Showing posts with label Stanly AF6. Show all posts
Showing posts with label Stanly AF6. Show all posts

Wednesday, April 9, 2008

Formula Ramli MS buang badi pelajar AF6

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my


Orang ramai menonton persembahan percuma yang diadakan oleh Saida, Stanly, Riz dan Nubhan di pusat membeli-belah, Pavillion, Kuala Lumpur, baru-baru ini.



TIGA hari sebelum konsert ketiga Akademi Fantasia musim keenam (AF6) berlangsung, pengetua Ramli M.S membuatkan kejutan dengan mengarahkan empat pelajar iaitu Stanly, Saida, Riz dan Nubhan mengadakan persembahan di salah sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.

Alasan utama beliau berbuat demikian ialah untuk membuang ‘badi pentas’ yang dikatakan menghantui keempat-empat pelajar tersebut.

Kerana itu, kesemua pelajar itu disuruh menyanyikan dua buah lagu di hadapan orang ramai yang berkunjung ke pusat membeli-belah Pavillion minggu lalu.

Secara logiknya apabila ada persembahan percuma, pastinya akan menjadi tumpuan khalayak.

Inikan pula persembahan bintang-bintang muda AF yang masih lagi di bawah label pelajar yang muncul secara kejutan di situ.

Namun begitu, yang menjadi persoalannya ialah kenapa tumpuan hanya diberikan kepada empat orang pelajar saja?

Tidakkah Ramli terfikir, tindakan itu akan membuatkan pelajar-pelajar lain berkecil hati? (ini tidak adil !)

LAGI

sumber: Utusan Malaysia

Tuesday, April 8, 2008

Lagu Tugasan Konsert 4 Akademi Fantasia 6

Nadia : Mengapa Di Rindu - Saloma
Rina : Terbang Helang - Datuk Sharifah Aini
Saida : Hati Kama - Datuk Siti Nurhaliza/Noraniza Idris
Stacy : Lagu Baru Cinta Terhalang - Stacy
Alif : Come Out And Play - The Offspring
Faisal : Joget Bunga Melati - Halil Chik
Nubhan : Cinta Hampa - DLoyds
Riz : Marabahaya - Pop Shuvit
Stanly : Kasih Tercipta - Faizal Tahir
Toi : Laukku Cukup Masin - Spider

Nadia menerima lagu Mengapa Dirindu sebuah lagu yang bakal menguji lenggok aslinya pula. Nadia harus membuktikan yang beliau mampu untuk melakukannya. Saya tidak nampak kesukaran untuk membawakan lagu Terbang Helang oleh Rina. Begitu juga dengan lagu Hati Kama oleh Saida. Stacy merupakan pelajar pertama yang diberikan lagu baru sewaktu pengajian dalam Akademi Fantasia. Ia merupakan satu sejarah.

Jika Alif berjaya menunjukkan peningkatan minggu lepas, minggu ini Alif akan diuji dengan lagu Inggeris. Apakah nasib yang menimpa Nubhan akan menimpa Alif pula ? Faisal pula bakal dibeban dengan lagu Joget Bunga Melati. Faisal yang sememangnya agak tidak pandai menari perlu memikul beban tersebut. Cabaran minggu ini lebih hebat kerana amaran keras Pengetua telah diberikan kepadanya. Sekiranya nyanyiannya sumbang, persembahannya akan diberhentikan. Nubhan menerima lagu Cinta Hampa, sebuah lagu yang bersesuaian dengannya. Kesukaran mungkin untuk Toi dan Riz yang menerima lagu rancak. Toi perlu buktikan sesuatu. Stanly saya lihat tidak menghadapi banyak masalah untuk lagu Kasih Tercipta. Bayang-bayang Bob dan Faizal Tahir akan sentiasa membayanginya minggu ini. Ini peluang kepada Stanly untuk buktikan keupayaan vokal beliau. Serlahkan sehebat-hebatnya.

sumber: sultanmuzaffar.blogspot.com
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR