Showing posts with label Lefthanded. Show all posts
Showing posts with label Lefthanded. Show all posts

Monday, October 27, 2008

Samad Lefthanded meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Gitaris utama Lefthanded, Abdul Samad Mian (gambar) meninggal dunia akibat sesak nafas semalam.

Samad, 45, menghembuskan nafas terakhir ketika dikejarkan ke Hospital Ampang selepas terjatuh dari tangga.

Isteri Allahyarham, Norliza Sumairi, 41, menjelaskan, Samad dibawa oleh anaknya, Alif Ashraf Shafiq, 18, ke hospital selepas menerima panggilan telefon mengatakan arwah sesak nafas pada pukul 12.45 tengah hari, semalam.

“Selepas kejadian, Allahyarham sempat menghubungi saya dan mengadu sesak nafas akibat terjatuh di pejabat abangnya, Rahmat yang terletak di Taman Cahaya, Ampang,” kata Norliza ketika dihubungi.


Menurut Norliza, selama ini Samad tidak pernah dimaklumkan menghidap sebarang penyakit kronik melainkan sakit dada.

“Saya terkejut juga pada 5.30 pagi tadi arwah ada mengadu kepada saya mengatakan dadanya sakit tetapi selepas itu dia kembali okey. Saya tidak sangka itu merupakan aduan dan rintihan terakhir,” ujarnya dalam nada sebak.

Selain Alif, Samad yang berasal dari Kampung Majidi, Johor Bahru mempunyai tiga orang lagi cahaya mata iaitu Amad Ayunda Syaqim, 17, Alis Suhayana, 14, dan Amad Syafri, 6.

sumber : KOSMO…

Thursday, January 17, 2008

ZOOM-IN: LEFTTHANDED

Rakaman Zoom In @ RTM Bersama LEFTHANDED
Tarikh: 20 Januari 2008
Tempat: Angkasapuri
Masa: 8.30pm

Kepada rockers yang ada free time tu, pergi la support, baik rockers senior mahupun budak yang baru nak minat rock, jom turun tengok LEFTHANDED kat RTM malam minggu nie.



Malaywood: amacam rockers semua, ada brani turun RTM ?
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR