Tuesday, April 15, 2008

Alunan Gambus Latin bersama Farid

Oleh Norliza Mohamad Zakaria
liza.zakaria@utusan.com.my

PERNAHKAH anda mendengar lagu-lagu Latin diiramakan dengan alunan petikan gambus? Jika belum, pastikan anda tidak terlepas peluang untuk menyaksikan persembahan yang bakal memukau dari pemain gitar jazz terkemuka, Farid Ali atau lebih dikenali sebagai Mr. Gambus, pada konsert Gambus Goes Latin.

Bakal berlangsung selama dua hari iaitu pada 21 dan 22 April ini, konsert yang akan diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) bermula pukul 8.30 malam itu pastinya dapat memberikan kepuasan kepada para peminat kerana kelainan yang diperjuangkan Farid.

Pejuang irama ghazal yang berasal dari seberang tambak, Singapura itu ketika ditemui baru-baru ini menyatakan kelainan tersebut terletak pada aspek peralatan muzik yang bakal dimainkannya sepanjang persembahan tersebut.

"Alat tersebut dinamakan Gambustar yang merupakan gabungan dua alat muzik iaitu gambus dan gitar. Gambustar direka oleh Jeffrey Yong khas untuk persembahan saya pada konsert ini.

"Gambustar memang kelihatan seperti oud atau gambus, bagaimanapun di bahagian belakangnya adalah rata sama seperti gitar," kata pemuzik berusia pertengahan 40-an itu.

Barisan pemuzik yang bakal bersama Farid pada persembahan konsertnya itu antaranya ialah Mac Chew, John Tomas, Andy Peterson dan Kamrul Hussin.

Antara lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh Farid pada malam itu termasuklah Mambo Inn, Girl From Ipanema, Wave, Night In Tunisia, How Insensitive, One Note Samba, Mantica, Look Of Love, Route 66, Kaulah Segalanya, Getaran Jiwa, Zapin Blues, Spain, Close To You, Joget Gambus, Tharana dan One Hundred Ways.

seterusnya.....

sumber: utusan malaysia

Malaywood: Level macam nie lah yg kita mahu, bawak identity muzik kita ke persada dunia. Mr. Gambus adalah salah satu contoh yg amat membanggakan selain Raihan, Mohram dan lain-lain lagi anak seni yg berjuang memartabatkan identity muzik Malaysia.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR