Luah rasa dari Siti Nordiana Alias atau Nana.
.BUAT masa ini, saya nekad tidak mahu bersamanya lagi. Sejak awal perkahwinan lagi, kami sering berselisih pendapat.
"Apa yang berlaku membuatkan saya trauma untuk berkahwin lagi. Semoga Allah memberi saya kekuatan untuk meneruskan kehidupan ini."
Ungkapan cerai yang dilafazkan Faizal pada kedua-dua tarikh itu amat jelas dan masing-masing mencapai persetujuan untuk berpisah.
Menyambung bicara mengenai perceraian, Nana yang kini bekerja sebagai Kaunselor Pendidikan di Unity College International, Petaling Jaya, Selangor berkata, melihatkan apa yang berlaku, dia sudah bersedia untuk bergelar janda dan ibu tunggal.
Mengahwini Faizal bukan kesilapan
Ujarnya, mengahwini Faizal bukanlah satu kesilapan dan dia mengakui masih merindui suaminya itu.
"Walaupun begitu, kami memang tidak boleh hidup bersama lagi. Saya tidak pernah menyesal terhadap apa yang berlaku.
"Hidup perlu diteruskan dan saya perlu bekerja keras untuk menampung kehidupan,'' jelasnya yang satu ketika dahulu popular dengan lagu berjudulBukan Mengungkit Tapi Membangkit, Selamanya Cinta dan Perlukanmu.
Sempena Aidilfitri nanti, jelasnya, Rayyan akan meraikan lebaran bersamanya pada hari raya pertama dan kedua dan selepas itu, cahaya matanya itu akan beraya bersama Faizal pula.
"Ini adalah pertama kali beraya berasingan,'' jelasnya penuh tabah.
"Cuma nanti, janganlah selepas ini ada yang fitnah kami macam-macam hanya kerana saya sudah tidak bersama Faizal lagi,'' pinta Nana bagi memastikan keadaan berjalan lancar selepas dia kembali solo.