Showing posts with label Aizat AF5. Show all posts
Showing posts with label Aizat AF5. Show all posts

Sunday, January 10, 2010

Kontroversi Sesudah AJL 24



JUARA Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-24, Aizat (tengah) diapit pemenang kedua dan ketiga, Yuna dan Faizal Tahir (kanan) menunjukkan trofi yang dimenangi masing-masing selepas AJL 24. Tahniah utk korang semua... Adakah keputusan AJL24 malam tadi penuh kontroversi ?

Walaupun pilihan Malayoowd kali ini tersasar (Pilihan Malaywood adalah Bunkface)... tetapi aku nak komen sikit lagu Juara iaitu Pergi dari Pete Teo dendangan Aizat agak kontroversi sikit. Sedap ker lagu tuh ? Atau kerana lagu itu berjiwa 1Malaysia... persembahannya nya juga berkonsepkan 1Malaysia. Aikkk... main politik nampak !!!

Apa-apa pun... lagu ciptaan komposer yang bertanding dlm AJL24 hebat hebat belaka macam lagu Edry ~ Nyanyian Stacy dan Lagu Sam ~ Nyanyian Bunkface...

Malaywood : Payah juga kalau industri seni ada bau bau politik.....

Thursday, January 7, 2010

Debaran Anugerah Juara Lagu ke 24 (AJL24)



DUA komposer muda, Aizat dan Yuna yang mempertaruhkan lagu masing-masing berjudul Kau Aku dan Dan Sebenarnya.

SETIAP kali menjelangnya acara anugerah, ramalan dan teka-teki memang tidak pernah terlepas daripada menjadi topik perbincangan oleh semua lapisan masyarakat.
Ada kalanya perdebatan itu boleh mengundang pertikaman lidah kerana masing-masing mahu menjadi 'peguam bela' kepada lagu mahupun artis yang mereka minati untuk diangkat sebagai juara.
Dan, Anugerah Juara Lagu (AJL)terbitan TV3 merupakan salah sebuah acara anugerah yang saban tahun memang cukup dinanti-nantikan.
Sejak kali pertama diadakan pada tahun 1986, AJL sudah mencipta label dan fenomenanya yang tersendiri yang sudah tidak perlu disangkal lagi kredibilitinya.
Biarpun ada ketikanya AJL pernah dihambat dengan pelbagai kontroversi, namun tiada siapa yang mampu menidakkan kuasa dan pengaruh acara anugerah muzik yang tertua di negara ini.
Menjelang AJL24 yang akan berlangsung Ahad ini (10 Januari) di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, Hits mahu menghangatkan debaran itu dengan membawa pembaca untuk melihat lagu yang berpotensi untuk diangkat sebagai juara.
Apatah lagi, tahun ini AJL sudah memansuhkan pengkategorian lagu lantas menjadikan persaingan kali ini memang dilihat cukup sengit dan hebat sekali.
Apa yang ditawarkan TV3 hanyalah kedudukan juara, naib juara dan tempat ketiga selain daripada kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik.
Kesemua 14 buah lagu yang bertanding memiliki keistimewaan masing-masing dan sentuhan yang tersendiri yang pasti akan memeningkan kepala juri untuk memilih karya yang terbaik untuk dinobatkan sebagai juara.
Menariknya juga kali ini, AJL24 turut menyaksikan saingan karya komposer muda dan senior yang pastinya akan memperlihatkan pertandingan yang cukup dinanti-nantikan.
Sebelum itu, ingin sekali diingatkan bahawa ramalan ini bukanlah untuk memihak kepada sesiapa pun mahupun mempengaruhi pihak juri untuk menobatkan pemenang AJL24.
Bukan itu sahaja, AJL juga bukanlah pertandingan yang mempertandingkan penyanyi tetapi adalah untuk mengangkat dan mengiktiraf hasil kerja komposer dan penulis tempatan.
Lagu Bencinta ciptaan gandingan mantap yang digelar dynamic duo, Audi Mok dan Faizal Tahir merupakan karya yang sedari awal dilihat berpotensi untuk diangkat sebagai juara.
Bukan kerana populariti penyanyinya tetapi diamati dan diperhalusi sebaik-baiknya, laguBencinta dilihat membawa satu perubahan baru dalam komposisi muzik tempatan baik dari segi lagu mahupun susunan muziknya.
Bukan itu sahaja, rentak muziknya juga melengkapi lirik lagu yang menceritakan tentang dilema dihadapi oleh seorang lelaki yang menyintai dan membenci bekas kekasihnya dalam masa yang sama.
Itulah kelebihan yang ada pada Audi dan Faizal yang tidak pernah kering idea kreatif dalam menampilkan muzik serta penciptaan lagu yang berbeza dan unik.
Seandainya lagu Bencinta bergelar juara, usah dipertikaikan kerana Audi dan Faizal memang layak untuk menerima pengiktirafan tertinggi.
Dan, ia juga mampu menebus kekecewaan mereka yang gagal dinobatkan sebagai juara tahun lalu biarpun ramai yang meramal mereka akan memenanginya menerusi lagu Sampai Syurga.
Saingan terdekat Bencinta, sudah pasti lagu Cinta Adam dan Hawa dendangan Misha Omar yang juga bukan calang-calang karya.
Pernah dinobatkan sebagai Lagu Pop Terbaik AIM16, tidak mustahil lagu dan lirik ciptaan Azmeer dan Allahyarham Loloq ini untuk bergelar juara.
Lagu ini memang indah baik dari segi melodi dan liriknya selain susunan muziknya yang menambahkan lagi keindahan lagu ini sehingga ia menjadi sebuah lagu yang memiliki nilai estetika yang tinggi.
Ditambah pula dengan kehebatan Misha melagukan lagu ini dengan penuh penghayatan dan gaya tersendiri, peluang Cinta Adam dan Hawa untuk bergelar juara memang cerah.
Jika Bencinta atau Cinta Adam dan Hawa memenangi gelaran juara, ia berjaya memecah monopoli kumpulan indie yang memenangi gelaran keramat itu selama dua tahun berturut-turut.
Selain itu, lagu Pergi juga tidak kurang hebatnya yang merupakan sebuah lagu yang cukup ringkas namun berupaya meninggalkan kesan yang berbekas.
Gandingan Pete Teo dan Amran Omar untuk lagu tema filem Talentime itu juga merupakan antara karya yang mampu membuat kejutan pada malam itu nanti.
Emosi lagu ini terletak kepada melodi dan liriknya yang melengkapi antara satu sama lain lantas meletakkan karya ini di kelasnya yang tersendiri.
Begitu juga dengan lagu Dan Sebenarnya yang dicipta sepenuhnya oleh komposer dan penyanyi muda semakin meningkat naik, Yuna.
Siapa tahu rezeki akan menjadi milik Yuna pada malam itu nanti kerana muzik yang dibawakannya benar-benar mencetus satu revolusi dalam industri muzik tempatan.
Biarpun ada segelintir pihak yang melihat muzik yang dibawakan Yuna hanyalah sekadar mengulangi resipi yang pernah dibawakan oleh penyanyi antarabangsa sebelum ini, setidak-tidaknya Yuna membawa sesuatu yang berlainan untuk industri.
Karya Aidit Alfian dan Ad Samad menerusi lagu Masih Jelas juga memiliki peluang yang cerah untuk menempatkan diri dalam tiga tempat yang ditawarkan oleh TV3.
Meskipun bukan calon pilihan tetapi siapa tahu juri melihat sesuatu yang istimewa pada Masih Jelas bagi membolehkannya menduduki mana-mana tiga posisi yang sudah tersedia.
Lagu Rindu Terhenti juga tidak sewajarnya dipandang enteng kerana lagu itu juga memiliki kualiti dan berada dalam liganya tersendiri.
Dicipta oleh Aubrey Suwito yang sebelum ini pernah menjuarai AJL20 menerusi lagu Gemilang, jangan terkejut kalau lagu ini juga berjaya menempatkan diri di mana-mana tiga kedudukan itu.
Begitu juga dengan lagu Tak Mungkin Kerna Sayang ciptaan Ajai dan liriknya pula oleh Habsah Hassan yang siapa tahu mampu membuat kejutan pada malam AJL24 nanti.
Mungkinkah juga kali ini kemenangan akan berpihak kepada kumpulan indie yang menyaksikan hanya tiga kumpulan sahaja yang bertanding kali ini iaitu Estranged, Hujan dan Bunkface?
Jika salah sebuah kumpulan ini menang, AJL mencipta rekod tersendiri apabila berjaya melakukan hatrik untuk tiga tahun berturut-turut dengan menobatkan kumpulan indie sebagai juara.
AJL24 yang dihoskan oleh Faizal Ismail, Cheryl Samad dan Ally Iskandar itu turut menampilkan persembahan selingan istimewa oleh Datuk Jeffrydin & The Siglap Five, Jay Jay, Search dan Meet Uncle Hussain.
Terlebih dahulu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akan membuat persembahan pembukaan dengan menyampaikan lagu yang menjadi juara tahun lalu iaitu Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein) dalam tiga rentak berbeza.

Malaywood: Gua pilih kumpulan Indie sebagai juara ~ Bunkface ~ sebab Lagu Bunkface unik dan terkini pada zamannya...

Tuesday, September 8, 2009

Keluarga merupakan pengkritik utama bagi Aizat



AIZAT kini muncul dengan single terbaru berjudul Erti Hari Ini yang mengajak semua menginsafi penderitaan kanak-kanak di Palestin.

Bekas pelajar Akademi Fantasia musim kelima (AF5) - Aizat pada mulanya tidak begitu diperhatikan tatkala melayari bahtera seni sebaik menamatkan 'pengajian' di akademi.

Namun, selangkah demi selangkah, Aizat berjaya mendaki tangga populariti apabila muncul dengan album pertama berjudul Percubaan Pertama yang kemudian memberikan impak besar terhadap perjalanan hidupnya dalam dunia seni.

Lagu-lagu nyanyiannya seperti Hanya Aku Yang Mampu, Lagu Kita, Fikirlahdan terbaru, Kau Aku, sering menjadi siulan peminat yang tidak putus-putus memberikan sokongan terhadap Aizat yang cukup meminati kumpulan The Beatles.

Sungguhpun begitu, di sebalik kejayaan yang digenggam, Aizat sebenarnya memiliki sebuah 'kumpulan penyokong' yang kuat dalam memastikan dia terus melangkah penuh berani.

Tidak lain dan tidak bukan, kumpulan sokongan itu hadir daripada kalangan ahli keluarganya sendiri.

Bapanya, Datuk Amdan Mat Din, 53, meski sibuk dengan urusan kerjaya dan kehidupan harian, beliau tidak lupa untuk bertindak selaku penasihat, 'pelabur' serta pengkritik utama kepada kerjaya Aizat selaku penyanyi.

Selain itu, ibunya, Fina Norhizah Baharu Zaman, 52, juga merupakan antara pendokong utama kejayaan dan tidak henti berdoa agar Aizat sentiasa maju dalam bidang yang diceburinya.

Thursday, January 15, 2009

Siapa Bakal Juara AJL23 ?

kat mana aku nak mula hari nie... sama ada nak listkan lagu-lagu yg bertanding dlm AJL23 atau terus review kekuatan setiap lagu... masalahnyer, kebanyakkan lagu yg masuk akhir pada AJL ke 23 tak berapa best sangat.

Aku start dengan ketegori yg tak berapa ader harapan nak menang iaitu ketegori etnik kreatif. Lagu-lagu yg bertanding cuma 3: Doa Dalam Lagu (Zahid & Heliza), Dusta Berkalang (Aiman) dan Persoalan Cinta (Farawahida). To be frank, lagu-lagu nie bukan menjadi siulan anak muda.... so, nothing much to comment. Pempahan jer lah klau lagu tuh tak berapa hits... tak mungkin lagu tuh bleh menang.

Cuba tengok sejenak Kategori Balada.

Sampai Syurga (Faizal Tahir), Cuba (Faizal Tahir), Dingin (Ziana Zain), Bila Nak Saksi (Spider), Hanya Di Mercu (Ayu), Lagu Kita (Aizat)

Aku kirakan, pendatang baru macam Aizat dan Ayu nie sekadar mencuba atau sekadar nak memeriahkan AJL jer. Best ker Ayu dan Aizat.... Tapi kalau Ziana Zain, Faizal Tahir dan Spider kiranyer mcm ader chance lah kot. Lagu-lagu nyer kira pernahlah dengar tatkala tgh driving... tapi yg pasti bukan dari radio era aku dengar lagu diaorang. Stesen selain era ader pasang. So bleh tahan jugaklah. Pilihan aku Ziana Zain dan Faizal Tahir.

Ketegori Pop Rock plak.... Yang Pernah (Estranged), Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein), Kalis Rindu (Elyana), Aku Stacy (Stacy), Bukan Di Sini (Sofaz)

kalis Rindu nie lagu kalut dan melalut... muzik ala-ala vegas Broadway nie tak sedap telinga... Estranged plak stereo type... Stacy dan Sofaz lagi lah... ntahhapahapantah... yg aku tak paham apasal Sofaz bleh masuk finale nih... lagu cekekboleng camtuh pun bleh masuk final ka ?

Aku pilih Meet Uncle Hussein...

tapi overall, tak bleh nak cakap sebab.... semua lagu tak sekuat mana pun... sama mcm tahun lepas.... semua lagu nak berapa strong... tahun lepas aku prefer Adibah Noor. Tapi selera juri lain sikit tahun tuh.

Bila takde Hazami, Anwar Zain, Siti Nur Haliza, Syafinaz... vocal-vocal artis yg masuk finale nih tahap biasa-biasa jer selain Ziana dan Faizal Tahir.

Siapa bakal juara.... susah mau cakap.... tapi aku rasa dari kategori Balada lah kot. It depends on their performance... this is not sms competition. profesional jury will give marks based on their performance. Anyway... I still believe, Juara adalah dari kategory Balada

Wednesday, September 5, 2007

Lirik Lagu Terbaru Aizat - Sahabat


Secara eksklusif, pendengar radio muda mudi yang sukakan muzik segar itu telah diperdengarkan sebuah lagu single dari bintang voice over untuk Disney’s High School Musical 2, Aizat yang berjudul Sahabat. Khabarnya, lagu Sahabat merupakan single kedua dalam album terbaru Aizat akan datang. Single pertama ialah lagu Hanya Kau Yang Mampu yang juga dicipta Taufik dan diterbitkan pula oleh Sham Kamikaze. Namun, mungkin Aizat agak cerewet dan mementingkan mutu, lagu Hanya Kau Yang Mampu diperbaiki lagi untuk menghasilkan buah tangan terbaik untuk peminat.



Lirik Lagu Terbaru Aizat - Sahabat

Sahabat
Mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat
Ingatlah kau selalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat
Aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku inginkan kau hadir

Korus:
Aku di sini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
Tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

kredit: kasigegar.blogspot.com

credit to budiey.com

Wednesday, May 2, 2007

Aizat AF5 'over confident' ?

Biarpun ramai yang mengatakan Aizat merupakan seorang peserta berbakat dan penyingkirannya menimbulkan tidak puas hati di kalangan pengkritik tetap, namun inilah yang dikatakan program TV realiti. Nasib peserta ditentukan sepenuhnya oleh pengundi. Kalau pengundi sudah tidak berkenan, padahlah nasibnya.
Begitulah dengan nasib yang menimpa Aizat. Sikap over confidentnya ketika di akademi dikatakan antara penyebab Aizat tersingkir.
Khalayak seakan-akan tidak dapat menerima sikapnya itu, dan sebagai balasan, Aizat terpaksa menerima hakikat hasratnyanya untuk bergelar juara AF5 telahpun berkubur!
Over confident
Mengulas tentang perkara itu Aizat yang ditemui di Astro, Bukit Jalil, Isnin lalu berkata: “Saya bukan over confident, tetapi itulah diri saya yang sebenar. Saya memang suka tegur menegur rakan-rakan lain untuk kebaikan, malah mereka semua telah saya anggap seperti adik-beradik. Bagi saya, itu yang terbaik daripada menyimpan sesuatu dalam hati. Mungkin mereka lihat saya macam over. Sebenarnya mereka salah faham, kalau mereka tak suka, saya minta maaf.”
Tidak cukup dikatakan over confident antara punca lain yang menyebabkan Aizat terkeluar ialah kerana sikap Aizat yang dikatakan batu api dalam Diari AF5 beberapa minggu lalu.
Dia dikatakan cuba menghasut Rizal untuk mendapatkan lagu 60’s TV yang ketika itu telah pun dipilih
oleh Aswad.
Kata Aizat: “Saya bukan batu api, tetapi saya menasihatkan apa yang patut. Aswad memang teringin menyanyikan lagu tersebut dan dalam masa yang sama Rizal memang tahu lagu itu. Jadi saya cakap pada Rizal supaya jangan simpan tetapi luahkan perasaan dia. Itu yang terbaik untuk semua.”
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR