Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts
Showing posts with label Ziana Zain. Show all posts

Thursday, January 15, 2009

Siapa Bakal Juara AJL23 ?

kat mana aku nak mula hari nie... sama ada nak listkan lagu-lagu yg bertanding dlm AJL23 atau terus review kekuatan setiap lagu... masalahnyer, kebanyakkan lagu yg masuk akhir pada AJL ke 23 tak berapa best sangat.

Aku start dengan ketegori yg tak berapa ader harapan nak menang iaitu ketegori etnik kreatif. Lagu-lagu yg bertanding cuma 3: Doa Dalam Lagu (Zahid & Heliza), Dusta Berkalang (Aiman) dan Persoalan Cinta (Farawahida). To be frank, lagu-lagu nie bukan menjadi siulan anak muda.... so, nothing much to comment. Pempahan jer lah klau lagu tuh tak berapa hits... tak mungkin lagu tuh bleh menang.

Cuba tengok sejenak Kategori Balada.

Sampai Syurga (Faizal Tahir), Cuba (Faizal Tahir), Dingin (Ziana Zain), Bila Nak Saksi (Spider), Hanya Di Mercu (Ayu), Lagu Kita (Aizat)

Aku kirakan, pendatang baru macam Aizat dan Ayu nie sekadar mencuba atau sekadar nak memeriahkan AJL jer. Best ker Ayu dan Aizat.... Tapi kalau Ziana Zain, Faizal Tahir dan Spider kiranyer mcm ader chance lah kot. Lagu-lagu nyer kira pernahlah dengar tatkala tgh driving... tapi yg pasti bukan dari radio era aku dengar lagu diaorang. Stesen selain era ader pasang. So bleh tahan jugaklah. Pilihan aku Ziana Zain dan Faizal Tahir.

Ketegori Pop Rock plak.... Yang Pernah (Estranged), Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein), Kalis Rindu (Elyana), Aku Stacy (Stacy), Bukan Di Sini (Sofaz)

kalis Rindu nie lagu kalut dan melalut... muzik ala-ala vegas Broadway nie tak sedap telinga... Estranged plak stereo type... Stacy dan Sofaz lagi lah... ntahhapahapantah... yg aku tak paham apasal Sofaz bleh masuk finale nih... lagu cekekboleng camtuh pun bleh masuk final ka ?

Aku pilih Meet Uncle Hussein...

tapi overall, tak bleh nak cakap sebab.... semua lagu tak sekuat mana pun... sama mcm tahun lepas.... semua lagu nak berapa strong... tahun lepas aku prefer Adibah Noor. Tapi selera juri lain sikit tahun tuh.

Bila takde Hazami, Anwar Zain, Siti Nur Haliza, Syafinaz... vocal-vocal artis yg masuk finale nih tahap biasa-biasa jer selain Ziana dan Faizal Tahir.

Siapa bakal juara.... susah mau cakap.... tapi aku rasa dari kategori Balada lah kot. It depends on their performance... this is not sms competition. profesional jury will give marks based on their performance. Anyway... I still believe, Juara adalah dari kategory Balada

Wednesday, October 10, 2007

Ziana ke China


HARI-HARI terakhir Ramadan, suasana di pejabat SS cukup sibuk, maklumlah semuanya bersemangat menyiapkan stok raya sehingga tidak terlayan permintaan teman-teman yang mahukan publisiti.
HARI-HARI terakhir Ramadan, suasana di pejabat SS cukup sibuk, maklumlah semuanya bersemangat menyiapkan stok raya sehingga tidak terlayan permintaan teman-teman yang mahukan publisiti.

Namun, ketika sedang asyik menyelesaikan tugas SS menerima satu panggilan yang membawa perkhabaran cukup menggemparkan. Mahu tak mahu SS layankan juga kerana cerita ini cukup menarik.Cerita ingin SS kongsi bersama peminat, membabitkan penyanyi Ziana Zain yang dikatakan sanggup tinggalkan keluarga demi Fendi. Alahai! Baru semalam SS terserempak dengan Ziana dan suaminya Armin di sebuah majlis. Mereka kelihatan cukup romantik seolah-olah tiada masalah berlaku.

Bila masa pula wujud orang ketiga.Jangan terkejut, itu hanyalah drama SS saja. Nama Fendi itu memang wujud tapi Fendi yang SS maksudkan itu bukan insan seperti kita sebaliknya produk berjenama antarabangsa terkenal.Ceritanya begini, hari raya yang kelima (18 Oktober) nanti Ziana akan diterbangkan khas oleh pihak pengurusan Fendi di Kuala Lumpur ke Great Wall Of China Beijing untuk menyaksikan pertunjukan fesyen sempena koleksi baru jenama itu.

SS difahamkan, pemilihan Ziana sebagai satu-satu selebriti tempatan yang bertuah mengikuti program itu kerana kerjasama yang diberikan Ziana untuk majlis anjuran Fendi sebelum ini selain statusnya sebagai pelanggan setia.Pemergian Ziana turut ditemani pengurusnya Lisa Aryanti. SS dimaklumkan sebelum berangkat ke China, Ziana terlebih dulu melaksanakan permintaan suami, Armin dan dua puteranya untuk beraya di Shah Alam, Rawang dan Raub.

Sumber : Metro

Sunday, June 10, 2007

Siti Nurhaliza ke Venice sambut ulang tahun perkahwinan

Ogos ini genap setahun penyanyi popular Datuk Siti Nurhaliza melayari bahtera kehidupan sebagai isteri kepada Datuk Khalid Mohamed Jiwa.

Mengakui semakin matang dalam menjalani kehidupannya, kata Siti, dia sentiasa memanjatkan doa agar hubungan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.

“Syukur dah hampir setahun pelayaran saya sebagai isteri. Masih banyak cabaran dan dugaan yang akan saya tempuhi. Tambahan pula bergelar isteri kepada seorang usahawan bukannya mudah. Selalunya suami saya pun sentiasa sibuk. Jadi bagi saya masa yang ada digunakan sebaiknya bersama-sama,” kata Siti yang ditemui selepas majlis ulang tahun ke-33 Lord’s Tailor dan sambutan hari bapa yang diadakan di Hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung perbualan, kata penyanyi jelita ini, kehidupannya sekarang semakin terisi dan dirinya masih lagi cuba untuk memahami antara satu sama lain demi mendapatkan keserasian dalam rumah tangganya.

“Saya masih lagi belajar untuk menjadi isteri yang baik. Saya masih lagi cuba untuk lebih memahami diri suami saya dan banyak lagi yang perlu saya pelajari,” ujarnya.

Sama seperti pasangan lain, pastinya Siti dan suami tidak terlepas merancang untuk menyambut ulang tahun pertama perkahwinannya di sebuah lokasi yang mampu meninggalkan sebuah kenangan terindah buat kedua-duanya.

Biarpun pada mulanya Siti seakan berahsia, tetapi akhirnya Khalid telus memberitahu, Venice merupakan kota pilihan mereka.

“Kami akan ke Venice selama dua minggu. Dah lama kami merancang untuk ke sana. Cuma tarikhnya kami belum tentukan lagi,” kata Khalid sambil tersenyum.

Pada majlis tersebut Siti telah menghiburkan khalayak menerusi tujuh lagu antaranya Aku Cinta Padamu, medley lagu Pupus, Teman Tapi Mesra dan Pudar, I Will Always Love You dan Biarlah Rahsia.

Lebih istimewa apabila Ziana Zain muncul selaku penyanyi undangan, berduet dengan Siti menerusi lagu Hanya Memuji.

Siti juga diberi penghormatan memakai sut pertama untuk golongan wanita keluaran Lord’s Tailor iaitu Power Suit For Powerful Women.

Majlis tersebut turut menampilkan 16 selebriti lelaki memperagakan pakaian Lord’s Tailor antaranya Farid Kamil, Arash, Awal, Ebi dan Vince.

Kebahagiaan rumah tangga

Tidak lokek untuk berkongsi kebahagiaan dirinya setelah bergelar isteri, kata Siti: “Rasanya petua kebahagiaan Siti tentunya kerana kami saling memahami antara satu sama lain. Paling penting perlu ada rasa hormat antara satu sama lain. Selain kita perlu taat kepada suami.”

Kebahagiaan itu jelas tergambar apabila Siti masih juga tersenyum apabila ditanya, bila akan menjadi ibu - satu soalan yang acap kali ditanyakan padanya.

“Saya tak merancang dan jika dapat anak dalam masa terdekat, satu rezeki buat saya. Ada juga yang kahwin enam atau tujuh tahun baru dapat anak kan? Saya harap rezeki saya tidaklah selambat itu.

Saya macam isteri-isteri lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat sendiri. Dengan cara berjumpa pakar kesihatan selain bertanya kepada orang-orang tua,” katanya yang turut mengakui doa untuk mendapatkan zuriat antara doa yang dimintanya ketika mengerjakan umrah baru-baru ini.

Tuesday, May 29, 2007

Apa Pandangan Artis Kita Tentang Mila AF5

AISHAH:

"DALAM ramai-ramai pelajar AF5, saya dapati Mila menunjukkan peningkatan paling memberangsangkan. Masa mula-mula belajar dalam akademi, Mila kedengaran sangat sengau, namun hari demi hari dia belajar dan memperbaiki kesilapan dan mengasah kelebihan yang dimiliki," kata Aishah dengan bersemangat.

"Mila comel budaknya. Kalaulah saya cikgu dia, sudah tentu saya sangat berbangga mendapat pelajar yang bekerja keras sepertinya. Dia banyak belajar daripada kesilapan," katanya.

Namun Aishah agak terkejut melihat konsep persembahan Mila ketika membawakan lagu Melukut Di Tepi Gantang.

"Saya tidak nafikan lain orang lain pula terjemahan lagunya. Benda seni ini tiada satu jawapan yang betul atau salah. Ia cukup subjektif. Apapun Mila membawakan lagu itu dengan baik sekali," katanya.

Bercakap mengenai personaliti, Aishah berkata Mila memiliki karakter keanak-anakan yang sangat menawan.

"Dia sentiasa bersemangat dan ada attitute. Ia satu pakej yang baik. Harapan saya untuk Mila, anda jadilah diri anda sendiri. Jangan takut untuk mempertahankan apa yang anda fikir baik untuk diri anda," katanya.

ZIANA ZAIN:

"LEGA, akhirnya ada juga bakat baru yang benar-benar hebat, diangkat ke tempat yang selayaknya. Sudah lama saya menanti juara AF menjadi milik pelajar wanita. Akhirnya ia berlaku juga dalam AF5," kata Ziana yang sedang sibuk melayan kerenah anak-anak.

"Mila ada potensi besar dalam bidang seni dan dia boleh pergi jauh. Bagi saya setiap penyanyi ada cara dan gaya tersendiri untuk menyampaikan lagu. Itu identiti namanya dan Mila perlu cari identiti itu," jelasnya yang cukup mengagumi cara penyampaian Mila pada konsert akhir, Sabtu lalu. Tambah Ziana, jika diimbas kembali, ramai yang layak untuk bergelar juara cuma nasib tidak menyebelahi mereka.

"Saya cukup berbangga, sekurang-kurangnya kita ada seorang wakil yang baik bukan saja dari segi vokal malah personaliti dan penampilan. Mila punya pakej itu. Tahniah Mila!" katanya.

EZLYNN:

"JIKA dengarkan suara, anda tidak menyangka orangnya bertubuh kecil dan comel sekali, terutama vokalnya yang lantang dan serak," kata Ezlynn yang hadir sama di Konsert Akhir AF5 di Bukit Jalil.

"Mila membawakan lagu Cinta Pura-Pura dengan begitu baik sekali dan dengan cara yang tersendiri. Wajarlah dia diangkat sebagai juara bagi musim ini. Untuk insan semuda Mila, perjalanan kerjaya seninya masih jauh lagi. Mila perlu banyak bersabar tidak mudah mengalah dan menggunakan kemenangan ini sebagai batu loncatan untuk maju ke depan lagi. Jadi Mila perlu kerja keras," kata penyanyi asal lagu Cinta Pura-Pura ini.

"Sebenarnya saya rasa seronok sangat Mila menang. Ada juga wakil kaum perempuan menjadi juara AF akhirnya. Ini bermakna peluang untuk pelajar wanita menjadi juara sebenarnya ada. Jadi gunakan ilmu yang ditimba sebaik-baiknya dan jangan pernah kenal erti putus asa," katanya.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR