Sunday, January 13, 2008

Kejutan Awal dari Akademi Fantasia 6 (AF6)

Tahun ini, Akademi Fantasia memberikan "kejutan" pertama dengan mengumumkan bahawa penyertaan kini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berusia 18 hingga 45 tahun. Melalui perubahan elemen ini, kami ingin menggalakkan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk menyertai Akademi Fantasia kerana "bakat tidak mengenal usia". Kalau baca Mingguan Malaysia hari ini, seorang peserta uji bakat yang hadir sudah bergelar nenek berumur 44 tahun. Perghhh.... dasayat

Sementara kejutan keduanya pula apabila Pengetua Akademi Fantasia 2, Ramli MS kembali menerajui kerusi panas tersebut untuk musim keenam. Apakah perubahan yang akan dibawa oleh Ramli MS ? Setelah memberikan pendidikan yang masih lagi diingati sehingga kini, tahap profesionalisme Akademi Fantasia bakal diuji dan dinilai penonton sekali lagi di bawah kepimpinan beliau.

Beliau akan mengikuti sesi ujibakat untuk melihat sendiri bakat yang masih ada di seluruh Malaysia. Menariknya di musim ini beliau turut berpeluang untuk memilih sendiri tenaga akademik yang akan bekerjasama dengannya apabila proses pengajian bermula.

sumber: http://sultanmuzaffar.blogspot.com/

Malaywood: ramai artis 'senior' kelab malam akan turun ke uji bakat untuk AF6 tahun nie.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR