Tuesday, January 1, 2008

Artis & Selebriti Paling Sensasi 2007

Sensasi 2007

Sepanjang 2007, inilah antara artis dan selebriti di Malaysia yang banyak mencetuskan kontroversi dan paling banyak diberikan pandangan.

Fasha Sandha1. Fasha Sandha - kontroversi tercetus kerana ramai yang tidak puas hati kerana Fasha dikatakan semakin seksi. Ukuran seksi mungkin berbeza pada setiap mata namun mungkin ukuran seksi Fasha adalah dari sudut pakaiannya. Hubungan Fasha dan Pierre Andre pun menjadi topik bualan. Satu lagi perkara yang sering ditegur ialah kerana Fasha dikatakan semakin sombong. Benarkah begitu?

erra fazira2. Erra Fazira - artis jelita ini sering menerima teguran tajam. Nampaknya peminat punya pandangan tersendiri mengenai kisah cinta Erra-Hans dan perkahwinannya dengan Engku Emran. Pun begitu sikap Erra yang harus dipuji ialah kerana dia sentiasa cool dengan segala pujian dan kutukan. Tak gitu?

Syarifah Amani3. Syarifah Amani - Amani sebenarnya pelakon low profile namun dia mencipta kontoversi kerana sanggup membotakkan kepala. Ramai peminat tidak setuju dan kurang senang dengan tindakan Amani. Tapi Amani harus diberikan pujian kerana lakonannnya. Macam tu ker ?

Ella4. Ella - peminat ada yang percaya dengan video lucah tersebut meskipun Ella menafikannya dan telah pun membuat laporan polis. Kesian Ella yang menjadi mangsa kerana dia popular dan masih available. Ramai pembaca dengan senang hati menggunakan cop mohor masing-masing menganggap itu dan ini tentang Ella. Hanya Ella yang tahu kebenarannya.

Linda Onn dah Fahrin5. Linda Onn dan Fahrin - ramai juga yang menggelegak dengan penafian ala-ala silat tepis Linda mengenai hubungan dengan Fahrin. Kerana suka berahsia walaupun sememangnya benar hubungan mereka bukannya none of our business' Linda kena kutuk... begitu juga Fahrin.. walaupun kutukan terhadap Fahrin tidak sehebat Linda. Agaknya sampai bila mereka nak amalkan ilmu silat tepis ni? Kehwin jer lah.....

Siti Nurhaliza6. Datuk Siti Nurhaliza - entah kenapa ramai pembaca gosip lebih gemar membincangkan kisah rumahtangga Siti dengan Datuk Khalid secara negatif? Pantang ada statement dari Siti, ada sahaja response yang memutarbelitkan penyataannya mahupun yang menyalah ertikannya. Penyataan Siti mengenai rumahtangga dan bertudung merupakan isu hangat hingga menenggelamkan kejayaan dan kisah kerjayanya.

7. Amy Search dan Norish - Pasangan yang paling banyak mendapat pujian 2007. Mungkin kerana penampilan Norish yang berbeza setelah pulang dari umrah. Dan Amy yang nampak benar bezanya dengan Amy yang dahulu. Nyata sekali Amy dan Norish telah berhijrah. Mungkin artis-artis lain perlu berfikir dahulu sebelum mengerjakan umrah dan balik tanpa sedikitpun perubahan! Satu lagi pujian harus diberikan kepada Amy ialah untuk keberaniannya memperjuangkan nasib lagu-lagu tempatan di corong-corong radio swasta. Wa Caya Sama Lu Brader... Rock n Roll never die

8. Aziz M. Osman dan Vee - Pasangan yang telah pun berpisah secara rasmi namun masih boleh bekerjasama dalam sebuah syarikat. Sungguhpun begitu bukan isu penceraian yang jadi bualan namun penampilan Vee yang berubah dan semakin seksi. Mengapa ya?

9. Jamal Abdillah - Kisah pengakuan Jamal untuk melawan ketagihan dadah yang kronik merupakan isu sepanjang zaman. Tahun ini tampak benar kesungguhan Jamal menghindarkan diri jauh-jauh dari benda syaitan itu. Ramai peminat yang memberikan sokongan dan galakkan tak kurang juga yang kurang percaya. Apa pun Jamal mesti benar-benar membuktikan dirinya mampu berubah. Betul tak?

10. Angkasawan Jadi Selebriti - Kalau tak kerana status angkasawan pertama negara, nama Dr. Sheikh Muszaphar mungkin hanya terlekat di kalangan pelajar yang diajarnya mahupun orang-orang yang pernah dirawatnya. Setelah menjadi angkasawan Dr. SMS dah jadi rebutan dan tumpuan ramai. Kisah bakal tunang dan gosip liar yang tak tentu hujung pangkal mengiringi kisah sebenar kehebatan anak muda Malaysia membuat langkahan pertama ke angkasa lepas.

11. Mawi - sasaran utama kutukan sebilangan peminat gosip. Rata-rata mereka mencampurkan kisah peribadi Mawi - cinta-cinta-cinta dan kisah lalok. Ramai yang lupa memberikan sokongan agar anak muda ini dapat pergi lagi jauh dan membuktikan dia ada pakej sebagai penyanyi. Ke mana perginya pujian tatkala Mawi masih baru di bidang hiburan? Agaknya bagaimana pula dengan perjalanan karier lakonan yang baru bermula?

12. Hans Isaac - Kecoh cerita cinta separuh jalan dengan Erra menjadikan Hans antara pelakon popular yang menerima nasihat positif daripada peminat. Rata-rata mahukan Hans tutup buku lama dan terus memandang kehadapan. Kegigihan Hans untuk mengarah sendiri filemnya harus diberikan pujian, begitu juga dengan usahanya menghadiahkan perabut untuk rumah seniwati Yusni Jaafar.

13. Aznil Haji Nawawi - Aznil bukanlah pencetus kisah peribadi sensasi. Yang menjadi bualan adalah siapakah yang bakal jadi pengganti Aznil untuk program Akademi Fantasia. Ramai nama yang popular dan berkebolehan telah disebut namun siapakah pengganti Aznil mengacara AF? Aznil telah pun meletakkan satu benchmark maka penggantinya perlulah lebih baik dan berkebolehan daripada Aznil.

Malaywood mengharapkan komen dan pandangan yang lebih banyak dan baik pada masa hadapan daripada peminat seni. Pujilah artis atau selebriti seadanya dan janganlah memberikan cemuhan dengan kata-kata berbaur lucah mahupun sekadar melepas geram tanpa fakta. Peminat seni perlu lebih matang tatkala mengatur kata.

SELAMAT TAHUN BARU!!!

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR