Nurul Hana Che Mahazan |
Nana minta diberi peluang perbetulkan kesilapan
ANDAI diselami lubuk hatinya yang dalam, nada kecewa masih berpusar lantaran sering dijadikan mangsa kritikan liar yang ada ketika bertandang tanpa usul periksa.
Hanya kerana satu kesilapan, ia bagaikan stigma yang menjadi duri membuatkan penyampai radio popular, Nana atau Nurul Hana Che Mahazan kecewa dengan sikap sesetengah pihak.
Mereka bagaikan tidak memberinya ruang untuk bernafas, sebaliknya dia terus ditekan dan diasak sekali pun kekhilafan yang berlaku selepas insiden itu bukan berpunca daripadanya.
“Bagaimana Nana mahu meyakinkan pendengar jika sesuatu yang negatif dan salah terus diletakkan di bahu Nana tanpa usul periksa?
“Bagaimana karier Nana mahu berkembang jika tidak diberi peluang? Keadaan itu ada ketika membuat Nana tertanya-tanya, mengapa yang buruk sering dilepaskan kepada Nana sedangkan orang lain juga berbuat silap,” katanya meluahkan rasa kesal dengan segelintir pihak yang terus menggali kesilapannya tanpa memberi ruang untuk dia memperbetulkan keadaan itu.
sumber: berita harian