Tuesday, April 6, 2010

Hadiah istimewa Siti Nurhaliza setelah 15 tahun beekecimpung dalam dunia hiburan tanahair


KEJAYAAN Siti Nurhaliza meraih dua trofi pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009, malam Ahad lalu memberi signifikan tersendiri.



TEMPOH 15 tahun yang penuh warna-warni barangkali sudah cukup menterjemahkan perjalanan hidup anak seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ini.

Daripada seorang gadis biasa dia menjadi sebuah kuasa yang sukar ditundukkan.

Kerana itu, tidak hairan dia sentiasa menjadi mangsa tidak senang segelintir pihak.

Lalu, apabila namanya diumumkan sebagai Bintang Paling Popular padaAnugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 (ABPH2009) malam Ahad lalu, apakah keputusan itu seharusnya dipertikaikan lagi?

Ada benarnya ramai artis lain yang mampu gelaran itu khususnya artis baru tetapi hingga kini kehebatan Siti sukar dinafikan.

Kejayaan itu merupakan rekod cemerlang buat Siti. Bukan sekadar tujuh kali menggenggam trofi Bintang Paling Popular, tetapi Siti juga mencipta satu lagi rekod hebat apabila memenangi Penyanyi Wanita Popular selama 13 tahun berturut-turut.

Kedua-dua rekod itu sudah cukup membuktikan kehebatan anak jati Pahang ini dalam bidang seni biarpun perlu bersaing dengan muka baru yang lebih menyerlah.

Bagi Siti, kemenangannya pada malam bersejarah itu amat disyukuri.

Jelas Siti, sepanjang menjadi artis, peminat merupakan nadi kekuatan dan pembakar semangatnya untuk meneruskan karier.

Sementelah, ABPBH2009 merupakan penyertaan terakhirnya, Siti tidak menafikan kemenangannya itu hasil usaha peminat yang mahu melihatnya menjulang trofi tersebut buat kali terakhir.



Apatah lagi, gelaran Bintang Paling Popular kali ketujuh itu disifatkannya sebagai hadiah terbaik daripada peminatnya sempena ulang tahun ke-15 sebagai anak seni.

"Saya bersyukur kerana memiliki peminat yang terbaik dan terhebat kerana mereka tidak pernah jemu menyokong walaupun ada ketika saya dihambat kontroversi.

"Namun begitu, mereka masih setia di belakang saya dan mahu terus melihat saya berdiri di pentas.
"Terima kasih atas segala sokongan, pengorbanan dan semangat yang mereka berikan kepada saya sepanjang 15 tahun," kata Siti dalam nada terharu.

Sebelum ini, Siti pernah memenangi kategori tersebut selama lima tahun berturut-turut dari tahun 1996 hingga 2001.

Malaywood : Tahniah sekali lagi Dato'
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR