WALAPUN Anugerah Bintang Popular 2007 sudah lebih seminggu melabuhkan tirainya, tapi orang masih lagi bercakap tentangnya.
Biasalah, setiap kali sesebuah acara hiburan tamat, orang pasti akan tetap membicarakannya, baik yang buruk mahupun yang baik.
Tapi Papa bukan nak cakap pasal pemenangnya sebab itu semua adalah pilihan peminat. Jadi, kalau nak bising lebih-lebih pun, tak guna pun. Apa yang Papa nak cakap di sini pasal persembahan pada malam itu.
Memang Papa tak nafikan Papa cukup terhibur dengan persembahan oleh artis-artis yang terpilih terutama sekali Bob yang cukup memukau dengan vokal lunaknya mendendangkan lagu Jangan Bersedih Lagi.
Meremang bulu roma mendengarkan Bob mengalunkan lagu tersebut. Begitu juga dengan persembahan lima ‘otai’ rock yang menyampaikan lagu Kepadamu Kekasih. Memang mantap!
Apa yang menarik perhatian Papa adalah persembahan pembukaan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menerusi lagu Ku Mahu.
Papa dapat lihat Siti sekarang makin matang dan berani dalam persembahannya. Vokalnya tak perlu cakap, tetap merdu dan ampuh seperti biasa.
Walaupun tampil sopan dengan imejnya itu, dia tetap kelihatan seksi sewaktu mempersembahkan lagu Ku Mahu. Ditambah pula dengan gaun merah cilinya yang menyerlahkan lagi keseksian Siti. Kata orang seksi manja gitu!
Sumber: Utusan Malaysia.