Thursday, February 28, 2008

Hot Fm Big Jam : Meriah !

KONSERT Hot Fm Big Jam 2008 yang diadakan minggu lalu di Dataran Petaling Jaya, Selangor khusus bagi meraikan pendengar setia stesen radio Hot FM berlangsung penuh kemeriahan.

Banyak kelainan yang ditampilkan dalam konsert berkenaan termasuk durasi konsert yang berlangsung selama lapan jam bermula pukul 4 petang itu membariskan banyak artis tempatan serta luar negara.

Antara artis tempatan yang mengadakan persembahan ialah Adam, Liza Hanim, Nurul, Ramlah Ram, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Jaclyn Victor, Adibah Noor, Elyana, Sofaz, New Boyz, Hujan dan Kristal.

Hot Fm Big Jam 2008 juga menampilkan artis luar seperti Alif Aziz dan Imran Ajmain dari Singapura serta kumpulan Ungu (Indonesia).





Malaywood: Kalau artis indonwood takde pun akan tetap meriah jugak. Siut jer, mesti nak selitkan band Indonwood. Ungu bukan nyer best mana pun. Lebih kurang macam kumpulan New Boyz jer. Kalau New Boyz dah ader, tak payah lah Ungu tuh... BOSAN !!!

Maya bukan lagi ‘puntianak’ tapi 'duyung'

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

 


NANTIKAN kemunculan Maya dalam filem Duyung yang akan ditayangkan bermula 6 Mac ini.



PADA malam gala filem Duyung baru-baru ini pengarah Duyung, Prof. Madya A. Razak Mohaideen ada berkata, imej duyung yang dibawakan oleh Maya Karin mampu mengikis imej puntianaknya.

Jika dahulu Maya Karin dikenali sebagai puntianak kini ujarnya, nama Maya Karin akan sinonim dengan duyung.

Masalahnya kini mampukah imej duyung melekat pada pelakon kelahiran Bayreuth, Jerman ini lantaran populariti puntianak sudah begitu sinonim dengan Maya sejak empat tahun lepas.

lagi

APM 2008 - Mawi tercicir kategori utama

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

SABAN tahun Anugerah Planet Muzik (APM) diraikan oleh para karyawan seni tempatan.

Majlis anugerah yang menghimpunkan tiga negara serumpun (Malaysia, Indonesia dan Singapura) itu bakal berlangsung sekali lagi pada 20 April ini di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), Kuala Lumpur.

APM dilihat sebagai satu landasan untuk mengetengahkan bakat-bakat seni serumpun selain meningkatkan martabat seni itu sendiri.

Namun, suatu persoalan besar yang sentiasa muncul setiap kali berakhirnya APM adalah wujudnya rasa tidak puas hati terhadap penganjuran majlis anugerah tersebut.

Bukan mahu melabelkan APM sebagai anugerah kelas kedua atau sekadar melepaskan batuk di tangga. Namun, gambaran-gambaran APM 2008 kelak seakan-akan menimbulkan persoalan yang sama.

Masakan tidak, pada majlis sidang media APM 2008 baru-baru ini ketika pihak penganjur mendedahkan senarai finalis, ia telah menimbulkan tanda tanya di kalangan media.

Antaranya kenapa penyanyi popular tanah air, Mawi sama sekali tidak tercalon untuk kategori Artis Lelaki Terbaik dalam kesemua 17 kategori yang dipertandingkan.
lagi

Tuesday, February 26, 2008

Untuk Tatapan Generasi Muda Yg Tak Kenal Cromok


Cromok Live 1989 - Australia

yg nie, adalah Lagu Metallurgical. Lagu yg banyak menjadi inspirasi anak-anak muda yg masih dibangku skolah, kolej dan university untuk belajar main gitar.



Lagu instrumental yg berlatar belakangkang lagu Ulik Mayang (lagu rakyat Terengganu) nie merupakan Masterpiece paling superb dari Cromok. Tanyalah, otai otai gitar hari nie, mesti ramai yang akan cakap, diaorg inspired by this song. Guitarist asal Cromok yg bernama Karl nie adalah ex-Sains Dungun memang menjadi idola guirist sampai ke hari ini.

Yg nie plak, versi yg terbaru. Rambut dah pendek, dah berumur lah katakan.



Kalau nak review detail, ada kat bawah nie

Intro

Cromok is a thrash metal band from Malaysia. Being the best ever thrash metal band to have come out from Malaysia, they are known to be an otai band in Malaysia (where the term otai refers to old-timers or pioneers) of thrash metal music in Malaysia.

Cromok is regarded as a highly respected band in Malaysia despite being semi-underground (they have a major record label deal with EMI (Malaysia) which is not considered undergound for most underground purist) for most of their existence. With their straight up thrash metal sounds, Cromok were the Metal gods of Malaysia, worshipped and revered by all metalheads in the country.

History

Sam, Karl, Miji and Din were Malaysian students studying in Australia where they decided to form a thrash metal band. Din who returned to Malaysia earlier would eventually form a band called D'Cromok. While in Australia, as a three piece band, Cromok went on to achieve a steady following and a large fanbase. When they returned (from their studies) to Malaysia, they were instantly a metal cult figure in Malaysia.Mat Puck or Pucky (real nama Fadhil) was the original member and co founder of Cromok. He is still in Sydney but out of the industry.

Group Styles & Trademark

The group sings in English and they are also known to have at least one instrumental track in every album. The band's vocals sounded more like the Teutonic Thrash style while their music sounded more like the Bay Area thrash metal. Nevertheless, Cromok are a band worthy of a mention with the likes of Metallica, Kreator or Death Angel.

Cromok also often experimented with Malay cultural music elements and sounds. Blending thrash metal with Malay traditional music made Cromok a band different from other Malaysian bands. They are also keen on adding Malay elements in their artworks. This made Cromok a band loved and respected as most listeners can relate to their roots and at the same time bang their heads. It is thrash metal, but at the same time also; Malay-styled.

Cromok, although formed as four piece band, remained three pieced after Din's departure from the band. They also performed as a three piece onstage without ever hiring a sessionist. This may be the factor why they are revered in Malaysia as the are just a three piece band performing with all the skills and sounds of a four or a five piece band. There is also a chance that they may be influenced by bands such as Sodom or Rage who performed and membered as a three piece.

The group is also always known to preferring to use their nicknames instead of their real names (which is a norm with most Malaysian rock bands). Hence the band member's names are always short in manner.

They are sometimes known to be not taking themselves seriously (as evident in one of their songs Final Ticking where the song ends with a burp) and they are sometimes not serious in interviews.

The End?

Just recently in 2005, Sam announced that they were going on a hiatus and that all band activities are suspended. After almost 20 years pumping metal firepower, Cromok has now come to a state of suspended animation. Sam, however, stated that they will do shows provided that the pay is good and he also stressed that Cromok is very much alive. It is just that they won't be recording anymore (maybe not for a long, long time).

Just recently lead guitarist Hillary Ang has rejoined his old band Search, thus speculating a break-up and the end of Cromok.There are rumour that there will be a reunion with Karl with a possible new album and a tour in a very near future.Mat Puck might be able to join them on stage for a few songs.

Cromok
OriginKuala Lumpur
Genre(s)Thrash metal, Death Metal
Years active1990-2005
Label(s)EMI Malaysia
Former members
Shamsudin Ali (Sam) [bass, vocals]
Tarmizi Mokhtar (Miji) [drums]
Khairul Anuar Shariff (Karl) (lead guitars)
Hillary Ang (lead guitars)
Man Puck (guitars)
Khairudin (Din) (guitars, deceased)

 

Studio albums by Cromok

Album CoverYear of ReleaseTitleLabel
1991Image of PurityEMI (Malaysia)
1993Forever In TimeEMI (Malaysia)
1996Yours TrulyEMI (Malaysia)
1999Mean, Meaner, MeanestEMI (Malaysia)
2000Image of Purity
(Remastered & Re-released)
EMI (Malaysia)
2000What's Left?EMI (Malaysia)
2002Deafening SilenceEMI (Malaysia)
2004UntitledEMI (Malaysia)




Malaywood: Aku masih simpin kaset cromok dulu-dulu. Bila Cromok nak buat reunion ? Jamming kat stadium bukit jalil.

