Wednesday, October 3, 2007

Michelle berhasrat nikah dalam masa terdekat

Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Datuk Michelle Yeoh malam ini membayangkan beliau akan berkahwin dengan tunangnya, Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari, Datuk Seri Jean Todt dalam masa terdekat ini.
“Tidak lama lagi. Ya. Anda akan menjadi yang pertama tahu tentangnya,” katanya dengan muka yang berseri-seri ketika ditanya wartawan khabar angin tentang perkahwinannnya dengan Todt, 61.
Yeoh, 45, berada di sini untuk menerima anugerah tertinggi dan paling berprestij Perancis, The Legion of Honour, yang disampaikan kepada beliau oleh Duta Perancis ke Malaysia, Alain du Boispean malam ini, kerana kecemerlangan kariernya dalam industri perfileman selain sikap dermawannya dan kempennya dalam projek kesedaran kanser payu dara.
Terdahulu dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada Todt kerana memperkenalkan semua perkara berkaitan Perancis kepadanya.
“Kehadirannya sejak beberapa tahun ini telah menjadi salah satu sebab kepada kebahagian saya,” katanya.
Yeoh, dengan karier lakonan cemerlang di serata dunia antaranya peranan dalam filem James Bond Tomorrow Never Dies (1997) dan Crouching Tiger Hidden Dragon (2000) selain pelbagai peranan termasuk guru kung fu.
Ditanya jika ada apa-apa peranan yang beliau ingin cuba dan sama ada pelumba Formula Satu salah satu daripadanya, beliau menjawab: “Tidak.”
“Mungkin saya boleh jadi teman wanita. Saya pemandu yang teruk,” katanya.

Sumber : Utusan
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR