Pelakon Sheila Rusly menangis teresak-esak dan kecewa kerana tak tahan difitnah oleh kawannya sendiri iaitu seorang pengacara lelaki sensasi.
Sebenarnya hubungan Sheila dengan pengacara tersebut sebelum ini macam isi dengan kuku. Semua program yang diterbitkan pengacara itu, Sheila akan turut serta.
Tapi tak sangka pula dalam baik punya baik tu, si pengacara sanggup menyebarkan fitnah ke atasnya. Kisahnya tak besar mana pun. Sheila buat majlis berbuka puasa dan sembahyang tarawih di rumahnya di Gombak.
Selain beberapa artis dan wartawan yang diundang, pengacara mulut becok itu pun dijemput sama tetapi dia datang semasa semua orang dah balik. Pengacara itu kononnya naik angin dan mendakwa Sheila menyuruhnya pulang kerana majlis sudah habis.
Kerana insiden kecil itu, pengacara berkenaan dikatakan menyebarkan cerita Sheila tak buka pintu rumah dan suruh dia balik walaupun ketika itu si pengacara dah nak sampai depan rumah Sheila.
Semasa Niezam berborak dengan Sheila Selasa lalu, dia menjelaskan keadaan sebenar.
Menurut Sheila apa yang diceritakan si pengacara kepada orang dan sebilangan wartawan hiburan itu jauh menyimpang.
Kata Sheila, takkanlah orang dah sampai di depan pintu rumah dia tak nak buka? Kalau lauk-pauk habis sekalipun paling tidak dia boleh goreng mi untuk pengacara itu.
“Dia bagi tahu aku nak datang tapi dia bagi syarat jika ada wartawan si anu dan si anu dan artis si anu dan si anu, dia tak mahu datang.
“Aku cakap, artis dan wartawan yang dimaksudkan itu tak ada dan dia pun setuju nak datang tetapi lewat sikit kerana ada hal.
“Semasa dia telefon aku selepas itu, dia maklumkan baru nak masuk lebuh raya. Aku cakap padanya wartawan semuanya dah balik dan dia kata tak apa.
“Aku kata pada dia lagi kalau macam tu kita jumpa raya nantilah dan dia pun cakap okey,” cerita Sheila.
Bagaimanapun Sheila terkejut timbul pula cerita kononnya Sheila suruh pengacara tersebut balik walaupun sudah sampai di depan rumahnya. Sebaliknya selepas majlis itu, Sheila tak nampak kelibat artis lain melainkan pelakon Sharifah Sahora yang masih ada di dalam rumahnya itu.
“Aku tak sangka di bulan Ramadan boleh berlaku perkara yang macam ini. Aku bagi tahu dia (pengacara) minta Allah bagi petunjuk di atas apa yang berlaku,” jelas Sheila yang ternyata sedih dengan peristiwa tersebut.
Niezam dan beberapa rakan wartawan termasuk artis turut menghadiri majlis tersebut yang dibuat Sheila secara sederhana. Tetapi sepanjang berada di rumah Sheila itu, dia tak maklumkan yang pengacara berkenaan nak datang. Kalau Sheila beritahu, rasa-ra
sanya mesti ada wartawan yang ‘blah’ awal-awal lagi sebab banyak yang tidak selesa dengan pengacara itu.
Di sebalik peristiwa itu ada pula gosip yang tersebar mengatakan si pengacara itu nak jumpa sangat wartawan sebab nak undang ke majlis pelancaran sebuah program dia. Patutlah dia nak datang juga walaupun dah tengah malam.
Apa-apa pun Niezam harap Sheila tabah dengan ujian yang berlaku itu. Kepada si pengacara itu pula dah tua-tua ni janganlah sikit-sikit nak sentap saja!
Sumber : Utusan