Sunday, April 25, 2010

Ruffedge mahu bangkit dari kegagalan...


KENANGAN... Cat Farish (duduk, dua dari kiri), Mode (berdiri, belakang) dan Amer Munawer (berdiri, baju hitam) sewaktu menganggotai kumpulan Ruffedge.



SATU ketika dahulu, nama mereka berada di puncak kegemilangan dan menjadi kegilaan peminat.

Terima kasih kepada lagu Tiada Lagi Cinta yang telah membawa kemasyhuran kepada kumpulan yang sudah ditubuhkan lebih sedekad yang lalu.

Kelangsungan daripada lagu tersebut, Ruffedge terus menyambung hayat populariti mereka dengan lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Da' Bomb, Goyang dan Bila Rindu.

Namun, entah di mana silapnya, populariti yang dikecapi mula pudar dan peminat seakan-akan sudah melupakan kumpulan ini.

Mereka bagaikan dipinggirkan dan ramai yang mula mengandaikan kumpulan ini sudah pun menamatkan hayat mereka.

Hakikat sebenarnya, tidak! Mereka masih lagi bernyawa dan jenama Ruffedge sekali-kali tidak akan berkubur.

Ini diakui sendiri oleh salah seorang anggotanya, Azan Addin Abd. Wahab atau lebih popular dengan panggilan Azan yang memberitahu Ruffedge masih lagi aktif.

Tegas Azan, untuk meletakkan batu nisan kepada kumpulannya dalam waktu terdekat ini, ia tidak mungkin akan berlaku.
Jelasnya, apa yang berlaku Ruffedge tetap bersatu biarpun anggota kumpulannya bersilih ganti.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR