Tuesday, April 15, 2008

Keputusan Faisal disingkir, Pengundi AF dah bijak ?

Peminat Akademi Fantasia sekarang sudah bijak mengundi peserta yang hanya berbakat. Kira mereka tak sokong melululah, sebab itulah seorang demi seorang peserta yang sering dapat ktritikan kerana gagal menampilkan persembahan yang diharapkan terkeluar. Terbaru giliran Faisal pula.

Tiada kejutan apabila Faisal jadi peserta kelima seret beg kerana nyanyiannya tidak menunjukkan peningkatan. Pada awalnya banyak juga sokongan Faisal dapat kerana kecenderungannya menyanyikan lagu berunsur nasyid. Tapi apabila vokal tak menyerlah, peminat juga tak gatal tangan nak mengundi.

Faisal tersingkir kerana kurang menyerlah.

Akhirnya terpaksalah Faisal akur dengan keputusan peminat. Banyak lagi peserta yang hanya dapat kritikan sahaja. Tunggulah mereka pula mengikut jejak rakan-rakan lain pada minggu-minggu akan datang. Hanya Riz, Stacy, Rina, Alif yang sering dipuji oleh pengkritik iaitu Fauziah Ahmad Daud, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramli.

Tersingkir sudah...

Malaywood: awal-awal lagi masa Faisal buat statement, kalau buleh.... dia nak lagu nasyid jer sepanjang AF6, aku dah agak mamat nie tak bleh pergi jauh. TEPAT

Aku nampak Mama Rina, Nadia, Riz, Stacy, bleh bertahan lama lagi... kakak Siti tuh, kalau asyik buat aksi migrain (pegang kepala), dia tak pergi jauh.

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR