SEJAK menceburi bidang peragaan pada usia 17 tahun, kemudian melangkah ke dunia lakonan melalui filem Kad Cinta pada 1997, kerjaya modeling dan lakonan Nasha Aziz berjalan dengan jayanya hingga kini.
Watak komedi terapi diriDi pentas peragaan, nama Nasha cukup dikagumi manakala dalam lakonan, filem keduanya, Bara, mula menarik perhatian juri apabila menang Pelakon Harapan Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-14, kemudian di FFM-17 pada 2004, anak kelahiran Kuala Lumpur ini dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi filem Trauma arahan Aziz M Osman.
Namun, dalam usia 36 tahun Nasha seperti tidak lengkap apabila belum mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak. Malah, Nasha melangsung pertunangan dengan Pengarah Fotografi, Mohd Helmi Mohd Yusof, 28, pada Jun tahun lalu. Mereka bertunang selama setahun dan Nasha berminat dengan tarikh 7.7.07 untuk hari bahagianya.Bagaimanapun tarikh itu sudah lama berlalu dan peminat masih menantikan detik bahagia Nasha dengan Helmi.
Pelakon jelita ini seperti membisu apabila berbicara soal kehidupan peribadi.“Dalam kerjaya, saya akui sudah mencapai kepuasan. Kini saya meneruskannya sehingga saya diperlukan. Tapi dari segi kehidupan peribadi, ada satu perkara terjadi sehingga banyak perubahan berlaku. “Apa yang boleh saya katakan, kehidupan peribadi saya tidak stabil,” katanya.Bagaimanapun, Nasha enggan mengulas lanjut mengenai kehidupan peribadinya sama ada pertunangannya dengan Helmi hanya tinggal nama atau dia masih terikat sebagai tunang orang.
Nasha dan Helmi mula berkenalan ketika sama-sama menjayakan filem Laila Isabella kira-kira lima tahun lalu. Ketika itu Helmi menjadi kru teknikal bagi filem arahan Rashid Sibir, sementara Nasha sebagai pelakon utamanya bersama Rosyam Nor.Helmi mula melamar Nasha pada 2005 tetapi Nasha mengambil masa untuk berfikir sebelum bersetuju menerima lamaran Helmi. Apabila yakin pemuda asal Negeri Sembilan itu mampu menjadi teman dan kekasihnya, akhirnya Nasha bersedia menerima Helmi sebagai tunang.
Nasha berkata, selain menjadi teman dan kekasih dia juga mengharapkan suami yang mampu menjadi pembimbingnya dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
Nasha berkata, selain menjadi teman dan kekasih dia juga mengharapkan suami yang mampu menjadi pembimbingnya dalam menjalani kehidupan berumahtangga.
“Apa yang penting, saya mahukan kehidupan sederhana dengan memilih jejaka biasa sebagai tunang dan bukannya mengejar kemewahan dengan orang berpangkat besar. Apa boleh buat, jodoh saya belum sampai,” katanya.Apabila Nasha mengatakan dia memilih untuk berlakon dalam dua filem komedi pada tahun ini sebagai satu terapi untuknya menjalani kehidupan seharian, seperti ada sesuatu yang berlaku antaranya dengan tunang.
Bagaimanapun, Nasha yang pernah putus tunang dengan Faizal Hussein sebelum ini, mengunci rapi rahsia peribadinya.“Untuk 2007 saya mahu tumpukan kepada watak komedi sebagai satu terapi bagi menggembirakan hati saya. Dunia seni ini memang meriah dan menarik, tapi sebagai manusia biasa saya juga menghadapi tekanan dan cabaran dalam hidup. “Apa yang boleh saya lakukan ialah mencari sesuatu yang boleh menjadi terapi untuk diri saya. Saya rasa watak komedi mampu menjadi terapi terbaik. “Saya berlakon filem komedi Otai arahan Prof Madya A Razak Mohaideen yang akan ditayangkan di pawagam pada 13 Oktober ini. Dalam filem ini saya memegang watak Azura, isteri pertama Aiman lakonan Saiful Apek. “Saya juga berlakon filem Sepi arahan Kabir Bhatia. Sebenarnya untuk filem ini saya ditawarkan watak serius.
Bagaimanapun, apabila membaca keseluruhan skrip, saya tertarik dengan satu watak wanita yang agak kecoh dalam filem ini. Saya minta watak itu dengan penerbit Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) dan mereka bersetuju menyerahkan watak itu.“Sebelum berlakon dua filem itu, saya banyak berlakon filem dan drama yang perlu bermain emosi, banyak menangis dan kecewa dengan hidup seperti Puaka Tebing Biru dan Datin Diaries. “Masa itu saya cuba seimbangkan keadaan dengan keluar membeli-belah. Bagi saya ia bagus untuk melupakan seketika tekanan emosi yang saya jayakan untuk filem atau drama itu,” katanya.Nasha juga tidak kisah dirinya digelar pelakon komedi. Baginya, sebagai pelakon dia perlu mempelbagaikan wataknya.
Malah, sebelum ini Nasha pernah berlakon filem komedi romantik Cinta Luar Biasa bersama Saiful Apek, Buli dan Buli Balik (Afdlin Shauki). “Saya tidak kisah diberi watak pembantu. Apa yang penting, saya ikhlas dan jujur dengan kerja serta melakukannya sepenuh hati, tidak kiralah watak utama atau watak pembantu,” katanya.Selepas berlakon Datin Diaries dan Sepi, kata Nasha, dia belum lagi kembali ke lokasi. Malah, Nasha juga mengambil peluang kehadiran Ramadan ini untuk berehat dan dijadualkan kembali bekerja untuk satu drama bersiri arahan Rashid Sibir selepas raya nanti.“Selapas Datin Diaries memang tidak ada drama lain, tapi saya akan berlakon drama arahan Rashid selepas raya nanti. Ia untuk siaran Astro. Projek untuk peragaan juga tetap ada terutama hujung tahun nanti.
“Sepanjang Ramadan ini saya berehat. Saya gembira dapat membantu ibu saya, Habibah Mohd Ali membuat biskut raya. Ibu saya suka biskut suji dan saya pula suka biskut keju. Ia resepi istimewa keluarga.“Saya juga terikat dengan promosi Otai yang bermula sebelum Ramadan dan juga menghadiri majlis berbuka puasa bersama anak yatim,” katanya.
PROFIL
Nama sebenar: Noraishah Abdul Aziz
Tarikh lahir: 14 Mei 1971Tempat lahir: Kampung Pandan, Kuala Lumpur
Kerjaya: Model, pelakon
Filem: Kad Cinta, Bara, Gerak Khas The Movie, Laila Isabella, Cinta Luar Biasa, Trauma, Buli, Buli Balik, Puaka Tebing Biru, Otai
Drama: Kutub Utara Kutub Selatan, Penjara Kasih, Hanya Dikau, Datin DiariesTeater: Lantai T Pinkie
Pencapaian: Pelakon Harapan Wanita Terbaik FFM14 (Bara), Pelakon Wanita Terbaik FFM17 (Trauma)
Sumber : Metro