Showing posts with label TV3. Show all posts
Showing posts with label TV3. Show all posts

Thursday, May 14, 2009

Betul ker.. permulaan Mentor 3 mengecewakan ?


AKSI Chaq dan Ajai saat mendendangkan lagu Gagap.


KONSERT pusingan pertama, Mentor musim ketiga (Mentor 3) membabitkan kumpulan A pada malam Ahad lalu menyaksikan betapa lemahnya penguasaan vokal setiap protege.

Bertaraf 'biasa-biasa' sahaja, terasa bagaikan membuang masa menonton aksi mereka di pentas yang jelas nampak begitu hambar serta kurang bertenaga.

Paling ketara apabila kumpulan Evo menonjolkan ketidakseimbangansuara antara dua anggotanya iaitu Khairul Najmuddin Abu Samah (Hyrul) dan Halhusani Razmi (Sani).

Ini kerana kekuatan lontaran vokal Hyrul dilihat menenggelamkan vokal Sani yang seakan 'curi tulang' dalam mengeluarkan suara.

Persembahan Fira atau Hunanis Zafira Huzaimi juga tidak menyerlah termasuk Camellus De'lelli Anam (Chaq) yang seperti terikut-ikut dengan gaya sebutan serta nyanyian mentornya, Ajai.

Meskipun Chaq menduduki tangga teratas dengan memungut 67.9 mata berbanding Evo (56.4 mata) dan Fira (39.7 mata) bagi pusingan itu, Chaq perlu mencari sesuatu yang dapat melonjakkan aura kehebatannya.

Memanglah wajah manisnya bisa meraih undi penonton, namun ia perlulah seiring dengan pakej vokal yang mampu membuatkan orang ramai dapat membezakannya dengan protege lain. Begitu juga kepada Fira dan Evo. [baca seterusnya]

sumber : Utusan Online


Malaywood: aku pun rasa kurang menyengat....


Sunday, February 24, 2008

TV Malaysia Tidak Bebas (Bosan !!)

Seminggu dua nie, malas rasanyer nak tengok TV. Kenapa TV di Malaysia tidak bebas ? kenapa ia dikawal oleh satu pihak sahaja. Aku pernah pergi rumah member aku kat Johor Baharu, dan dapat tengok TV Indonesia. Sewaktu time-time pilihanraya, iklan-iklan TV beri ruang semua parti untuk berkempen. baru lah bebas, baru demokrasi. Kalau sebelah pihak sahaja yg mengawal dan memanipulasi TV, tu namanya kuku besi bukan demokrasi. Sama jugak kalau tengok siaran TV siam. Belah belah Kelantan memang dapat channel Thailand. Semua parti boleh dapatklan khidmat TV. So, takdelah berita berat sebelah. Kat U.S, UK, semua saluran TV tidak berat sebelah. Sebab tu, parti-parti bertanding dapat bertanding secara adil. Kat Malaysia, semua dah dikontrol oleh satu pihak, baik RTM 1,2, TV3, NTV7, TV9. Astro pun ada sikit-sikit kena control. APA NIE ? MACAM tu ker caranyer nak menjadi negara maju. Lagi mundur kebelakang adalah.

Tengok cara TV3 buat laporan berita dan sumber berita TV internet. Dimana profesionalism korang ? Berita TV3 hampeh !!



Baik aku layan lagu nie.



Kreativiti macam nie memang takleh masuk TV dan radio kat Malaysia. Aku rasa, pitching dia OK, patut masuk Akademi Fantasia 6 (AF6).

Malaywood: Kalau ginilah cara org TV kita buat kerja, beratus tahun lagi lah nak mencapai taraf macam Hollywood, Bollywood dan HongKongwood hari ini.

Monday, May 28, 2007

Gang Starz: Colabr8 tidak puas hati disingkir

SEPANJANG Gang Starz diadakan, program TV realiti itu tidak banyak mencetuskan kontroversi sehinggalah konsert mingguannya pada malam Ahad lalu.
Pada malam itu program terbitan TV3 tersebut membuat kejutan apabila menyingkirkan dua kumpulan tempatan iaitu E-Voke dan Colabr8.
Kejutan timbul apabila dua peserta itu dimasukkan semula ke dalam Gang Starz dan akan bersaing dengan Pianka, N-Quint, G-18, Equal Star serta Infinatez yang pernah tersingkir sebelum ini.
Wan-D bersama anggota kumpulannya, Colabr8 merupakan peserta Gang Starz yang paling tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
“Kami tidak puas hati kerana Gang Starz memasukkan semula peserta yang telah tersingkir sebelum ini.
“Kalau kami tersingkir malam ini kami rasa berbaloi tetapi dengan adanya kemasukkan semula peserta Gang Starz yang pernah tersingkir kami terpaksa bersaing semula.
“Bukannya mudah untuk kami berada di tahap sekarang ini. Keluarga kami sudah banyak sangat mengundi (menghantar SMS) untuk kami .
“Sampaikan dua adik anggota kami iaitu DJ KS menangis apabila kami disingkirkan. Sedangkan peserta yang telah tersingkir senang-senang sahaja dimasukkan semula mendapat peluang bertanding sekali lagi,” katanya pada sidang akhbar selepas konsert mingguan Gang Starz di
Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor malam kelmarin.
Bagaimanapun, jelas Wan-D atau nama sebenarnya Muhd. Hazwan Jasmi, 21, dia terpaksa akur dengan keputusan tersebut.
“Kami tidak boleh menyalahkan sesiapa sebab kami sudah mengikat kontrak (dengan TV3). Tetapi hati kami memang terguris. Sampai hati mereka buat kami macam ini,” ujarnya lagi sambil menitiskan airmata.
Pengurus Jabatan Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan berkata, keputusan penyingkiran dan penyerapan semula tujuh kumpulan yang tersingkir itu bagi memberi peluang mereka bertanding sekali lagi.
“Keputusan ini dibuat pada saat akhir kerana kami mendapati ramai peserta termasuk yang tersingkir juga berbakat.
“Kadang-kadang para penonton tidak nampak sepenuhnya dan mereka pula tidak mengundi tetapi juri nampak (bakat peserta).
“Kami merasakan mereka ini sebagai artis pelapis masa depan, kalau bakat-bakat ini terlepas (tidak diberi perhatian) sayanglah (rugi),” katanya.
Ini bermakna, pada konsert minggu depan Colarbr8, E-Voke, Pianka, N-Quint, G-18, Equal Star dan Infinatez akan bersaing di mana pemenang yang mendapat undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi dan atas pemilihan juri akan layak bertanding pada peringkat akhir pada 17 Jun ini.
Jelas Azhar, kemasukkan semula para peserta yang tersingkir tidak bermaksud TV3 mahu menambah jumlah undian SMS.
“Isu itu tidak berbangkit langsung. Ini kerana, pada setiap minggu konsert Gang Starz diadakan, kami menerima jumlah SMS yang tinggi,” ujarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Farid Ridzuan pula berkata, kemasukkan semula peserta yang tersingkir pada Gang Starz sebagai tali penghubung antara para peserta dengan penonton program TV realiti itu.
“SMS merupakan salah satu kaedah interaktiviti yang kami gunakan untuk penonton memilih peserta Gang Starz dan ia bukannya berdasarkan keuntungan semata-mata,” katanya.
Kata Farid, Gang Starz merupakan satu-satunya program TV realiti yang mencungkil bakat penyanyi berkumpulan di Asia Tenggara.
Justeru, pada konsert minggu depan para peserta akan diberi peluang untuk menambah atau menyingkirkan anggota kumpulan masing-masing bagi memantapkan lagi persembahan mereka dalam usaha merebut hadiah wang tunai berjumlah RM340,000.
“Juri akan beri pendapat. Ini peluang mereka untuk tambah atau singkirkan anggota kumpulan mereka. Juri akan tolong para peserta buat keputusan tersebut,” ujarnya.
Sementara itu, buat masa ini TV3 sedang berbincang dengan beberapa buah syarikat rakaman yang berminat untuk menguruskan para pemenang dan peserta Gang Starz kelak.
“Kami sedang berbincang dengan KRU Records, salah satu daripada syarikat rakaman yang berminat. Pemenang Gang Starz antaranya akan mendapat kontrak dengan syarikat yang akan menguruskan mereka kelak.
“Kami akan buat pengumuman rasmi tentang perkara itu tidak lama lagi,” katanya lagi.
Pertandingan akhir Gang Starz akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam pada 17 Jun ini bukan sahaja bakal disiarkan secara langsung menerusi TV3.
Sebaliknya, stesen TV Televisi Paling Indonesia (TPI) juga akan menyiarkan siaran langsung pertandingan nyanyian tersebut di Indonesia.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR