Wednesday, October 3, 2007

Salah sendiri

KELUHAN penyanyi Sharifah Zarina membabitkan isu album keduanya yang masih belum dipasarkan syarikat rakaman, mendapat perhatian Pengarah Urusan Interglobal Music (M) Sdn Bhd (IMSB), Cheah Mun Kit.

Kata Cheah, punca album kedua Sharifah Zarina tidak dapat dipasarkan IMSB kerana penyanyi itu menghilangkan salinan asal semua lagu yang dirakamkan dan akan dimuatkan dalam albumnya."Itulah punca sebenarnya. Saya sebaik mungkin cuba menyelesaikan masalah yang ditimbulkan Sharifah Zarina.
Bayangkan bagaimana kami mahu menerbit dan mengedarkan album keduanya jika salinan asal tiada. "Begitupun, bukan kami tidak mahu mengedarkannya tetapi bagi melakukan semula segala proses ia pastinya memakan masa. Masalah menjadi semakin bertambah apabila pihak IMSB harus berurusan dengan penerbit setiap lagu yang sudah dihilangkan itu. "Pihak kami turut terpaksa menanggung kos yang pastinya bertambah, sedangkan seperti yang diketahui umum sekarang ini jualan album dihasilkan kebanyakan penyanyi kurang memberangsangkan," katanya.
Cheah berkata, segalanya berlaku kerana Sharifah Zarina meminta kepadanya semua salinan asal lagu yang sudah siap sepenuhnya kerana dia mahu melakukan sendiri susunan muzik."Dia tidak berpuas hati dengan mutu rakaman dilakukan dan mahu melakukan sendiri susunan muzik. Selepas syarikat memberikan kebebasan kepadanya melakukan semua itu, kami terkejut apabila dia tampil kepada pihak media memaklumkan rasa kecewanya kerana albumnya masih belum diedarkan.

"Masalahnya apabila ditanya mana salinan asal lagu yang berada di tangannya, Sharifah Zarina tanpa rasa bersalah berkata dia sudah menghilangkannya dan meminta agar Pengurus A&R IMSB, Voon Kee menyelesaikannya," katanya.
Sumber : Metro
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR