Showing posts with label Norman Hakim. Show all posts

Thursday, November 6, 2008
Krisis Norman - Abby
sudah-sudah lah tuh... selesaikan dengan cara baik... utk kebaikan kedua-dua belah pihak. Dalam hal nie aku tak sebelah mana-mana pihak... sebelum apa-apa keputusan yg korang berdua buat... pikir dulu masa depan anak-anak... kepada Memey... apsal kau cari pasal ? apsal cari Norman... memang lah Norman tuh hensem... tapi ramai lagi org lain yg hensem, kaya dan bujang... siooottt lah kau nih
Thursday, October 18, 2007
Local artist support Malay Mail Big Walk

Norman Hakim dan Abby Abadi menyertai Malay Mail Big Walk, 'The Malay Mail Big Walk' is a charity event held in Kuala Lumpur that is known as Malaysia's most famous walking contest.
Norman, Abby lega
SEJAK awal tahun ini, rezeki pasangan suami isteri, Mohamed Nurhakim Zaidon (Norman Hakim), 31 dan Arbaeyah Abdul Manan (Abby Abadi), 29, dalam bidang lakonan terlalu murah. Ada saja tawaran yang datang.Bagi Norman dia tidak menyangka sama sekali bintangnya begitu bersinar terang. Lakonannya saban hari dapat disaksikan Isnin hingga Jumaat menerusi drama Pasrah (TV9), Air Mata Maria (TV3) dan bakal menyusul drama Ejen 016 (TV3) serta musim ketiga drama bersiri Adam (TV1).
“Penggambaran drama Gerak Khas masih berterusan, manakala penggambaran Pasrah akan tamat pada penghujung tahun ini. Apa yang saya peroleh sekarang berkat sokongan isteri dan anak. Abby seorang isteri yang begitu memahami cita-cita saya ingin berjaya dalam setiap bidang yang diceburi.“Dua tiga tahun lalu saya dan isteri tidak boleh terlalu aktif berlakon kerana ketika itu sibuk membangunkan syarikat MDH Trading yang beribu pejabat di Ukay Perdana. Waktu itu kami bertungkus lumus bekerja bagai tidak mengenal malam dan siang. “Kini keadaan kami semakin lega kerana syarikat semakin berkembang dan ada orang yang sudah boleh diharapkan. Baru-baru ini MDH melantik Ketua Pegawai Eksekutif baru bagi melancarkan lagi urusan syarikat. “Pun begitu saya tidak boleh lepas tangan begitu saja. Saya masih mengawasi perjalanan syarikat namun tanggungjawab saya semakin ringan kerana sudah ada beberapa kakitangan terlatih di MDH,”katanya.
Sehubungan itu juga dia dan Abby boleh kembali melebarkan minat mereka dalam bidang seni. Bagi Norman, populariti yang dikecapinya dimanfaatkan sepenuhnya untuk mengembangkan perniagaannya. “Kini kerjaya seni, perniagaan dan anak berjalan seiringan. Tiada apa yang saya harapkan melainkan sebuah keluarga yang bahagia. Dek kerana kesibukan di lokasi dan menguruskan perniagaan setiap detik dapat bersama isteri dan anak saat paling indah,” kata bapa dua cahaya mata, Mohamed Danish Hakim dan Marissa Dania Hakim.
Bercakap mengenai persiapan raya, Norman menyerahkan kepada Abby sehinggalah kepada pemilihan warna baju raya juga Norman serahkan kepada isteri untuk memilihnya. Kebetulan cita rasa mereka hampir sama jadi tidak timbul pertelingkahan.
“Apa yang baik bagi Abby, eloklah untuk saya. Abby suka mengemas jadi menjelang lebaran, setiap kali balik daripada bekerja, pasti ada perubahan di rumah,” katanya. Abby juga turut bersyukur kerana hasratnya untuk mengembangkan kerjaya lakonannya tercapai. Selepas lakonannya sebagai ZsaZsa dalam drama bersiri Manjalara mendapat pujian ramai, dia sekali lagi dilamar pengarah drama itu, Kabir Bhatia untuk membintangi drama terbaru arahannya, Hikayat Putera Shazwan, sebanyak 26 episod. “Walaupun saya teringin sekali melihat kerjaya seni saya berkembang dengan menyandang pelbagai peranan namun drama kepolisan Gerak Khas tetap di hati kerana kejayaan saya bermula dengan membintangi drama itu.
“Saya, kru produksi dan penerbit Skop Productions (SP), Datuk Yusof Haslam seperti keluarga. Sembilan tahun bersama SP terlalu banyak peristiwa pahit manis yang tidak mungkin dilupakan selagi ada hayat saya,” katanya. Menceritakan pengalamannya berlakon sebagai ZsaZsa pula, jelas Abby dia seorang pemalu apatah lagi untuk berlakon watak komedi. Namun dek kerana minat berlakon dan nekad membawa watak berbeza, dia tabahkan hati melakukannya. “Hasilnya, ramai suka dengan karektor ZsaZsa. Selepas Syawal ini, ada beberapa lagi projek drama menanti tetapi masih dalam perbincangan,” katanya. Destinasi raya ini, petang raya pertama, Abby sekeluarga pulang beraya di kampung halaman Norman di Taman Guru, Kuantan, sehinggalah raya kelima mereka akan kembali ke Kuala Lumpur. “Tema raya tahun ini saya pilih rona hijau epal dan coklat,” katanya. Pada Syawal ini juga, Abby muncul dalam drama Raya Sedondon di TV9 dan program Bersamamu Raya di TV3.
Sumber : Metro

Monday, August 13, 2007
Sinar bahagia iringi laluan rumah tangga Abby-Norman
CUKUP sekali badai datang menduga lantas meragut seketika cinta yang pernah tertanam di sanubari dua insan seni ini. Lewat insiden hitam itu, lebih setahun lalu, mereka bingkas mencantum semula carik kasih sayang yang bersisa.Calar kasih dirawat kembali dan setiap kali merenung sepasang wajah comel Mohamed Danish Hakim, 4, dan Marissa Dania Hakim, 2, mengukuhkan semula ikatan cinta yang lebih lima tahun disulam.Melempar jauh episod gelap yang pernah bertandang, Norman Hakim, 31, dan Abby Abadi, 29, mengukir janji untuk terus mempertahankan mahligai cinta yang diabadikan penuh restu pada 8 Januari 2002.
Sabtu lalu, pasangan bahagia itu meraikan sambutan ulang tahun kelahiran kedua anak perempuan mereka yang berlangsung meriah di sebuah restoran makanan segera di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.Besar harapan Abby dan Norman Hakim untuk melihat dua cahaya mata mereka menjadi pelapis yang membanggakan keluarga.“Mereka berdua memberi kami motivasi untuk meneruskan perjuangan dalam bidang seni dan bisnes,” kata Norman.
Subscribe to:
Posts (Atom)