Sunday, January 13, 2008

Elly Mazlein Masih Popular


Oleh NIEZAM ABDULLAH

Elly Mazlein? Ada lagi ke dia ni? Ramai yang bertanyakan soalan itu. Kenapa saya berkata sedemikian adalah kerana sejak sekian lama pemilik nama Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi ini bagaikan tenggelam begitu saja.

Seingat saya kali terakhir Elly menjadi penghias cover Pancaindera pada tahun 2006 ketika namanya berada dalam keadaan sedikit ‘panas’ selepas dia dikatakan sudah berumah tangga dalam diam.

Bagaimanapun cerita itu semuanya tak betul dan Elly sendiri sudah menjelaskan mengenainya kepada umum.

Selepas itu dia juga jarang muncul di mana-mana majalah ataupun majlis hiburan tertentu sehinggakan gadis berusia 27 tahun ini bagaikan sudah tidak wujud lagi dalam industri.

‘‘Saya tak lari ke mana. Saya ada dan sibuk dengan shooting selepas kontrak saya tamat dengan NAR Records,’’ kata Elly memulakan bicaranya.

Saat dikatakan tenggelam dibawa arus itu, namanya kembali memuncak selepas dia muncul menerusi drama bersiri Spa Q yang disiarkan di TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis (pukul 6.30 petang).

Kemunculan Elly dalam drama tersebut membuatkan ramai yang tertanya-tanya ke manakah dia menghilang sebelum ini.

sumber: Pancaindera
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR