Tuesday, April 8, 2008
Mama Rina AF6 - Enter Sandman (Metallica)
Penyelamat Maruah Minggu 3 AF6. Yg nie jer yg best. Wa caya sama lu mama !
AF 6 Kurang Menyengat ?
bebudak AF6 masa minggu 3 memang takde gaya nak memang. Macam, asalkan dpt jadi student AF pun dah OK. Kalau keluar awal pun tak kisah. Terkeluar awal bleh jadi DJ macam Nana, Adi, dll. Bleh jadi host rancangan TV. Tak kisah lah kat RTM ker, TV3 ker. Memang tak niat nak jadi juara nampak gayanyer. Kalau Mama Rina..... huh, nampak betul dia nak menang. Org cakap kat aku, minggu dia nyanyi lagu Tina Turner tuh pun dah power dah.
Nanti nanti aku review konsert AF6 kat youtube, betul ker kurang menyengat ?
Mama Rina bukti kemampuan
Oleh NORLIZA MOHAMAD ZAKARIA liza.zakaria@utusan.com.my
![]() |
Aksi rock ‘menjadi’ daripada Mama Rina. |
SIAPA kata individu yang telah berusia tidak mampu memberikan yang terbaik dalam persembahannya?
Peserta berusia 44 tahun, Rina atau nama sebenarnya Hairina Abd. Halim berjaya membuktikan kemampuannya sebagai penghibur dalam kelas tersendiri dengan persembahan mantap pada konsert minggu ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6) Sabtu lalu.
Menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh kumpulan rock ternama Metallica, Enter Sandman, Rina yang lebih sinonim dengan panggilan Mama Rina cukup selesa dengan imej rock.
Menerima tepukan gemuruh daripada penonton yang begitu teruja dengan persembahannya, Rina seolah-olah menyerap segala tenaga daripada sorakan dan sokongan padu penonton yang turut sama menyanyikan lagu tersebut.
Bergelar nenek kepada dua orang cucu bukanlah penghalang bagi Rina yang menjadikan kerjaya nyanyian sebahagian daripada kehidupannya sejak 20 tahun lalu. Ternyata, pengalaman yang dikumpul olehnya sepanjang tempoh itu tidak disia-siakan.
sumber: Utusan Malaysia
Tuesday, February 26, 2008
Anita Sarawak jadi tenaga pengajar AF6
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Penghibur terkenal, Anita Sarawak merupakan antara dua muka baru dilantik menjadi tenaga pengajar yang akan mengemudi Akademi Fantasia musim keenam (AF6).
Selain Anita yang akan mengendali persembahan pentas, seorang lagi muka baru yang dilantik adalah Genervie Kam sebagai guru muzik dan vokal.
Enam muka lama yang kembali sebagai tenaga pengajar AF6 adalah Siti Hajar Ismail (vokal teknikal), Syafizawati Sharif (vokal persembahan), Linda Jasmine (koreografi), Fauziah Nawi (seni persembahan), Fatimah Abu Bakar (perunding motivasi dan guru bahasa Inggeris) dan Jasmi Rejab (perunding fesyen) selain Ramli MS yang dipilih semula sebagai pengetua AF6.
Sumber: Utusan Malaysia
Pada akulah, walau macam mana bagus sekali pun tenaga pengajar kat Akedemi fantasia tuh, dan kalau pelajarnyer tak reti nak belajar maka takkan kemana lah pelajar AF tersebut. Sebab tuh, ramai pelajar yg keluar AF dari AF1 sehingga ke AF5, hanya seciput sahaja yg masih menyanyi. Mana Mas ? Yg dulu konon-kononnya ramai fans. Bising dalam chat @15 sms nama MAS, MAS, MAS... fans dia selalu kata suara Mas best... mana Mas? Mana Felix ? No 2 AF3... senyap sepi. Mana Lotter ? No 2 AF4... tu belum aku sebut nama pelajar yg terkeluar awal minggu pertama. Memang tenggelam habis. Ouuuttt... Yg memang tak boleh menyanyi tapi ada rupa dan personality, mencari ruang jadi jeruhebah radio atau mengacara rancangan TV. Padahal kat AF belajar menyanyi, alih-alih jadi ntah hapa hapa yg tak relevan dgn apa yg cikgu diaorg ajar.
Tak kisah lah cikgu dia Anita Sarawak ker, Uji Rashid ker, Diana Rose ker, Elton John ker... kalau dah memang dasar suka main main dalam kelas, tak kemana perginya pelajar AF nie. Kalau diaorg jenis tak main-main dlm kelas, sure diaorg tak jadi pelajar AF, sure diaorg jadi pelajar MIT ker, Oxford ker, UM ker dan jadi Lawyer, Doctor, Engineer, kan ? betul tak apa yg aku cakap nie.
Bila dah tak pass skolah nak jadi penyanyi, bila tak pass jer nak jadi celebrity. Sebenarnya, bidang industri muzik dan lakonan bukan tempat org-org yg tak pass skolah nak cari makan. Aku tahu ada dikalangan artis kita yg berpelajaran. Tapi segelintir jer. Rata-rata SPM pangkat 2,3 dan SAP. Tak caya tanya diaorg.
Cuba tengok CROMOK, diaorg ada degree in engineering, group nie thrash metal paling otai sekitar tahun 90an. Semua org tahu, diaorg dari Univ of Willonggong, AUstralia. Azhar Sulaiman architechure, Sudirman Law, Fazley PhD. Tapi budak-budak AF nie, paling kuat aku rasa Kaer, student architecture pastu tukar bidang kat Lim Kok Kwing ambik degree in art.. (something that related to that lah).
So, Yg bagusnya cikgu diaorg dan pengetua dia macam Roslan Aziz, Univ. Berkeley. Tapi pelajar belum tentu bagus lagi. Bergantung kepada kesungguhan diorg nak belajar.
Malaywood: Belajar untuk memajukan diri sendiri di dalam apa jua bidang yg di ceburi
Sunday, February 24, 2008
TV Malaysia Tidak Bebas (Bosan !!)
Tengok cara TV3 buat laporan berita dan sumber berita TV internet. Dimana profesionalism korang ? Berita TV3 hampeh !!
Baik aku layan lagu nie.
Kreativiti macam nie memang takleh masuk TV dan radio kat Malaysia. Aku rasa, pitching dia OK, patut masuk Akademi Fantasia 6 (AF6).
Malaywood: Kalau ginilah cara org TV kita buat kerja, beratus tahun lagi lah nak mencapai taraf macam Hollywood, Bollywood dan HongKongwood hari ini.
Thursday, January 17, 2008
Uji Bakat AF6
Senarai Tarikh & Lokasi Ujibakat
12 & 13 Januari
ASTRO Bukit Jalil
17 - 20 Januari
Kompleks Asia City, Kota Kinabalu
17 - 20 Januari
Merdeka Palace, Kuching
26 - 27 Januari
Penang International Sports Arena, Penang
26 - 27 Januari
Kompleks Mawar, Johor Bahru
2 & 3 Februari
PNB Darby Park, KL
Senarai Lagu Ujibakat
Peserta Wanita
Persis Mutiara - Mila AF5
Rindu Merindu - Fauziah Idris
Jika Kau Kekasih - Linda Nanuwil
Ya Atau Tidak - Erra Fazira
Salam Untuk Kekasih - Nadia
Setiaku Korbankan - Fauziah Latiff
Unfaithful - Rihanna
Menaruh Harapan - Zaiton Sameon
Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak
Pastikan - Siti Nurhaliza
Peserta Lelaki
Langit Biru - Mawi
Fantasia Bulan Madu - Amy Search
Kasihnya Laila - Jinbara
Joget Angan Tan Sudah - Jay Jay
It's Gonna Be Me - NSync
Izinku Pergi - Kaer
La Camisa Negra - Juanes
Kisah Kau Dan Aku - Alleycats
Ku Juga Mencintamu - Saiful
Azura - Jamal Abdillah
Sunday, January 13, 2008
Bakat Terpendam Macam Nie Yang Patut Masuk AF6
kalau nak tahu, brader nie punya hits kat YouTube, perghhh... dasyat. Macam artis pro kat Malaysia. Suara dia dan lagu yang dia ubah lebih best dari penyanyi asal. banyak komen yang aku dapat dari member-member yang dah dengar clip video dia.
Actually, dia suka-suka jer post kat youtube, tapi Meletop. Malaywood try cari siapa mamat yang nyanyi lagu "Minat Oghe Tino" nie.
Kepada pencari bakat untuk Akedemi Fantasia 6, cuba cari mamat nie dan invite dia pergi audition. Cuba test tengok dia punya picing dan beberapa teknikal vokal yang lain. Malaywood rasa, kalau dia dapat masuk AF6, sure meletop. Kalah Mawi. percayalah. You bleh tengok creativiti mamat nie dalam video clip amature dia.
Malaywood: AF6 patut cari mamat nie untuk ujibakat kalau rasa nak buat duit macam zaman Mawi AF3.
Kejutan Awal dari Akademi Fantasia 6 (AF6)
Sementara kejutan keduanya pula apabila Pengetua Akademi Fantasia 2, Ramli MS kembali menerajui kerusi panas tersebut untuk musim keenam. Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Ramli MS ? Setelah memberikan pendidikan yang masih lagi diingati sehingga kini, tahap profesionalisme Akademi Fantasia bakal diuji dan dinilai penonton sekali lagi di bawah kepimpinan beliau.
Beliau akan mengikuti sesi ujibakat untuk melihat sendiri bakat yang masih ada di seluruh Malaysia. Menariknya di musim ini beliau turut berpeluang untuk memilih sendiri tenaga akademik yang akan bekerjasama dengannya apabila proses pengajian bermula.
sumber: http://sultanmuzaffar.blogspot.com/
Malaywood: ramai artis 'senior' kelab malam akan turun ke uji bakat untuk AF6 tahun nie.
