Pendapat korang pulak macam mana ? Antara OIAM3 dan AF7 yang mana lagi best ?
Showing posts with label OIAM. Show all posts
Showing posts with label OIAM. Show all posts
Tuesday, May 5, 2009
OIAM 3 vs AF7
Dalam pencarian mengasah bakat baru industri muzik, aku rasa OIAM lebih menyerlah berbanding Akademi Fantasia. Rata-rata peserta AF7 tidak sehebat peserta OIAM3. Fakta nie lepas aku mengambil kira tidak termasuk Tomok kerana Tomok sudah berpengalaman bersama kumpulan New Boyz. Kita tolak lah Tomok. Aku ambil Aweera, Esther, Nine sebagai perbandingan dengan Peserta AF7 macam Akim, Hafiz, Aril, Kakak Tomok (aku lupa daa nama dia)...
Sunday, February 24, 2008
Kemuncak OIAM hanya dua peserta bersaing
DEBARAN kemuncak saingan One In A Million (OIAM) musim kedua semakin dirasai. Apatah lagi pertandingan akhir itu nanti bakal menyaksikan perebutan antara tiga peserta wanita yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri dalam memburu gelaran juara OIAM 2 sekali gus membawa pulang RM1 juta.... Seterusnya
Saturday, January 19, 2008
OIAM - Intan Sarafina Terkeluar
Ini bukan lah suatu kejutan. Walaupun Intan dah ada nama, tak semestinya dia boleh memenangi sesuatu pertandingan realiti TV. Dia perlu ukur baju dibadannya sendiri. Program reality TV macam OIAM bergantung penuh pada undian SMS penonton. Kalau selama nie, album tak pernah cecah ratusan ribu unit, itu tandanya kita tak ada peminat yang ramai. Tak mustahil Siti Sarah akan terkeluar sebelum final. Semuanya bukan suatu kejutan dalam rancangan realiti TV.
Malaywood: Aku rasa kalau Ning Baizura masuk OIAM pun, belum tentu belum boleh jadi jadi juara.
Malaywood: Aku rasa kalau Ning Baizura masuk OIAM pun, belum tentu belum boleh jadi jadi juara.
Tuesday, October 23, 2007
Baju Farah tak kena
CERITA artis berpakaian seksi atau tidak sesuai majlis bukanlah cerita baru. Dah banyak kali SS dengar dan banyak kali juga suku sakat SS sentuh perkara ini tapi nampaknya masih ada yang tidak ambil iktibar.Cerita terbaru disampaikan peminat yang meluahkan rasa terkilannya kepada SS mengenai penampilan penyanyi yang makin dikenali menerusi lagu Seribu Penipuan, Farah Asyikin.
Bekas bintang realiti Malaysian Idol dan One In A Million (OIAM) ini dikatakan memilih pakaian kurang sesuai ketika menjayakan program Cit Cat Raya 2007 yang disiarkan menerusi Astro Ria pada raya keempat.Tidak tergamak pula SS hendak tulis gelaran yang diberikan peminat mengenai penampilan Farah itu. SS difahamkan, Farah hanya berskirt pendek dan pakai leotards (stokin panjang) jarang bersama boots ketika menyanyikan lagu dari album sulungnya, Seribu Penipuan. Rakaman program itu pula diadakan di hadapan penonton ketika Ramadan lalu.Kata peminat itu, dah namanya program raya dan untuk siaran khas pada hari raya, tidak sesuai sangat kalau berpakaian moden hanya berskirt pendek. Katanya lagi, walaupun bukan menyanyikan lagu raya, itu bukanlah alasan untuk Farah tampil dengan imej begitu kerana ia mungkin sesuai untuk persembahan konsert atau di kelab. Malah imej begitu memang menjadi pilihannya untuk menambat hati peminat."Tentu Farah tahu itu program raya dan tidak salah kalau dia pilih baju yang lebih sesuai kalaupun bukan baju kurung atau pun kebaya sebagaimana artis lain. Lagi pun Farah wanita Melayu, tentu lebih manis berpakaian lebih sopan.
"Kalau Jaclyn Victor yang turut sama menjayakan program itu boleh pakai baju sesuai, mengapa pula Farah tidak boleh. Imej begitu memanglah kesukaan gadis remaja sekarang tapi Farah bukan remaja lagi sebaliknya dia isteri orang.
"Patutnya Farah memilih imej lebih manis dan sopan. Janganlah kerana terlalu minat penyanyi Barat sampai pakaian pun ikut imej mereka," katanya.
SS harap Farah ambil iktibar daripada teguran ini. Sudah ramai artis memilih imej seksi sukar diterima peminat walaupun berbakat dan lagu menarik.
"Patutnya Farah memilih imej lebih manis dan sopan. Janganlah kerana terlalu minat penyanyi Barat sampai pakaian pun ikut imej mereka," katanya.
SS harap Farah ambil iktibar daripada teguran ini. Sudah ramai artis memilih imej seksi sukar diterima peminat walaupun berbakat dan lagu menarik.
Sumber : Metro
Subscribe to:
Posts (Atom)