Showing posts with label Hans Issac. Show all posts
Showing posts with label Hans Issac. Show all posts

Monday, November 23, 2009

AC tak nak lagi ingat kisah pahit





BIARPUN hatinya masih lagi terluka dengan insiden yang berlaku, tetapi AC tetap optimis dan berfikiran positif menghadapi kehidupan.




Kekeruhan hubungan akrab antara AC Mizal dan Hans Issac bermula sejak pementasan Cuci the Musical 23 Oktober lalu apabila AC didakwa tidak berdisiplin serta gagal memberikan komitmen sewaktu sesi latihan.

Ekoran itu, penyanyi dan komposer Reefa dipilih sebagai pelakon gantiannya.

Namun, ia bertambah tegang apabila syarikat AC iaitu AC Konsortium diarahkan untuk menutup gerai yang didirikan di Istana Budaya hanya selepas tiga hari pementasan Cuci the Musical berlangsung.

Alasannya, Cuci the Musical adalah persembahan dan inisiatif Hans dan pihak produksi seolah-olah tidak mahu gerai yang didirikan itu cuba membayangi serta mengatasi populariti Cuci the Musical.

Sedangkan AC sendiri sudah meminta kebenaran dari Hans selaku penerbit Cuci the Musicaldan daripada persetujuan awal, Hans tidak kisah dan memberi kelulusan untuk AC berbuat demikian.

Selepas apa yang berlaku, AC sendiri mengakui bahawa dia kini mula kenal siapa lawan dan kawannya.

Malah, sehingga kini pun dia masih lagi terasa hati dengan insiden yang berlaku dan tidak sama sekali menyangka perkara tersebut menimpa dirinya.

"Kalau selepas ini pun mereka mahu meneruskan Cuci the Musical untuk musim kedua mahupun filem susulannya, saya percaya mereka boleh mencari pelakon gantian untuk saya.

"Alasannya mudah. Sepanjang pementasan Cuci the Musical, hanya saya seorang sahaja yang ada pelakon gantian dan ia tidak berlaku kepada Hans, Afdlin dan Awie.

"Kata mereka, tiga pelakon lain susah sekali untuk mencari pelakon gantian. Jadi, daripada situ sudah cukup jelas bahawa mereka boleh mencari pengganti saya bila-bila masa sahaja," kata AC dengan maksud yang mendalam.
Selebriti berusia 37 tahun ini ditemui pada rakaman program AC? yang berlangsung di Studio 1, Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Episod yang bakal bersiaran pada 21 Disember itu buat pertama kalinya menghimpunkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama adik-beradiknya, Saida dan Sairah dalam program itu.

Menyambung bicara, AC atau nama sebenarnya, Mizal Zaini menjelaskan dia sendiri tidak tahu bagaimana dakwaan negatif tentang dirinya timbul sepanjang terlibat dalam Cuci the Musical.



"Demi tidak menghampakan, saya tetap meneruskan latihan pada bulan Ogos biarpun saya terpaksa berkejar-kejar dari rakaman program AC? untuk menghadiri latihan.

"Saya seorang yang profesional dan apa yang penonton lihat di atas pentas semuanya adalah kerana watak yang saya bawakan tetapi keluar dari pentas, saya adalah diri saya," ujarnya yang berharap kisah itu tidak akan menjejaskan reputasinya sebagai seorang ahli perniagaan.

Malah, AC memberitahu tiada siapa tahu dia menderita kesakitan akibat kecederaan pada belakangnya sehingga doktor menasihatkannya untuk berehat dalam jangka masa yang lama ketika itu.

Bagi AC sekarang, apa yang berlaku akan membuatkannya lebih berhati-hati di masa hadapan kerana sudah lama dia merasakan dirinya ditindas serta diperkotak-katikkan oleh sesetengah pihak.

"Sudah tiba masanya saya bangkit dan bertegas dalam apa juga keputusan yang saya lakukan. Kalau dulu, saya masih lagi boleh berlembut dan bertoleransi.

"Bukan bermakna saya tidak boleh bertolak-ansur tetapi ada had dan batasnya," katanya penuh makna.
Menganggap apa yang berlaku semuanya ada hikmah di sebaliknya, apa yang penting buat AC sekarang adalah untuk menumpukan perhatian kepada AC Konsortium.

"Saya bertuah kerana memiliki isteri dan pasukan yang begitu komited dengan kerja serta bijak merencana perancangan mereka," kata AC yang juga akan melebarkan perniagaannya dengan memperkenalkan pelbagai rangkaian pakaian termasuk baju, kasut, seluar dan lain-lain lagi.

Tuesday, January 1, 2008

Artis & Selebriti Paling Sensasi 2007

Sensasi 2007

Sepanjang 2007, inilah antara artis dan selebriti di Malaysia yang banyak mencetuskan kontroversi dan paling banyak diberikan pandangan.

Fasha Sandha1. Fasha Sandha - kontroversi tercetus kerana ramai yang tidak puas hati kerana Fasha dikatakan semakin seksi. Ukuran seksi mungkin berbeza pada setiap mata namun mungkin ukuran seksi Fasha adalah dari sudut pakaiannya. Hubungan Fasha dan Pierre Andre pun menjadi topik bualan. Satu lagi perkara yang sering ditegur ialah kerana Fasha dikatakan semakin sombong. Benarkah begitu?

erra fazira2. Erra Fazira - artis jelita ini sering menerima teguran tajam. Nampaknya peminat punya pandangan tersendiri mengenai kisah cinta Erra-Hans dan perkahwinannya dengan Engku Emran. Pun begitu sikap Erra yang harus dipuji ialah kerana dia sentiasa cool dengan segala pujian dan kutukan. Tak gitu?

Syarifah Amani3. Syarifah Amani - Amani sebenarnya pelakon low profile namun dia mencipta kontoversi kerana sanggup membotakkan kepala. Ramai peminat tidak setuju dan kurang senang dengan tindakan Amani. Tapi Amani harus diberikan pujian kerana lakonannnya. Macam tu ker ?

Ella4. Ella - peminat ada yang percaya dengan video lucah tersebut meskipun Ella menafikannya dan telah pun membuat laporan polis. Kesian Ella yang menjadi mangsa kerana dia popular dan masih available. Ramai pembaca dengan senang hati menggunakan cop mohor masing-masing menganggap itu dan ini tentang Ella. Hanya Ella yang tahu kebenarannya.

Linda Onn dah Fahrin5. Linda Onn dan Fahrin - ramai juga yang menggelegak dengan penafian ala-ala silat tepis Linda mengenai hubungan dengan Fahrin. Kerana suka berahsia walaupun sememangnya benar hubungan mereka bukannya none of our business' Linda kena kutuk... begitu juga Fahrin.. walaupun kutukan terhadap Fahrin tidak sehebat Linda. Agaknya sampai bila mereka nak amalkan ilmu silat tepis ni? Kehwin jer lah.....

Siti Nurhaliza6. Datuk Siti Nurhaliza - entah kenapa ramai pembaca gosip lebih gemar membincangkan kisah rumahtangga Siti dengan Datuk Khalid secara negatif? Pantang ada statement dari Siti, ada sahaja response yang memutarbelitkan penyataannya mahupun yang menyalah ertikannya. Penyataan Siti mengenai rumahtangga dan bertudung merupakan isu hangat hingga menenggelamkan kejayaan dan kisah kerjayanya.

7. Amy Search dan Norish - Pasangan yang paling banyak mendapat pujian 2007. Mungkin kerana penampilan Norish yang berbeza setelah pulang dari umrah. Dan Amy yang nampak benar bezanya dengan Amy yang dahulu. Nyata sekali Amy dan Norish telah berhijrah. Mungkin artis-artis lain perlu berfikir dahulu sebelum mengerjakan umrah dan balik tanpa sedikitpun perubahan! Satu lagi pujian harus diberikan kepada Amy ialah untuk keberaniannya memperjuangkan nasib lagu-lagu tempatan di corong-corong radio swasta. Wa Caya Sama Lu Brader... Rock n Roll never die

8. Aziz M. Osman dan Vee - Pasangan yang telah pun berpisah secara rasmi namun masih boleh bekerjasama dalam sebuah syarikat. Sungguhpun begitu bukan isu penceraian yang jadi bualan namun penampilan Vee yang berubah dan semakin seksi. Mengapa ya?

9. Jamal Abdillah - Kisah pengakuan Jamal untuk melawan ketagihan dadah yang kronik merupakan isu sepanjang zaman. Tahun ini tampak benar kesungguhan Jamal menghindarkan diri jauh-jauh dari benda syaitan itu. Ramai peminat yang memberikan sokongan dan galakkan tak kurang juga yang kurang percaya. Apa pun Jamal mesti benar-benar membuktikan dirinya mampu berubah. Betul tak?

10. Angkasawan Jadi Selebriti - Kalau tak kerana status angkasawan pertama negara, nama Dr. Sheikh Muszaphar mungkin hanya terlekat di kalangan pelajar yang diajarnya mahupun orang-orang yang pernah dirawatnya. Setelah menjadi angkasawan Dr. SMS dah jadi rebutan dan tumpuan ramai. Kisah bakal tunang dan gosip liar yang tak tentu hujung pangkal mengiringi kisah sebenar kehebatan anak muda Malaysia membuat langkahan pertama ke angkasa lepas.

11. Mawi - sasaran utama kutukan sebilangan peminat gosip. Rata-rata mereka mencampurkan kisah peribadi Mawi - cinta-cinta-cinta dan kisah lalok. Ramai yang lupa memberikan sokongan agar anak muda ini dapat pergi lagi jauh dan membuktikan dia ada pakej sebagai penyanyi. Ke mana perginya pujian tatkala Mawi masih baru di bidang hiburan? Agaknya bagaimana pula dengan perjalanan karier lakonan yang baru bermula?

12. Hans Isaac - Kecoh cerita cinta separuh jalan dengan Erra menjadikan Hans antara pelakon popular yang menerima nasihat positif daripada peminat. Rata-rata mahukan Hans tutup buku lama dan terus memandang kehadapan. Kegigihan Hans untuk mengarah sendiri filemnya harus diberikan pujian, begitu juga dengan usahanya menghadiahkan perabut untuk rumah seniwati Yusni Jaafar.

13. Aznil Haji Nawawi - Aznil bukanlah pencetus kisah peribadi sensasi. Yang menjadi bualan adalah siapakah yang bakal jadi pengganti Aznil untuk program Akademi Fantasia. Ramai nama yang popular dan berkebolehan telah disebut namun siapakah pengganti Aznil mengacara AF? Aznil telah pun meletakkan satu benchmark maka penggantinya perlulah lebih baik dan berkebolehan daripada Aznil.

Malaywood mengharapkan komen dan pandangan yang lebih banyak dan baik pada masa hadapan daripada peminat seni. Pujilah artis atau selebriti seadanya dan janganlah memberikan cemuhan dengan kata-kata berbaur lucah mahupun sekadar melepas geram tanpa fakta. Peminat seni perlu lebih matang tatkala mengatur kata.

SELAMAT TAHUN BARU!!!

Monday, August 27, 2007

Gossip Fasha Sandha & Hans Isaac Bercinta?


Hans Isaac dan Fasha Sandha bercinta? Cepatnya Hans Isaac cari pengganti selepas putus cinta dengan Erra Fazira yang sedang bahagia bersama Engku Emran. Takpelah Hans, bak tagline motto Walls Cornetto “hidup biar sedap”, enjoylah… dan hidup juga mesti diteruskan. Fasha Sandha pun lawa, seksi dan cantik juga, kan?

Gambar Hans Isaac dan Fasha Sandha di Harian Metro kelihatan mesra di majlis 1st wedding anniversary Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid. Mereka duduk sebelah menyebelah dan nampak begitu intim macam dah lama berkawan. Gossip Hans Isaac dengan Fasha Sandha kini telah meletop gara-gara Fasha Sandha bercuti di Paris dan Hans Isaac bercuti di London tidak lama dulu. Mungkin secara kebetulan atau terancang mereka pergi bercuti pada masa yang sama, lain flight tetapi mereka pulang pada masa yang sama dalam satu kapal, memang satu yang ajaib dan aneh dan ini orang akan syak bukan-bukan. Tetapi Hans kata itu tidak benar sama sekali kerana mereka cuma tidak lebih dari hubungan kawan sahaja. Kemudian, Hans Isaac bawa Fasha Sandha tengok dan layan konsert Gwen Stefani pada 21 Ogos lalu, lagilah orang duk kata diorang ni tengah syiok bercinta.

Habis tu, kesianlah kat Pierre Andre… gigit jari. Kata Fasha Sandha bercinta ngan Pierre… aiyo, peninglah cam nih! Yang mana satu pelakon drama Natasha ni nak sebenarnya? Apa-apa pun, Spekulasi ini dijawab Fasha Sandha bahawa mereka hanya berkawan sahaja setakat ini. Masih tidak ada rasa cinta di hati Fasha Sandha dan mereka pun baru dalam proses kenal mengenali antara satu sama lain. Hubungan intim Fasha Sandha dan Hans Isaac dikatakan bertambah syiok bila mana mereka menerima tawaran membintangi filem Ikan Laga, terbitan syarikat pelakon itu, Tall Order Production.


Credit to budiey.com

Monday, July 9, 2007

Adakah benar Erra mencurangi cinta Hans?

KIRIMAN e-mel daripada seseorang yang ditujukan kepada pihak media benar-benar menggemparkan. Ia menceritakan pertengkaran yang berlaku antara Hans Isaac dengan kekasihnya di Damansara selepas mendapat tahu kekasihnya itu ada teman lelaki lain.Difahamkan, kekasih Hans yang dimaksudkan itu ialah pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira, 33, manakala buah hatinya yang baru dikatakan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32.Menurut satu sumber, Hans dikatakan pergi ke rumah Erra pada malam itu. Difahamkan, sepupu lelaki Erra membuka pintu selepas menyedari kehadiran Hans.Sebaik Hans masuk ke dalam rumah, berlakulah pertengkaran antara dia dengan Erra selepas beberapa minit berbincang.Pertengkaran berlarutan sehinggalah muncul lelaki yang dikatakan seorang VIP stesen penyiaran dari dalam rumah itu (Engku Emran).Difahamkan, apabila Hans melihat keadaan itu, dia tidak menunggu lama, maka berlakulah pergaduhan antara dia dengan Emran. Perhatikan dalam gambar (bulatan merah), tangan kanan Hans yang cedera, mungkin kesan daripada pergaduhan itu.Bintang Popular difahamkan, Hans sudah lebih setahun menjalin hubungan cinta dengan Erra namun mereka tidak pernah membuat sebarang pengakuan kepada pihak media gara-gara Erra keberatan mendedahkan perhubungan mereka kepada umum.Namun, Hans khabarnya terlalu menyintai Erra malah sudah pun belajar mendalami Islam kerana dia merancang melamar Erra sebagai isterinya yang sah pada tahun depan.Difahamkan, masing-masing sudah pun membeli kondominium di kawasan perumahan yang sama sebagai persediaan apabila mereka bergelar suami isteri kelak. Namun, Hans akhirnya kecewa gara-gara insiden pada malam itu apabila mendapati Erra menjalinkan hubungan dengan Emran.Tambah sumber yang sama, Erra sudah menjalin hubungan rapat dengan Emran kira-kira empat bulan yang lalu dan mereka dikatakan bakal berkahwin selepas perhubungan mereka mendapat restu daripada ibu Erra.Namun, Hans yang ditemui ketika menghadiri rakaman di TV9, di Sri Pentas, Bandar Utama, Selasa lalu, masih keberatan menyatakan sebarang nama yang terbabit dalam insiden kira-kira jam 12.30 tengah malam, pada 1 Julai lalu itu.Ikuti temubual eksklusif penulis bersama Hans berhubung kontroversi panas ini. Paparan mengenai pergolakan antara Hans dan kekasihnya boleh juga diikuti menerusi Melodi, hari ini jam 12.30 tengah hari di TV3 bersama wartawan terjah, Nas Ahmad. (ulangan petang Khamis 12 Julai, 2007)... sumber Bintang Popular.

Info & kronologi sejarah percintaan Erra

Sumber dari "Bintang Popular"

Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, dilahirkan pada 9 Februari 1974 dan berasal dari Sungai Choh, Rawang, Selangor.

Memulakan kerjayanya dalam bidang modelling sehinggalah dinobatkan sebagai Miss Malaysia/World 1992. Dia juga pemenang tempat ketiga Miss South East Asia 1992/1993. Erra seterusnya menceburkan diri ke dunia seni sebagai penyanyi dan pelakon, kini usahawan.

Antara album yang pernah dihasilkannya termasuklah Erra Fazira (1994), Aku dan Dia (1995), 2.5 Sayang (1996), Kini (1999 ), Sampai Bertemu (2002), Kini Kembali (2003) dan Ya Atau Tidak (2006). Manakala lagu popularnya ialah Pasrah, Jendela Hati, Hadirnya, Pertemuan, Ucapkanlah (duet dengan Yusry) dan Nada Kasih (duet dengan Rio Febrian).

Erra pernah mendapat jolokan primadona filem Melayu alaf baru. Antara filem lakonannya ialah Sembilu, Maria Mariana, Gemilang, Tragedi Oktober, Pasrah, Gerak Khas The Movie (GKTM), Mr Cinderella, Gila- Gila Pengantin, Cinta Kolesterol, Hingga Hujung Nyawa, Pesona Non Grata dan Qabil Khusri Qabil Igam (QKQI). Tujuh kali dia dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABP-BH).

Ratu Filem Melayu itu pernah menjalin hubungan serius dengan Awie selama empat tahun. Mereka bertunang pada Oktober 1997, tetapi terputus di tengah jalan pada tahun berikutnya. Hanya pada 1999, Erra mula rapat dengan Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) apabila mereka digandingkan menerusi filem Mr Cinderella. Ternyata desas-desus hubungan cinta mereka benar apabila kedua-duanya bertunang pada 3 Mac 2003

Erra akhirnya diijabkabulkan dengan Yusry pada 15 Jun 2003 di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur. Majlis persandingan penuh gemilang atau dianggap Wedding of the Year itu diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 22 Jun 2003.

Namun, selepas mengecapi kebahagiaan alam berumah tangga kira-kira dua tahun, perkahwinan mereka tiba-tiba dilanda badai sehingga kedua-duanya tidak lagi tinggal sebumbung untuk beberapa ketika. Erra dan Yusry akhirnya bercerai secara rasmi pada 16 Jun 2006.

Hubungan intim Erra dengan Hans Isaac mula menjadi bualan ramai ketika mereka berlakon sama dalam filem Persona Non Grata pada 2005. Penggambaran filem itu dibuat di Thailand. Ketika itu rumah tangga Erra bersama Yusry sedang bergolak.

Bagaimanapun, Erra menafikan keretakan rumah tangganya berpunca daripada hubungan rapatnya dengan Hans kerana mereka hanya kawan baik. Pun begitu, selepas Erra bercerai dengan Yusry, sekali lagi hubungan istimewa Erra bersama Hans kembali diperkatakan apabila mereka sering kelihatan bersama.

Hubungan rapat mereka terus menjadi bualan hangat apabila Hans sanggup menghadiahkan jam tangan Rolex bernilai RM15,000 sempena hari jadi Erra ke-33 pada Februari lalu. Pun begitu, Erra tetap menafikan mereka bercinta, selain mendakwa tiada salahnya dia menerima hadiah mewah daripada rakan baik.

Hanya pada awal Julai ini Hans tiba-tiba mengesahkan hubungan cintanya dengan Erra sudah pun berakhir berikutan penyanyi dan pelakon terkenal itu dikatakan bakal berkahwin dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR