Monday, April 19, 2010

Ezlynn Patah Kaki ?


Ezlynn bertongkat menghadiri sesi pra-dengar 10 lagu terbaik yang bakal dimuatkan dalam album oleh Alibi Music di Redbox, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini.



PENYANYI berambut kerinting yang juga lincah tatkala beraksi di atas pentas ini jarang benar berbicara soal peribadi.
Ezlynn yang dikenali sebelum ini lebih gemar berbicara soal kerjaya berbanding menjaja kisah-kisah peribadinya.

Namun, pada usia yang bakal menginjak ke angka 29 tahun pada 27 September ini, penyanyi yang bernama sebenar Azline Ariffin itu kini lebih matang dan terbuka berbicara tentang hal peribadi.

Benar, sudah agak lama kisah tentang pelantun lagu Hi Hi Bye Byeini tidak kedengaran dan kesempatan bertemu Ezlynn digunakan sebaik mungkin oleh wakil media yang hadir pada majlis tersebut.

Apa yang mengejutkan, Ezlynn yang hadir pada sesi pra-dengar 10 lagu terbaik yang bakal dimuatkan dalam sebuah album oleh Alibi Music di Redbox, The Garden, Kuala Lumpur baru-baru ini menimbulkan tanda tanya apabila hadir dipapah dan bertongkat.

Menyingkap tahap kesihatannya, tanpa berselindung penyanyi yang cukup mudah ketawa itu memberitahu, kaki kanannya cedera dan patah akibat terjatuh dari tangga.

Dan apa yang membataskan pergerakannya kini, telah hampir dua bulan dia tidak dapat melakukan sebarang aktiviti seni sementelah menanti kakinya benar-benar sembuh.

"Saya terjatuh dari tangga rumah saya menyebabkan kaki saya patah dan dimasukkan sebanyak tiga skru.
"Apa yang membuatkan saya rasa terganggu, selain menahan sakit saya juga tidak boleh bekerja seperti selalu.
"Mujur syarikat saya, Ezlynn Entertainment yang menjalankan perniagaan pengurusan acara mampu dilakukan oleh rakan-rakan yang lain," kata Ezlynn yang dinasihatkan oleh doktor untuk berehat seketika dalam lakonan dan nyanyian.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR