Showing posts with label Fiq. Show all posts
Showing posts with label Fiq. Show all posts

Saturday, January 26, 2008

AJL 22: Fiq ganti Faizal Tahir


Kesian Faizal, tak dapat nak nyanyi di AJL 22. Walau bagaimana pun Fiq juara musim pertama Mentor akan menggantikan Faizal Tahir untuk lagu Mahakarya Cinta. Fiq pun rockers generasi baru jugak, so kira boleh lah bawak lagu nie. Malaywood dah bleh rasa cara Fig nyanyi lagu nie tak sama dengan faizal, anyway itu bukan masalah. Sahri pun penyanyi gantian dalam AJL 22 menggantikan Kaer. Yang penting juri mesti professional. Tak semestinya penyanyi ganti itu kurang sempurna pembawaannya. Jgn ada sentimen isu bukak baju dibabitkan dlm penjurian.

Malaywood: terima kasih kepada yang bersama sama Malaywood tak setuju Faizal dikenakan tindakan yg terlalu berat.

Thursday, September 6, 2007

Konsert Mega Aidilfitri gabung baru dan lama


MESKIPUN Hari Raya masih jauh lagi namun sebagai persediaan, bahagian penerbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) awal-awal lagi sudah selesai merakamkan Konsert Mega Aidilfitri.

Diterbitkan oleh Mohd. Yusni Mohamed Ali, program itu telah pun selesai menjalani rakamannya pada 17 Ogos lalu di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Program yang menampilkan 16 artis ternama tanah air itu akan ditayangkan pada 13 Oktober, pukul 8.30 malam menerusi RTM1.

Menurut Mohd. Yusni atau Yus, program yang mengambil masa selama dua jam itu bukan sekadar hiburan tapi ia juga mampu merungkai rindu peminat pada penyanyi-penyanyi kesayangan mereka.

“Berdasarkan konsep itulah, saya sengaja menggandingkan penyanyi baru dan lama. Kemunculan Ramlah Ram dan Liza Hanim yang sudah lama tidak menghasilkan album misalnya mampu memberi ruang untuk mereka mengubati rindu peminat,” kata Yus.

Penonton program ini juga berpeluang mendengar 25 buah lagu daripada artis-artis terlibat.

Lagu-lagu yang didendang bukan sekadar lagu-lagu raya, malah lagu-lagu berkonsep kontemporari juga dipersembahkan.

Tegas Yus, program yang diacarakan oleh pelakon Jasmin Hamid dan penyanyi Nurul itu akan dimulakan dengan medley lagu raya, Menjelang Hari Raya dan Selamat Berhari Raya yang dipersembahkan oleh barisan penyanyi baru.

Mereka yang digandingkan untuk segmen ini ialah Izwan Pilus, Fazli Zainal, Fiq (Juara Mentor 2), Rey (Juara Suara Emas Bintang RTM 2007) dan Shahir (Naib Juara Suara Emas Bintang RTM 2007).

Sementara penyanyi wanita ialah Farawahida, Nita, Zeti (Finalis Suara Emas Bintang RTM 2007) dan Karen Kong.

Jelasnya, setiap penyanyi berpeluang mendendangkan dua lagu iaitu lagu nostalgia raya dan masa kini.

Antara lagu yang diperdengarkan ialah Indahnya Beraya Di Desa (Jaclyn dan Han), Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Dayang Nurfaizah), Kepulangan Yang Dinanti dan Lelaki Ini (Anuar Zain), Ketentuan (Ramlah Ram), Akan (Karen Kong), Bebas (alternatif mix) dan Bersabarlah Sayang (Liza Hanim), Kasih Tercipta (Faizal), Indah Lelapku (Izwan Pilus) dan Selamat Hari Raya (semua artis).

Tuesday, May 29, 2007

Konsert Pancaindera Mingguan Malaysia Meriah

MEMANG meriah! Dua perkataan tepat menggambarkan Konsert Pancaindera Mingguan Malaysia yang diadakan di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di Perak, malam Sabtu lalu.

Buktinya, kira-kira 10,000 penonton menyerbu kawasan lapang taman tema popular itu sejak awal petang lagi walaupun hujan lebat turun sebelum itu.

Tepat pukul 9 malam, konsert berkenaan memulakan tirai dengan persembahan pasangan hos, Roslan Shah dan Haiza menerusi himpunan lagu-lagu Allahyarham Sudirman dan gelek dangdut.

Seterusnya, acara memotong kek meraikan sambutan ulang tahun ke-10 BMLR oleh Pengurus Besar BMLR, Jasmi Osman, Pengurus Kumpulan Hotel dan Resort MK Land, Anuar Yang Ghazali bersama kakitangan BMLR serta artis-artis popular yang menjayakan konsert berkenaan.

Dan konsert yang ditunggu-tunggu akhirnya terlaksana apabila artis-artis popular tanah air antaranya Ella, Dayang Nurfaizah, Elyana, Ramlah Ram, Diana Naim, Faizal AF4, Rosma AF1, Bob AF2 dan Fiq (Mentor) membuat persembahan mereka.

Corat-coret

*Rombongan bas yang membawa artis dari Kuala Lumpur ke BMLR hanya melibatkan Fiq dan Ina Naim kerana selebihnya lebih selesa berkereta sendiri.

*Ratu rock, Ella memaklumkan dia akan sampai sekitar pukul 8 malam kerana menghadiri konvokesyen anak buahnya di UiTM, Shah Alam.

*Hujan lebat sekitar pukul 2 petang mengundang rasa bimbang kepada penganjur. Namun cuaca kembali panas dan baik sejam kemudian sehinggalah konsert berakhir.

*Sesi artis bertemu peminat pada pukul 5 petang sesak dengan orang ramai sehingga menyaksikan adegan tolak-menolak dan tidak terkawal.

*Pentas konsert menjadi bahan usikan kerana dihiasi dengan segala jenis pokok dan daun serta kelihatan seperti khemah askar. Siap ada jaring di atas bumbung konsert itu.

*Ramai artis yang pulang selepas konsert berakhir kerana mempunyai aktiviti pada pagi Ahad. Lalu, kes tumpang kereta berlaku di kalangan mereka. Antaranya Ina Naim yang menumpang kereta Rosma.

*Ina kelihatan sibuk bergayut di telefon bimbitnya sebelum konsert bermula. Apabila ditanya, katanya, ada masalah keluarga. Namun yang musykil, raut wajah kelihatan berseri-seri ketika bergayut.

*Malam malang Haiza. Pertama dia hampir tersungkur kerana tersalah pijak tangga pentas. Kedua, jaring di atas pentas terputus lalu jatuh ke atasnya. Ketiga, ada serangga yang suka menghinggap di badannya.

*Fiq bertuah apabila seorang peminat menyanyikan hampir keseluruhan lagu Tiga Malam Tanpa Bintang yang dipersembahkannya. Namun awas Fiq, vokal peminat tersebut mendapat pujian ramai.

*Seorang peminat lelaki terlampau seronok dapat berjumpa dengan Ramlah Ram. Ceritanya, sudah bertahun hendak jumpa Kak Ramlah.

*Ella memang menjadi tumpuan penonton malam itu. Tindakan beraninya yang turun di celah-celah penonton menyebabkan dia diserbu. Akibatnya, pasukan Rela bekerja keras mengawal keadaan.
RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR