Tuesday, September 8, 2009

Rozita Che Wan jadi mangsa gosip




Jelitawan bernama Rozita Che Wan dikatakan merampas suami orang, ada hubungan dengan VIP dan macam-macam lagi. Malah dia juga pernah dikatakan menerima hadiah kereta mewah daripada Datuk K sebelum ini.

Dek kerana terlalu banyak andaian sedemikian membuatkan Rozita takut untuk muncul di mana-mana akhbar atau majalah berkaitan hiburan. Ibu kepada dua orang anak ini pernah memberitahu saya, kalau terlalu banyak cerita mengenai skandal yang tidak betul ditonjolkan, ia memberikan persepsi negatif terhadapnya.

Kerana cerita-cerita itulah dia mendapat panggilan yang bukan-bukan daripada wanita-wanita yang menuduh dia cuba merampas suami mereka. Dalam masa yang sama tidak terkecuali mak datin mak datin yang menganggap Rozita cuba merosakkan rumah tangga mereka.

Tetapi semua itu adalah tuduhan yang tidak betul. Hasilnya kata Rozita, wanita-wanita yang menuduh dia mempunyai hubungan dengan suami mereka itu akhirnya akur suami mereka berkahwin dengan orang lain. Dia yang menjadi mangsa.

Itulah susahnya bergelar ibu tunggal. Cabarannya bukan sedikit apatah lagi bagi wanita ini yang dikurniakan kecantikan luar biasa ini. Rozita mengakui dia seringkali menjadi mangsa.

Malah dia terfikir mungkin adakah segelintir golongan VIP yang sengaja menggunakan namanya untuk menutup kecurangan mereka terhadap isteri masing-masing?

RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR