Monday, February 20, 2006

Tragedi (TV3) vs CSI

Aku memang tak suka tengok drama tempatan. Kenapa ? Bosan.. Tak Best dan Stereotype...
Semalam aku terbaca dalam ruangan forum Utusan Malaysia. Seorang pembaca melahirkan rasa tidak puas hati terhadap cerita ini. Aku tak tengok pun. Tapi dari apa yang aku baca dalam utusan Malaysia, aku dah boleh bayangkan macam mana jalan cerita 'Tragedi' nie... secara keseluruhan nak tiru citer CSI, tapi tak jadi... pengarah drama tu tak buat assignment kerja-kerja ahli forensik kot. Pelakonnyer apatah lagi, ikut skrip tangkap muat... kita buat filem kena ada identiti sendiri... tak perlu nak tiru hollywood...

kita bukan nak minta org filem tempatan keluar budget besar untuk buat drama... tak semestinya semua filem hollywood menggunakan teknology yang tinggi, effect yang canggih... banyak filem yang tidak mengguna teknologi tinggi tetapi bermutu... banyak contoh... siri 'Friends'... shooting dalam studio jer... tapi skrip dan lakon layar memang best... karwayan tempatan tak boleh buat ker ?? 'Senario' ok lah jugak... tapi bukan siri yang bersambung... 'Pi Mai Pi Mai Tang tu'... yang nie antara yang terbaik pernah diterbitkan...

Cuba bandingkan pula drama 'Thru Calling'... jalan ceritanyer menarik... juga tidak menggunakan efek-efek yang tinggi... kenapa karyawan di Malaysia tak boleh keluarkan drama yang bermutu seperti itu? sekarang sudah masuk alaf baru... tahun 2006... tetapi drama tempatan makin kebelakang... masih tidak dapat menandingi drama-drama era 80an hollywood seperti 'MacGyver'

MacGyver's main asset is his practical application of scientific knowledge and inventive use of common items – along with his ever-present Swiss Army knife and duct tape, and the usual coincidence of being locked up in a room full of useful materials. The clever solutions MacGyver implemented to seemingly intractable problems.

Tu baru era 80an... tapi CSI era millenium... jauh lebih sophisticated alat-alat nyer... kekuatan CSI lebih daripada pengolahan plot cerita dan komplikasi menyelesaikan masalah... kalau nak dibandingkan dengan drama 'Tragedi' memang bagai langit dengan bumi... <-- menurut penulis dalam Utusan Malaysia semalam lah... (February 20, 2006)...

Tapi, kisah cedok mencedok karya hollywood dan hongkong memang dah lama bertapak didalam industri filem tanahair... ingat tak filem 'Putera' lakonan Joe Wings... yang tu di cedok dari filem "Coming to America' lakonan Eddie Murphy... ada lagi... citer lakonan Os dan Saleh Yaakop... aku tak ingat tajuk tapi citer diaorg berlakon sampai ke Thailand... citer tu di cedok dari sebuat filem Hong Kong...

setakat nie lah.. selepas zaman hitam putih (P. ramlee dan Noodin Ahmad)... drama-drama dan filem-filem arahan yusof haslam, jins shamsudin, meor hashim manaf antara yang ada identiti 'tersendiri'... afdlin shauki kini dalam process pembikinan... yang lain lain... ada masih kabur indentiti nyer.. ada yang kurang menonjol... dan ada yang sudah meninggalkan (bersara) industri ini...

persoalan nyer... sampai bila lah industri drama negara kita nak maju ? tak maju-maju langsung... kepada karyawan, tolong ambil iktibar dari kisah ini.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR