Showing posts with label AF7. Show all posts
Showing posts with label AF7. Show all posts

Thursday, May 14, 2009

Sedar tak sedar dah final rupanyer Akademi Fantasia 7

Malam esok dah final rupanyer AF7... aku tengok konsert pertama jer, dan yg ajer jugak lah yg aku sempat komen. Aku lebih suka follow OIAM. bebudak yg aku highlight masa first konsert AF7, ader yg masuk final... aku bleh kata Hafeez tuh kira OK lah jugak tapi, Kakak Tomok (aku asyik lupa jer nama dier nie bile start blogging) bleh jadi champion. Ariel tuh sekadar mengaut keuntungan jer... kira sama macam zaman Linda Nanuwil... masuk untuk dapat byk sms dan menguntungkan Astro jer. Ariel tuh lubuk sms... duit brader... tak kan tak nak kasi masuk plak.

Klau sempat aku tengok malam esok aku akan update kat blog mlm esok jugak... Klau tak senin baru update.

Good luck lah utk semua peserta akhir AF7 kali nie....



Malaywood: Aku suka klau Hafeez menang tapi aku rasa Kakak Tomok yg akan menang

Tuesday, May 5, 2009

OIAM 3 vs AF7

Dalam pencarian mengasah bakat baru industri muzik, aku rasa OIAM lebih menyerlah berbanding Akademi Fantasia. Rata-rata peserta AF7 tidak sehebat peserta OIAM3. Fakta nie lepas aku mengambil kira tidak termasuk Tomok kerana Tomok sudah berpengalaman bersama kumpulan New Boyz. Kita tolak lah Tomok. Aku ambil Aweera, Esther, Nine sebagai perbandingan dengan Peserta AF7 macam Akim, Hafiz, Aril, Kakak Tomok (aku lupa daa nama dia)... 

Pendapat korang pulak macam mana ? Antara OIAM3 dan AF7 yang mana lagi best ?

Saturday, March 14, 2009

Komen Konsert Pertama AF7

Marketing strategy AF7 memancing minat aku nak tengok AF7 malam tadi adalah sebab tagline yg di war war kan selama ini adalah "Transformasi Akan Berlaku"... amenda yg transformasi baru nie. Klau nk kata cipta sejarah... depa dah lantik Tiara sebagai pengetua wanita yang pertama. Walaupun Tiara nie bukan lah penyanyi yg "power" atau komposer yang "dasyat"... macam mana dia nk lahirkan penyanyi yg bagus dlm AF7 nie ? Aku dah dengar byk penjelasan dari suku sakat Astro yg hebat-hebat bagi mempertahankan keputusan memilih Tiara sebagai pengetua AF7. Antara alasan yang sering diwar-warkan oleh geng-geng ERA.fm ialah penguasaaan pentas yg kuat ada pada Tiara... dan AF7 bukan nk lahirkan penyanyi tetapi penghibur... persoalannya... kenapa hanya diuji setiap minggu dengan nyanyian shaja... aku tak paham satu perkara... kononnya AF7 nak lahirkan penghibur tapi hanya menguji bakat nyanyian shj setiap minggu... aaahhhh lantak lah.. malas nak berdebat...

Aku gagahi jugak lah malam tadi utk layan AF7... aku nk tengok tahap mana transformasi yang cuba ditonjolkan oleh AF7 nie...

1. Perkara pertama yg Aku perasan, lagu tema AF dah takde ! Lagu tema menuju puncak tu kan lagu tradisi AF... mana... mana ?

2. Barisan pengkritik tetap... aku puji... mantap... Sorang Randy... Sorang Paula Abdul dan Sorang lagi Simon.... so maintain kan konsep pengkritik tetap 3 orang nie...

3. Aku nak ucapkan Tahniah utk Adlin atas pertunangannya... Happy sangat lu Bro... bila nak kahwin ? klau kahwin... sure senyum sampai telinga

4. Minggu pertama.. pelajar memilih lagu sendiri.... tapi rata-rata pemilihan lagu mereka ader yg tak sesuai tengan vocal... tak sesuai dengan umur... dan ader yg play safe. So next week, tenaga pengajar perlu bagi lagu yg sesuai dengan range vocal dan pembawakan yg bersesuaian dengan karekter diaorg

5. Hafeez dapat pujian Adlin kerana ader karekter original... so bentuk lah mamat nie dengan baik.... jgn bagi lagu yg agak caca marba kerana ia tidak banyak membantu utk pembangunan kareer masa depan Hafeez

6. AC Mizal.. masih macam Af sebelumnya... masih gagal menyerlah kerana AF dibanyangi oleh Aznil.... tapi nak buat macam mana.. AC dah Sign Contract lebih dari satu musim... AC... kau kena cari identity kau sendiri agar dpt disesuaikan dengan AF... kau tgk vote peminat kat blog aku nie (atas)... masih ramai yg mahukan Aznil kembali mengacarakan AF.... AC masih dibawah par dengan bechmark yg telah disetkan oleh Aznil... cuba lagi Bro... kasi lebih dramatik

7. Secara ringkas.. aku nampak lah beberapa pelajar yg agak power pada minggu pertama nie, macam Hafeez, Aishah, Aril, Qhaud... yang lain tuh still nampak biasa... so watch out

OK lah.. cukup lah takat nie... nak gi cari breakfast lah pulak nie... nak gi beli Nasi Lemak Kukus..

esok esok sambung lagi

Video Persembahan Hafeez





Malaywood: first impression AF7... kira boleh lah... not bad... yg teruk setakat nie AF6
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR