan yang bermain di fikiran akhirnya terlerai apabila Siti membuka rahsia tentang cintanya terhadap barangan LV.

Kata Siti, orang pertama yang memperkenalkan jenama LV kepadanya adalah penyanyi bersuara lantang iaitu Ziana Zain.

“Saya masih ingat lagi kata-kata Kak Ziana yang mengatakan kita sebagai artis, bekerja keras untuk menghiburkan peminat. Jadi, apa salahnya, korbankan sikit wang ringgit untuk memiliki barangan berjenama mewah ini. Bukan untuk siapa pun tetapi untuk kepuasan diri sendiri,” kata Siti mengimbas kembali memorinya.

Tambahnya lagi, dia hanya mampu memiliki barangan LV selepas enam tahun berkecimpung dalam bidang seni.

“Kalau tidak salah saya, barangan LV pertama yang saya beli pada tahun 2002 adalah sebuah beg tangan yang masih lagi saya gunakan dan simpan sampai sekarang.

“Memang, apabila dilihat pada harganya, pasti ramai yang akan mengatakan dan mengandaikan ia merupakan satu kerugian besar tetapi tidak pada saya. Ia memberi satu kepuasan dan semuanya untuk pelaburan jangka masa panjang,” jelas penyanyi yang kini popular dengan lagu Menanti Pasti, salah sebuah lagu di dalam album runut bunyi, Kayangan The Soundtrack.

Jelas duta produk Olay dan Pantene ini lagi, pada awal dia membeli barangan LV, dia turut merasa keperitannya apabila mengeluarkan sejumlah wang yang begitu besar hanya untuk memiliki sebuah beg tangan, namun demi minatnya terhadap LV, dia sanggup bekerja keras untuk memilikinya.

“Apabila sejumlah wang yang agak besar dikeluarkan, saya terpaksa bekerja keras bagi menampung balik jumlah yang telah saya gunakan untuk membeli barangan LV itu.

“Saya gunakan LV atau barangan jenama mewah yang lain bukan untuk menunjuk atau riak, tetapi saya rasa, itu merupakan satu penghargaan untuk diri saya setelah bekerja keras. Malah, saya mementingkan pada kualiti dan saya berbangga memiliki barangan mewah atas usaha saya sendiri,” ujar penyanyi kelahiran Kampung Awah, Pahang, itu lagi.

Sehingga kini, kata Siti, dia mempunyai barangan LV lebih daripada 20 jenis termasuk beg tangan, dompet dan beg pakaian. Jika dihitung nilai kesemuanya itu, tidak mustahil koleksi Siti itu mencecah ratusan ribu ringgit!

“Kalau sekali belanja di butik LV, sekurang-kurangnya RM10,000 saya belanjakan. Itu semua bergantung kepada jenis barangan yang saya beli,” akui Siti.

Sunday, June 10, 2007

Siti Nurhaliza ke Venice sambut ulang tahun perkahwinan

Ogos ini genap setahun penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza melayari bahtera kehidupan sebagai isteri kepada Datuk Khalid Mohamed Jiwa.

Mengakui semakin matang dalam menjalani kehidupannya, kata Siti, dia sentiasa memanjatkan doa agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Syukur dah hampir setahun pelayaran saya sebagai isteri. Masih banyak cabaran dan dugaan yang akan saya tempuhi. Tambahan pula bergelar isteri kepada seorang usahawan bukannya mudah. Selalunya suami saya pun sentiasa sibuk. Jadi bagi saya masa yang ada digunakan sebaiknya bersama-sama,” kata Siti yang ditemui selepas majlis ulang tahun ke-33 Lord’s Tailor dan sambutan hari bapa yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung perbualan, kata penyanyi jelita ini, kehidupannya sekarang semakin terisi dan dirinya masih lagi cuba untuk memahami antara satu sama lain demi mendapatkan keserasian dalam rumah tangganya.

“Saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik. Saya masih lagi cuba untuk lebih memahami diri suami saya dan banyak lagi yang perlu saya pelajari,” ujarnya.

Sama seperti pasangan lain, pastinya Siti dan suami tidak terlepas merancang untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya di sebuah lokasi yang mampu meninggalkan sebuah kenangan terindah buat kedua-duanya.

Biarpun pada mulanya Siti seakan berahsia, tetapi akhirnya Khalid telus memberitahu, Venice merupakan kota pilihan mereka.

“Kami akan ke Venice selama dua minggu. Dah lama kami merancang untuk ke sana. Cuma tarikhnya kami belum tentukan lagi,” kata Khalid sambil tersenyum.

Pada majlis tersebut Siti telah menghiburkan khalayak menerusi tujuh lagu antaranya Aku Cinta Padamu, medley lagu Pupus, Teman Tapi Mesra dan Pudar, I Will Always Love You dan Biarlah Rahsia.

Lebih istimewa apabila Ziana Zain muncul selaku penyanyi undangan, berduet dengan Siti menerusi lagu Hanya Memuji.

Siti juga diberi penghormatan memakai sut pertama untuk golongan wanita keluaran Lord’s Tailor iaitu Power Suit For Powerful Women.

Majlis tersebut turut menampilkan 16 selebriti lelaki memperagakan pakaian Lord’s Tailor antaranya Farid Kamil, Arash, Awal, Ebi dan Vince.

Kebahagiaan rumah tangga

Tidak lokek untuk berkongsi kebahagiaan dirinya setelah bergelar isteri, kata Siti: “Rasanya petua kebahagiaan Siti tentunya kerana kami saling memahami antara satu sama lain. Paling penting perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Selain kita perlu taat kepada suami.”

Kebahagiaan itu jelas tergambar apabila Siti masih juga tersenyum apabila ditanya, bila akan menjadi ibu - satu soalan yang acap kali ditanyakan padanya.

“Saya tak merancang dan jika dapat anak dalam masa terdekat, satu rezeki buat saya. Ada juga yang kahwin enam atau tujuh tahun baru dapat anak kan? Saya harap rezeki saya tidaklah selambat itu.

Saya macam isteri-isteri lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Dengan cara berjumpa pakar kesihatan selain bertanya kepada orang-orang tua,” katanya yang turut mengakui doa untuk mendapatkan zuriat antara doa yang dimintanya ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

APM 2007 didominasi artis Malaysia

MESKIPUN pada tahun ini Malaysia hanya menghantar 66 pencalonan untuk Anugerah Planet Muzik 2007 (APM 2007) berbanding 274 penyertaan daripada Indonesia, namun angka yang sedikit itu tidak mengecewakan.

Sebaliknya, negara yang sebelum ini sering “kemarau” trofi kerana dibolot oleh artis dari Indonesia, pada APM 2007 yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura, Jumaat lalu membuktikan bahawa artis Malaysia masih berkualiti.

Sebelum ini artis tempatan yang sering digelar jaguh kampung kerap kali tewas kepada artis dari negara seberang terutamanya dalam kategori yang menyentuh soal kualiti berbanding populariti.

Bagaimanapun APM 2007, negara memperoleh lapan anugerah termasuk empat kategori terbaik dan empat lagi bagi kategori popular daripada 12 kategori yang dicalonkan.

Sementara artis Indonesia hanya memperolehi tiga anugerah daripada kategori terbaik iaitu menerusi Letto untuk Duo/Kumpulan Baru Terbaik), Dewa 19 (Duo/Kumpulan Terbaik) dan Samsons (Album Terbaik) daripada album Naluri Lelaki.

Kejayaan

Manakala pihak tuan rumah pula memperoleh satu anugerah menerusi kejayaan tunggal Imran Ajmain bagi kategori Artis Lelaki Baru Terbaik.

Boleh dikatakan APM 2007 adalah milik Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, 28, kerana dia berjaya memperoleh tiga anugerah berbanding rakan artis lain.

Siti yang ditemani suami, Datuk Khalid Muhd. Jiwa pada majlis APM berjaya meraih kemenangan menerusi kategori Artis Wanita Terbaik, Lagu Terbaik (Biarlah Rahsia) dan Artis Wanita Paling Popular yang dipegangnya sejak tujuh tahun berturut-turut.

Kemenangan Siti untuk Artis Wanita Paling Popular yang dipilih berdasarkan pilihan peminat dari Malaysia, Singapura dan Indonesia itu membuktikan bahawa status isteri bukan penghalang untuknya terus diminati.

Untuk kategori ini, Siti berjaya mengatasi Ella, Jaclyn Victor, Ning Baizura, Rossa, Kris Dayanti dan Acha Septriasa.

“Kejayaan ini (Artis Wanita Paling Popular) kerana peminat-peminat tidak pernah berhenti menyokong Siti. Begitu juga dengan kejayaan lagu Biarlah Rahsia yang dicipta oleh Melly Goeslaw.

“Kejayaan ini terus memberi semangat pada Siti untuk menghasilkan produk yang lebih baik di bawah produksi Siti Nurhaliza Production (SNP). Semoga kita akan terus bekerjasama dengan negara luar untuk memperkayakan seni tanah air,” katanya yang turut mengadakan persembahan bersama Gita Gunawan dan Taufik Batisah.

Sementara Mawi yang baru kali kedua menyertai APM turut membawa pulang trofi untuk kategori Artis Lelaki Paling Popular dan Lagu Paling Popular (Kian).

Mawi yang menganggap kemenangannya itu ibarat mimpi akan terus berusaha memberikan yang terbaik kepada peminat-peminat yang banyak menyokongnya selama ini.

“Lagu Kian amat bermakna kepada saya dan kerana pilihan peminat maka lagu itu berjaya. Demi peminat-peminat yang tidak jemu-jemu menyokong saya akan berusaha menjadi lebih baik lagi,” katanya terus terang.

Bagi komposer dan penyanyi M.Nasir yang meraih kejayaan menerusi kategori Artis Lelaki Terbaik berkata, dia tidak pernah menganggap dirinya yang terbaik. Lagipun pembabitannya dalam bidang seni adalah untuk berkarya.

Begitu juga dengan Noryn Aziz yang memenangi kategori Artis Wanita Baru Terbaik menerusi album Alam Maya.

Noryn yang turut mengadakan persembahan menerusi lagu Lara menganggap kemenangannya itu sebagai pendorong untuknya terus berkarya dalam bidang seni suara.

Sementara kumpulan Sofaz yang tidak hadir pada acara yang bertujuan memberi penghargaan kepada penggiat seni Malaysia, Indonesia dan Singapura itu turut dipilih memenangi anugerah kategori Duo/Kumpulan Paling Popular.

Pada majlis itu juga buat julung kalinya, APM memperkenalkan Anugerah Cinta Planet Muzik yang diberikan kepada Zainal Abidin kerana sumbangannya kepada masyarakat menerusi seni dan Anugerah Khas Planet Muzik untuk Kris Dayanti.

Bagaimanapun, APM yang dikendalikan oleh Aznil Nawawi (Malaysia), Fiqa (Indonesia), Suhaimi dan Fiza O (Singapura) ternyata belum mampu membuat penonton terpaku di kaca TV untuk menonton acara yang disiarkan secara langsung itu hingga tamat.

Meskipun kali ini pengacara kurang berceloteh berbanding tahun-tahun sebelum ini namun gabungan artis yang mengadakan persembahan kurang menarik.

Memang bagus penganjur menyatukan penyanyi ternama dengan baru tapi biarlah kena dengan konsepnya.

Pemenang-pemenang Anugerah Planet Muzik 2007

- Album Terbaik - Naluri Lelaki (Samsons)

- Lagu Terbaik - Biarlah Rahsia (Siti Nurhaliza)

- Artis Lelaki Terbaik - M.Nasir

- Artis Wanita Terbaik - Siti Nurhaliza

- Duo/Kumpulan Terbaik - Dewa 19

- Duo/Kumpulan Baru Terbaik - Letto

- Artis Baru Lelaki Terbaik - Imran Ajmain

- Artis Baru Wanita Terbaik - Noryn Aziz

- Artis Lelaki Paling Popular - Mawi

- Artis Wanita Paling Popular - Siti Nurhaliza

- Duo/Kumpulan Paling Popular - Sofaz

- Lagu Paling Popular - Kian (Mawi)

- Anugerah Cinta Planet Muzik - Zainal Abidin

- Anugerah Khas Planet Muzik - Kris Dayanti

Kategori Artis Singapura

- Lagu Singapura Paling Popular - Dambaan (Didicazli), Usah Lepaskan (Taufik Batisah) dan Merpati - (Hady Mirza)

- Artis Singapura Paling Popular - Taufik Batisah, Hady Mirza dan Kumpulan

Sleeq

- Lagu Terbaik Singapura - Usah Lepaskan (Taufik Batisah)

- Artis Terbaik Singapura - Imran Ajmain

- Album Terbaik Singapura - Konspirasi Dunia (Bhumiband)

Sunday, May 27, 2007

Siti Nurhaliza - Pertama kali rai ibu mertua


Berbeza dengan tahun-tahun terdahulu, tahun ini penyanyi jelita Datuk Siti Nurhaliza menyambut Hari Ibu bersama dengan dua wanita yang cukup dikasihinya, ibu kandungnya Siti Salmah Bachik dan ibu mertuanya Siti Zainab Hanaffi.

Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur baru-baru ini menyaksikan Siti begitu bahagia menyambut Hari Ibu bersama-sama kedua-dua wanita tersebut dengan disaksikan hampir 1000 penonton yang hadir pada acara Ibu Ratu Hatiku - Sepetang Bersama Siti Nurhaliza dan M.Nasir.

Sepotong ucapan Siti kepada ibu mertuanya pada majlis itu, “Terima kasih kerana melayan Siti dengan baik serta dapat menerima Siti seadanya. Insya-Allah Siti akan menjadi isteri yang baik serta menjadi ibu yang baik untuk anak-anak Siti.”

Begitu mendalam kata-kata anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini.

Untuk ibu kandungnya, Siti mempersembahkan lagu kegemaran ibunya, Bunga Melor.

Kata Siti, “Siti pernah menyanyikan lagu ini dengan ibu Siti. Ingat nak nyanyi bersama lagi kali ini tapi ibu Siti ini pemalu. Sifat ibu Siti yang membuatkan Siti sayang padanya ialah dia sporting, penyabar, lemah lembut. Malah untuk pengetahuan semua, suara ibu Siti diperturunkan kepada Siti. Suara ibu Siti lebih sedap daripada Siti. Siti tak habis menuntutnya lagi.”

Untuk peminat-peminat yang hadir menyaksikan persembahannya petang itu, Siti menghadiahkan lagu Umi (pernah dipopularkan oleh Datuk Shake).

“Khas untuk Hari Ibu, Siti belajar menyanyikan lagu ini untuk anda. Tapi kalau ada yang kurang, Siti minta maaf. Maklumlah baru belajar,” ujarnya.

Sememangnya para ibu terpesona dengan kecantikan dan kehebatan Siti pada petang itu. Biarpun sedikit semput ketika menyanyi tetapi persembahan Siti tetap yang terbaik.

Selain Umi dan Bunga Melor, Siti turut menyanyikan lagu Gubahanku, Pastikan, Aku Cinta Padamu dan Joget Pahang.

Lebih memeriahkan suasana apabila Siti menjemput Lan Pet Pet melawak dan menyanyikan lagu Anak versi Filipina.

Berkongsi pentas dengan Siti, sifu M.Nasir menghiburkan khalayak menerusi lagu-lagu popularnya iaitu Raikan Cinta, Sama Cinta, Kepadamu Kekasih, Bonda, Suatu Masa serta Juwita Citra Terindah.

Suasana petang tersebut cukup ceria apabila Adibah Noor selaku pengacara begitu bijak mencuri hati khalayak yang hadir dengan lawak jenakanya. Selain itu, Adibah turut menyanyikan dua buah lagu antaranya Terlalu Istimewa.

Menutup tirai persembahan yang cukup meninggalkan memori indah kepada para ibu yang hadir, ketiga-tiga mereka berduet menerusi lagu Dua Insan Bercinta.

Persembahan petang itu dianjurkan oleh Mahir Entertainment & Production sempena meraikan Hari Ibu yang disambut pada 9 Mei lalu.

Hasil kutipan jualan meja sebanyak 30 peratus akan disumbangkan kepada Yayasan Nurjiwa yang dikemudikan oleh Siti Nurhaliza bersama suaminya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Sunday, May 6, 2007

M. Nasir, Siti Nurhaliza rai Hari Ibu


Sama seperti tahun-tahun sebelumnya, sekali lagi Mahir Entertainment & Production membawakan sambutan hari ibu yang digelar Ibu Ratu Hatiku - Sepetang Bersama Siti Nurhaliza dan M. Nasir pada 20 Mei ini pukul 2.30 petang di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur.

Menggabungkan dua penyanyi hebat tanah air, pastinya penonton dijanjikan sebuah persembahan yang mantap dan menghiburkan daripada Siti Nurhaliza dan M. Nasir.

Antara lagu yang menjadi pilihan Siti Nurhaliza dan M. Nasir ialah Pastikan, Biarlah Rahsia, Keroncong Untuk Ana dan Kepadamu Kekasih.


Para peminat Siti Nurhaliza dan M. Nasir yang ingin meraikan Hari Ibu bersama dua artis popular itu boleh membuat tempahan di talian 03-42511469/42512469. Harga meja VIP - RM3,500, meja platinum RM2,800, meja emas RM2,300.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR