Sunday, October 7, 2007

Drama Natasha masuk musim ketiga di TV3


SEPANJANG Ramadan, boleh dikatakan hampir setiap hari ada saja undangan majlis berbuka puasa dari syarikat korporat atau persatuan yang berkaitan dengan dunia seni untuk kami di meja hiburan. Zubir mewakili warga kerja Bintang Popular ingin merakam ucapan jutaan terima kasih daun keladi kepada yang bermurah hati itu. Mudah-mudahan amalan kalian diberkatiNya.Dalam pada itu, Zubir turut berkesempatan memenuhi undangan majlis berbuka puasa daripada rakan-rakan rapat di TV3. Borak punya borak selepas berbuka puasa, maka terlepaslah satu cerita ke telinga Zubir. Daripada maklumat dalaman, Zubir diberitahu, drama bersiri Natasha 2 akan disambung penerbitannya.Pastinya penerbit Natasha dan Natasha 2 sebelum ini, Asia Media Content (AMC), tersenyum lebar sekiranya rancangan ini menjadi kenyataan. Pelakon utamanya seperti Fasha Sandha dan Ezany pun pasti gembira mendengar perkhabaran ini. “Natasha dan Natasha 2 mendapat rating tertinggi through out semua stesen TV sebelum ini. Justeru, sekiranya mendapat kelulusan dari pihak pengurusan, Natasha 3 akan bersiaran di TV3 tak lama lagi,” kata teman tadi kepada Zubir.Sementara itu, Zubir turut mendapat undangan menghadiri majlis berbuka puasa bersama 40 kanak-kanak dari Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM) di Bread Town, Silver Bird Group Berhad iaitu pengeluar roti jenama High 5 di Shah Alam, Selangor, minggu lalu. Majlis itu turut dihadiri duta Projek Harapan High 5, Fasha Sandha; Pengarah Urusan Kumpulan Silver Bird, Datuk Jackson Tan Han Kook dan Setiausaha Kehormat YHKM, Wan Mohd Nazri Wan Hassan.Kebetulan Zubir duduk bersebelahan dengan Datuk Jackson, maka Zubir sempat bertanyakan kepadanya, mengapa Silver Bird dan YHKM memilih Fasha sebagai duta projek amal ini?“Ini adalah projek amal pertama yang dijayakan Fasha. Namun, kami tidak melihat Fasha kepada kecantikannya semata-mata, sebaliknya ‘chemistry’ Fasha terhadap kanak-kanak. Fasha amat menyenangi kanak-kanak dan seperkara lagi dia begitu merendah diri. Budak-budak juga suka pada dia. Mana-mana road tour yang kami pergi, mereka memanggilnya, Kak Natasha, drama TV itu begitu kuat pengaruhnya,” kata Jackson. Mmm... Selepas ini Natasha 3, memang dah kena sangatlah tu!
Sumber : Berita Harian
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR