Tuesday, February 26, 2008

Anita Sarawak jadi tenaga pengajar AF6

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Penghibur terkenal, Anita Sarawak merupakan antara dua muka baru dilantik menjadi tenaga pengajar yang akan mengemudi Akademi Fantasia musim keenam (AF6).

Selain Anita yang akan mengendali persembahan pentas, seorang lagi muka baru yang dilantik adalah Genervie Kam sebagai guru muzik dan vokal.

Enam muka lama yang kembali sebagai tenaga pengajar AF6 adalah Siti Hajar Ismail (vokal teknikal), Syafizawati Sharif (vokal persembahan), Linda Jasmine (koreografi), Fauziah Nawi (seni persembahan), Fatimah Abu Bakar (perunding motivasi dan guru bahasa Inggeris) dan Jasmi Rejab (perunding fesyen) selain Ramli MS yang dipilih semula sebagai pengetua AF6.


Sumber: Utusan Malaysia

Pada akulah, walau macam mana bagus sekali pun tenaga pengajar kat Akedemi fantasia tuh, dan kalau pelajarnyer tak reti nak belajar maka takkan kemana lah pelajar AF tersebut. Sebab tuh, ramai pelajar yg keluar AF dari AF1 sehingga ke AF5, hanya seciput sahaja yg masih menyanyi. Mana Mas ? Yg dulu konon-kononnya ramai fans. Bising dalam chat @15 sms nama MAS, MAS, MAS... fans dia selalu kata suara Mas best... mana Mas? Mana Felix ? No 2 AF3... senyap sepi. Mana Lotter ? No 2 AF4... tu belum aku sebut nama pelajar yg terkeluar awal minggu pertama. Memang tenggelam habis. Ouuuttt... Yg memang tak boleh menyanyi tapi ada rupa dan personality, mencari ruang jadi jeruhebah radio atau mengacara rancangan TV. Padahal kat AF belajar menyanyi, alih-alih jadi ntah hapa hapa yg tak relevan dgn apa yg cikgu diaorg ajar.

Tak kisah lah cikgu dia Anita Sarawak ker, Uji Rashid ker, Diana Rose ker, Elton John ker... kalau dah memang dasar suka main main dalam kelas, tak kemana perginya pelajar AF nie. Kalau diaorg jenis tak main-main dlm kelas, sure diaorg tak jadi pelajar AF, sure diaorg jadi pelajar MIT ker, Oxford ker, UM ker dan jadi Lawyer, Doctor, Engineer, kan ? betul tak apa yg aku cakap nie.

Bila dah tak pass skolah nak jadi penyanyi, bila tak pass jer nak jadi celebrity. Sebenarnya, bidang industri muzik dan lakonan bukan tempat org-org yg tak pass skolah nak cari makan. Aku tahu ada dikalangan artis kita yg berpelajaran. Tapi segelintir jer. Rata-rata SPM pangkat 2,3 dan SAP. Tak caya tanya diaorg.

Cuba tengok CROMOK, diaorg ada degree in engineering, group nie thrash metal paling otai sekitar tahun 90an. Semua org tahu, diaorg dari Univ of Willonggong, AUstralia. Azhar Sulaiman architechure, Sudirman Law, Fazley PhD. Tapi budak-budak AF nie, paling kuat aku rasa Kaer, student architecture pastu tukar bidang kat Lim Kok Kwing ambik degree in art.. (something that related to that lah).

So, Yg bagusnya cikgu diaorg dan pengetua dia macam Roslan Aziz, Univ. Berkeley. Tapi pelajar belum tentu bagus lagi. Bergantung kepada kesungguhan diorg nak belajar.

Malaywood: Belajar untuk memajukan diri sendiri di dalam apa jua bidang yg di ceburi
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR