MATANYA berkaca tatkala berbicara soal anak. Sesekali fikirannya melayang, barangkali merenung jauh masa depan hinggakan lawak jenaka yang diajuk orang di sekeliling gagal mengundang tawanya.
Bukan sengaja dia berbuat demikian, mungkin khayal atau cuba menahan gelora di hati mengenangkan detik menjelang Aidilfitri. Apakah dia berpeluang menikmati hari gembira itu bersama anak-anak?Namun, setiap soalan yang diajukan tidak pula dia cuba mengelak. Semuanya dijawab penuh berhemah tanpa menyalahkan sesiapa apabila dirundung nasib seperti ini.Cuma hati seorang ibu yang melahir dan membesarkan terasa apalah ertinya hidup tanpa anak-anak di sisi. Namun, Arni Nazira (Arni), 29, tetap tabah, tenang dan sentiasa berharap kehadiran Aidilfitri membawa secebis kemanisan dan kebahagiaan.
“Masa mula-mula berpisah dulu tipulah kalau saya tidak tertekan. Iyalah, orang sudah biasa berkeluarga, lagipun sebelum ini 24 jam saya dengan anak-anak.“Bukan mudah menerima hakikat berjauhan dengan anak-anak yang kini berada di bawah jagaan bekas suami,” katanya.Kata Arni, pengalaman raya tahun lalu paling menguji kesabaran dan keimanannya sebagai seorang Muslim kerana buat pertama kalinya menyambut Aidilfitri seorang diri.Ini berikutan keputusan yang dipersetujuinya dan bekas suami untuk membenarkan anak kesayangannya, Puteri Aleeya Antasha, 7, dan Puteri Aleefa Antasha, 4, menyambut hari raya dengan rocker terkenal, Awie.“Sudah menjadi tugas seorang ibu, biasanya sayalah yang paling sibuk di pagi raya. Mana hendak siapkan anak-anak, menyediakan hidangan dan melayan tetamu, namun semua itu berubah sejak bercerai.
“Hati bertambah sayu apabila terpaksa beraya sendirian tahun lalu tanpa anak-anak di sisi kerana mengikut perjanjian memang mereka sepatutnya beraya dengan keluarga bekas suami.
“Mujurlah saya masih mempunyai ibu-bapa dan adik-beradik yang menyayangi dan sentiasa berada di belakang memberi semangat dan perangsang untuk saya mengharungi saat-saat pilu ini. “Pun begitu, saya sentiasa mengharapkan diberi kesempatan menyambut Aidilfitri bersama anak-anak di Kuantan, apatah lagi sudah lama mereka tidak bertemu saudara mara sebelah saya sejak kami bercerai,” katanya.
Tambah Arni, kelengkapan seperti baju raya dan kasut anak-anaknya semua sudah dibeli malah tidak sabar melihat mereka menyarungkan baju kurung di pagi raya.Arni yang memulakan karier seninya sebagai penyanyi pada 1997 mula melonjak dengan lagu Cinta Di Antara Benua yang turut menjadi lagu tema drama bersiri yang menggunakan judul sama.Setahun kemudian bakatnya mendapat perhatian lalu ditawarkan membintangi dua filem iaitu Bara dan Nafas Cinta.
Selepas mendirikan rumah tangga dengan Awie, ibu jelita ini mengambil keputusan bersara dari bidang seni bagi memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.Kini, selepas sekian lama menyepikan Arni kembali melancarkan karier seninya apabila membintangi drama 30 episod, Tidak Pernah Kusesali arahan Faizal Ishak yang bakal disiarkan di RTM. “Sudah lapan tahun tidak berlakon masakan tidak berasa janggal beraksi di hadapan kamera apatah lagi ini pertama kali saya membintangi drama. Dulu pun saya bukanlah pandai berlakon sangat. “Namun, atas dasar kepercayaan dan kesungguhan yang ditunjukkan produser drama ini, saya memberanikan diri mencuba. “Menerusi Tidak Pernah Aku Sesali saya memegang watak utama sebagai Hanim dan difahamkan watak itu memang dibuat khas untuk saya.
Drama ini ia mengisahkan Hanim, seorang wanita yang sering teraniaya.“Dari kecil Hanim dibesarkan di rumah anak yatim sebelum pasangan suami isteri bergelar Datuk dan Datin mengambilnya sebagai anak angkat. Kemudian tanpa diduga Hanim jatuh cinta dengan Farid, anak pasangan berkenaan.“Walaupun hubungan mereka ditentang namun Hanim dan Farid berjaya disatukan sebagai suami-isteri. Suatu hari ketika berada di luar negara mereka kemalangan. Anehnya Farid hilang bersama-sama isteri Prof Helmi, pasangan kemalangan tadi.“Selepas sembuh dari kecederaan Helmi meminta pertolongan Hanim supaya berpura-pura menjadi isterinya, namun kehadiran Hanim dalam keluarga Helmi tidak disambut baik oleh ipar Helmi ekoran rasa cemburu sehingga dia didera,” katanya cantik berbusana pereka terkenal, Salikin Sidek.
Ditanya apakah dia menjadikan pengalaman sedih dalam hidupnya untuk menghayati watak itu Arni hanya tersenyum. Namun mengakui setiap kali mengenangkan wajah anak-anaknya ia membantu Arni untuk melakonkan babak sedih dengan lancar.“Bila melakonkan babak sedih memanglah saya kena mengingati satu peristiwa yang boleh membuatkan saya menangis. Malah saya juga bertuah kerana ramai pelakon berpengalaman membantu dan memberi semangat kepada saya untuk watak berat itu,” katanya.Beralih kepada kehidupan peribadinya, Arni belum bersedia mendirikan rumah tangga untuk kali kedua kerana mahu mendahulukan apa yang harus diselesaikan.“Rasanya semua itu diperlukan buat masa ini kerana ada perkara penting yang harus didahulukan apatah lagi kes (hak penjagaan anak) masih dalam perbicaraan. Buat masa ini saya mahukan ruang bersendirian,” katanya yang kembali sibuk menjayakan persembahan nyanyian.
NAMA: Arni Nazira Anuar
NAMA KOMERSIL: Arni Nazira
TARIKH LAHIR: 12 Julai 1978
UMUR: 29 tahun
TEMPAT LAHIR: Kuantan, Pahang
BINTANG: Cancer
ANAK: Pertama dari tujuh beradik
ANAK: Puteri Aleeya Antasha, 7, dan Puteri Aleefa Antasha, 4
PENDIDIKAN: Sijil Pelajaran Malaysia
ALBUM: Cinta Antara Benua
DRAMA: Tidak Pernah Ku Sesali
FILEM: Bara dan Nafas Cinta
KERJAYA: Pelakon dan penyanyi.
SOLEKAN: Dwan Ismail (017-3813289)
PENAJA PAKAIAN DAN AKSESORI: Salikin Sidek, Aras 1, Ampang Park, Kuala Lumpur.
Sumber : Metro