Gerak Khas hari ini sudah boleh diiktiraf sebagai siri drama polis yang terbaik di Malaysia buat masa ini. Walaupun tarafnyer amat jauh jika nak bandingkan dengan siri drama polis hollywood, tetapi Gerak Khas sudah 'improve' banyak dan agak setanding dengan beberapa siri drama polis Hong Kong.
Dari segi lakon layar, pelakon seri Gerak Khas sudah mula menunjukkan kematangan dalam melakonkan watak polis. Dari segi attire (polis mata-mata) sudah boleh dikirakan baik. Bermula dari siri Roda-Roda Kotaraya, Yusoff Haslam semakin bijak mengolah cerita yang berkisarkan tugas-tugas polis.
Watak polis yang dilakonkan semakin berkesan, begitu juga akan skrip yang dituturkan. Adengan seperti kejar mengejar, soal siasat, tugasan siasatan dan 'under cover' semakin baik. Walaupun masih banyak kelemahan, tetapi siri Gerak Khas adalah yang terbaik berbanding siri polis di Malaysia. Gaya dan karisma pegawai polis semakin terserlah seperti watak yang dibawa oleh Abby Abadi. Norman Hakim pula perlu sedikit masa lagi untuk memperbaiki mutu lakon layarnya bagi membawa watak inspektor yang berkesan.
Pengalaman Yusof Haslam dalam mengolah cerita yang berkisarkan kehidupan polis sudah cukup matang membuatkan kualiti drama semakin baik. Seandainya ada pengarah-pengarah baru yang ingin cuba mengarah sebuah drama yang berlatar belakangkan kisah polis, maka, drama-drama Yusof Haslam wajar dijadikan 'case study'.
Semoga, mutu drama polis semakin baik dimasa hadapan.