Wednesday, April 9, 2008
Apa yg Kurang pada AF6 ?
Start daripada tuh, org tertunggu tunggu AF2. Aznil pulak sebagai pengacara telah meletak suatu benchmark yg amat tinggi untuk AF. Tengok aja masa AF2. Tiap-tiap minggu bebudak tuh menangis. Calon-calon pulak nampak sama kuat. Memula Kaer lah yg nampak power. Adam naik lepas dapat lagu KRU dan gosip dgn Farah. Zahid nampak best lepas nyanyi Cek Mek Molek. 2,3 minggu sebelum final, bebudak opis aku dah sebut-sebut Zahid akan jadi juara. Sah, masa final berapa ramai org pakai baju oren malam tuh. Zahid menang. Abis zaman AF2.
Ader kelainan pulak AF3, sebab ader consert prelude. Yg peliknya, masa prelude lagi org dah start minat Mawi. Tapi malang, Mawi tak dapat masuk AF. Mawi FC bantai kat channel @15. Perghhh meriah. Minggu ke 2, Mawi dapat masuk. Lepas start citer pasal Mawi. Mawi.. Mawi dan Mawi sampai final. Mawi dah jadi legend. Sentiasa no 1 setiap minggu sampai final membuat Felix FC selalu gaduh ngan Mawi FC kat Ch @15. Perghhhh AF3 paling meriah. Kisah Mawi macam cinderella. Mawi sana sini smpai skarang.
AF4, start menurun sikit. Semua org compare student AF4 dgn Mawi. Aisey... citer Mawi tetap memenuhi ruang Ch@15. Tenggelam budak AF4. Tapi Faizal muncul dgn lagu rakyat dia. setiap minggu ader lagu rakyat T'ganu yg kiter tak pernah dengar selama nie dia nyanyi. Lepas tuh meletop dgn lagu Smell Like teen Spirit - Nirvana. Aksi melompat dari atas stage tuh memang idea baru dlm AF. Dan Faizal pun sama telah dijangka akan menang. Dan memang dia menang. lagi satu, faktor Adlin AR pun menjadi keunikan utk AF4. dia ikon pengkritik laser yg berwibawa. Adlin pun berperanan menghidupkan AF4.
AF5 pulak ader kontrevasi dengan pengetua. Roslan tak nak bebudak menangis. Rata-rata penonton rasa tak best minggu 1, 2 dan 3. Muzik arrangement simple sangat. Takde sapa yg nampak menyerlah utk AF4. Mila duduk ditangga tercorok setiap minggu. Aku pun ingat masa bila Mila start jadi perhatian penonton. Tiba-tiba dia menang. Aku pulak tak ingat sesapa lagi batch-batch Mila nih. Kebanyakkan nya terus tenggelam lepas AF5.
AF6 bermula tanpa Aznil. Tugas berat utk AC Mizal. Diari pula diambil alih oleh Sarimah Ibrahim. Dua-dua pengacara nih dah ader style sendiri. Expectation org adalah benchmark Aznil. Bagi yg tgk minggu-minggu awal, diaorg citer kat aku, AC memula try nak jadi aznil. Minggu ke 2 dia buat style AC Disini, dah minggu ke 3 takde langsung element suprise. Main keluar cam tu jer. Bebudak AF nyer pulak di kata kan tak nampak lagi yg berbakat besar dan yg ader fan ramai yg consistent menyokong. Saida mungkin dapat undi kesian dari peminat Siti Nurhaliza. Dan ader rumours yg aku dengar, siti dan dato' K mengagihkan kad top prepaid utk diberi kepada anak buat supaya afundi Saida. Org kata, aku tak kata. Betul atau tak, melodi (Nas Ahmad) kena terjah Siti. Dan dikatakan juga, kemasukkan semula Adlin AR adalah utk menaiikan semula rating Akedemi Fantasia.
Malaywood cuma berharap, tugas berat utk juara AF6. Pastikan anda dpt award sampingan selepas AF6 nanti. Antara tradisi award sampingan, ketegori artis baru pada anugerah era. Semua juara AF menang anugerah tuh. Dan anugerah-anugerah lain.
Malaywood: Wa sokong Mama Rina. Dia yg wa tengok paling consistent dan bersungguh utk belajar di Akedemi Fantasia. Dia bukan nak DJ, dia bukan nak jadi pengacara TV, tapi dia dtg ke AF utk jadi Juara dan belajar jadi penghibur. Wa caya sama lu Mama Rina !!
Tuesday, April 8, 2008
Mama Rina AF6 - Enter Sandman (Metallica)
Penyelamat Maruah Minggu 3 AF6. Yg nie jer yg best. Wa caya sama lu mama !
Mama Rina bukti kemampuan
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA liza.zakaria@utusan.com.my
![]() |
Aksi rock ‘menjadi’ daripada Mama Rina. |
SIAPA kata individu yang telah berusia tidak mampu memberikan yang terbaik dalam persembahannya?
Peserta berusia 44 tahun, Rina atau nama sebenarnya Hairina Abd. Halim berjaya membuktikan kemampuannya sebagai penghibur dalam kelas tersendiri dengan persembahan mantap pada konsert minggu ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6) Sabtu lalu.
Menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan rock ternama Metallica, Enter Sandman, Rina yang lebih sinonim dengan panggilan Mama Rina cukup selesa dengan imej rock.
Menerima tepukan gemuruh daripada penonton yang begitu teruja dengan persembahannya, Rina seolah-olah menyerap segala tenaga daripada sorakan dan sokongan padu penonton yang turut sama menyanyikan lagu tersebut.
Bergelar nenek kepada dua orang cucu bukanlah penghalang bagi Rina yang menjadikan kerjaya nyanyian sebahagian daripada kehidupannya sejak 20 tahun lalu. Ternyata, pengalaman yang dikumpul olehnya sepanjang tempoh itu tidak disia-siakan.
sumber: Utusan Malaysia