Bakat macam nie lah yg kita nak cari !!



Aku tak sure mamat nie miming plucking kosong atau main betul betul. Kalau betul, pergghhh, Malaysia masih ada bakat penyambung generasi Cromok. Lagu nie adalah lagu cover kumpulan Cromok yg bertajuk I Don't Belong Here.

Perrghhhh, teringat zaman muda muda dulu tengok video mamat nie. Muzik macam nie lah yg Indonwood tak mampu nak celen ngan Malaysia. Dengar aku cakap, berhenti dengar lagu lagu band Indonwood yg tangkap lelah dan tak de jiwa. Muzik diaorg biasa jer. Muzik Malaysian made lebih berquality bro.

Tanya OAG, apa simbolik nyer album ORANG. Then you will know what I'm talking about.

Malaywood: Era muzik Malaysia hanya dari 80an hingga pertengahan 90an sebelum Indonwood menguasai muzik tanahair.

Artis kena intai time nak tukar baju

suspen...... suspen... sapa lah artis malang nie... malu oooo



malaywood: tak baik intai org tukar baju

Anita Sarawak jadi tenaga pengajar AF6

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Penghibur terkenal, Anita Sarawak merupakan antara dua muka baru dilantik menjadi tenaga pengajar yang akan mengemudi Akademi Fantasia musim keenam (AF6).

Selain Anita yang akan mengendali persembahan pentas, seorang lagi muka baru yang dilantik adalah Genervie Kam sebagai guru muzik dan vokal.

Enam muka lama yang kembali sebagai tenaga pengajar AF6 adalah Siti Hajar Ismail (vokal teknikal), Syafizawati Sharif (vokal persembahan), Linda Jasmine (koreografi), Fauziah Nawi (seni persembahan), Fatimah Abu Bakar (perunding motivasi dan guru bahasa Inggeris) dan Jasmi Rejab (perunding fesyen) selain Ramli MS yang dipilih semula sebagai pengetua AF6.


Sumber: Utusan Malaysia

Pada akulah, walau macam mana bagus sekali pun tenaga pengajar kat Akedemi fantasia tuh, dan kalau pelajarnyer tak reti nak belajar maka takkan kemana lah pelajar AF tersebut. Sebab tuh, ramai pelajar yg keluar AF dari AF1 sehingga ke AF5, hanya seciput sahaja yg masih menyanyi. Mana Mas ? Yg dulu konon-kononnya ramai fans. Bising dalam chat @15 sms nama MAS, MAS, MAS... fans dia selalu kata suara Mas best... mana Mas? Mana Felix ? No 2 AF3... senyap sepi. Mana Lotter ? No 2 AF4... tu belum aku sebut nama pelajar yg terkeluar awal minggu pertama. Memang tenggelam habis. Ouuuttt... Yg memang tak boleh menyanyi tapi ada rupa dan personality, mencari ruang jadi jeruhebah radio atau mengacara rancangan TV. Padahal kat AF belajar menyanyi, alih-alih jadi ntah hapa hapa yg tak relevan dgn apa yg cikgu diaorg ajar.

Tak kisah lah cikgu dia Anita Sarawak ker, Uji Rashid ker, Diana Rose ker, Elton John ker... kalau dah memang dasar suka main main dalam kelas, tak kemana perginya pelajar AF nie. Kalau diaorg jenis tak main-main dlm kelas, sure diaorg tak jadi pelajar AF, sure diaorg jadi pelajar MIT ker, Oxford ker, UM ker dan jadi Lawyer, Doctor, Engineer, kan ? betul tak apa yg aku cakap nie.

Bila dah tak pass skolah nak jadi penyanyi, bila tak pass jer nak jadi celebrity. Sebenarnya, bidang industri muzik dan lakonan bukan tempat org-org yg tak pass skolah nak cari makan. Aku tahu ada dikalangan artis kita yg berpelajaran. Tapi segelintir jer. Rata-rata SPM pangkat 2,3 dan SAP. Tak caya tanya diaorg.

Cuba tengok CROMOK, diaorg ada degree in engineering, group nie thrash metal paling otai sekitar tahun 90an. Semua org tahu, diaorg dari Univ of Willonggong, AUstralia. Azhar Sulaiman architechure, Sudirman Law, Fazley PhD. Tapi budak-budak AF nie, paling kuat aku rasa Kaer, student architecture pastu tukar bidang kat Lim Kok Kwing ambik degree in art.. (something that related to that lah).

So, Yg bagusnya cikgu diaorg dan pengetua dia macam Roslan Aziz, Univ. Berkeley. Tapi pelajar belum tentu bagus lagi. Bergantung kepada kesungguhan diorg nak belajar.

Malaywood: Belajar untuk memajukan diri sendiri di dalam apa jua bidang yg di ceburi

Cinta Ashraff, Bunga bukan ilusi semata-mata

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN

BERITA percintaan antara pengacara dan pelakon kacak Ashraff Sinclair dan artis dari seberang, Bunga Cinta Lestari bukan satu rahsia lagi.

Selepas insiden yang hampir menjejaskan reputasi mereka tidak lama dulu, Ashraff mengambil langkah berani dengan mengakui bibit-bibit cinta telah pun meresapi mereka.

Kejujuran mengakui kesilapan dan keberanian mendedahkan status perhubungan mereka sekali gus membenarkan masyarakat umumnya dan keluarga Ashraff dan Bunga merestui hubungan yang berlandaskan cinta itu.

Namun begitu, semua orang sedia maklum bukan satu perkara yang mudah untuk menyulam cinta tambahan pula melibatkan dua buah negara yang berlainan... lagi

Sumber: Utusan Malaysia

Camelia tidak pernah menghilang diri



NAMA pemilik wajah jelita ini agak kurang didengar sejak kebelakangan ini. Malah, ramai yang menyangka dia telah meninggalkan dunia seni yang telah menjadi makanan rujinya sejak sedekad yang lalu.

Namun, apabila bertemu dengan pemilik nama Dayang Nur Camelia Abang Khalid ini pada majlis pelancaran butik terbaru jam berjenama mewah, Omega di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini, dia menepis segala khabar angin yang disifatkannya sebagai mengarut itu.

“Saya tidak pernah menghilang dari dunia seni. Malah, saya masih lagi aktif dan sering memenuhi undangan untuk persembahan makan malam. Mungkin kerana wajah saya tidak terpampang di majalah mahupun akhbar, orang ramai beranggapan begitu. .... lagi



Sumber: Utusan Malaysia

Enigma bukan karya klise

Enigma bukan karya klise

STESEN televisyen di negara ini semakin banyak menayangkan drama bersiri yang memenuhi pelbagai slot.... Lagi



Sumber: Utusan Malaysia

Sunday, February 24, 2008

Kemuncak OIAM hanya dua peserta bersaing

DEBARAN kemuncak saingan One In A Million (OIAM) musim kedua semakin dirasai. Apatah lagi pertandingan akhir itu nanti bakal menyaksikan perebutan antara tiga peserta wanita yang mempunyai kekuatan dan kelebihan tersendiri dalam memburu gelaran juara OIAM 2 sekali gus membawa pulang RM1 juta.... Seterusnya

Jangan prejudis pada Anak

Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN



BARU saja ditayangkan, filem Anak dilaporkan mengundang pelbagai persepsi yang berbeza di kalangan penonton dan pihak media.

Ada yang menggemari filem berkenaan, tidak kurang juga yang mencemuh dan melabelkan filem arahan Barney Lee itu tidak bermoral.

Hakikatnya, apabila sesebuah filem yang ditayangkan di pawagam diperdebatkan, ia bermakna karya berkenaan mendapat perhatian.

seterusnya

Lagu nie amat jarang dinyanyikan dimana-mana konsert



memang tak bleh jumpa kat mana-mana konsert. Lagu nie dah mendapat hits 58,000 lebih kat dalam youtube. muzik dia simple, memang biasa kita dengar dlm TV, terutama TV RTM, anyway lirik dia agak creative sikit.

Malaywood: Most of the comments yg aku baca pasal lagu nie... BEST!!!

Kemana hala tuju Blues-Rock di Malaysia ?

Genre muzik Blues atau Blues-Rock semakin tenggelam dan seolah-olah hampir pupus. Semua orang tahu, tiada siapa mampu menggantikan Papa Blues - Ito dari kumpulan Blues Gang. Tapi ketika zaman 80an dulu, bukan Blues Gang sahaja yg memperjuangkan muzik blues. Adalah satu kumpulan yang namanya RAMPA, penyanyinya bernama POEI (ejaan aku tak pasti). Dulu orang kuat majalah Gelihati (suatu majalah humor popular sekitar tahun 80an).

Aku baru dapat video klip lagu RAMPA zaman 80an dulu. Lagu yg berjodol "Antara Kita dengan Iblis dan Syaitan".



Klip videonya dah dimodenkan mengikut isu-isu semasa. Bagi aku, lagu dia, BEST. Muzik tiada tandingan dari band Indonwood. Kelas !! lagu macam nie lah yg patut anak-anak muda dari group-group underground patut explore. Tanyalah sifu-sifu dan otai-otai rock zaman 80an dulu. Hanya muzik rock 80an yg membawa zaman kegemilangan muzik Malaysia dipersada rantau asia tenggara.

Malaywood: Ito is the true Papa Blues ... you BLUES !!

TV Malaysia Tidak Bebas (Bosan !!)

Seminggu dua nie, malas rasanyer nak tengok TV. Kenapa TV di Malaysia tidak bebas ? kenapa ia dikawal oleh satu pihak sahaja. Aku pernah pergi rumah member aku kat Johor Baharu, dan dapat tengok TV Indonesia. Sewaktu time-time pilihanraya, iklan-iklan TV beri ruang semua parti untuk berkempen. baru lah bebas, baru demokrasi. Kalau sebelah pihak sahaja yg mengawal dan memanipulasi TV, tu namanya kuku besi bukan demokrasi. Sama jugak kalau tengok siaran TV siam. Belah belah Kelantan memang dapat channel Thailand. Semua parti boleh dapatklan khidmat TV. So, takdelah berita berat sebelah. Kat U.S, UK, semua saluran TV tidak berat sebelah. Sebab tu, parti-parti bertanding dapat bertanding secara adil. Kat Malaysia, semua dah dikontrol oleh satu pihak, baik RTM 1,2, TV3, NTV7, TV9. Astro pun ada sikit-sikit kena control. APA NIE ? MACAM tu ker caranyer nak menjadi negara maju. Lagi mundur kebelakang adalah.

Tengok cara TV3 buat laporan berita dan sumber berita TV internet. Dimana profesionalism korang ? Berita TV3 hampeh !!



Baik aku layan lagu nie.



Kreativiti macam nie memang takleh masuk TV dan radio kat Malaysia. Aku rasa, pitching dia OK, patut masuk Akademi Fantasia 6 (AF6).

Malaywood: Kalau ginilah cara org TV kita buat kerja, beratus tahun lagi lah nak mencapai taraf macam Hollywood, Bollywood dan HongKongwood hari ini.

Sunday, February 17, 2008

Butterfingers - Royal Jelly ( Tribute to Anwar Ibrahim )



This video clip is tribute to Dato' Seri Anwar Ibrahim (pejuang reformasi). Cuba korang layan music nie, dan comparekan dengan music music dari band Indonwood mcm SO7, Dewa, Keris Pateh, Ungu. Band Indonwood jauh kebelakang. Butterfingers punya music macam band band US dan Europe. Budak-budak MCKK batch SPM 94' memang genius. Mmg original dari hati diaorg walaupun ada influence Kurt Cobain. PRU ke 12, jgn lupa turun padang dan VOTE.

Video Butterfinger, OAG and Meet Uncle Hussein is among the best Malaysian Band







Dua-dua group nie asalnyer group underground. For sure takde satu pun band Indonwood yang setanding dgn band underground Malaywood

"Andai Ku Tahu" video clip terbaru (khas utk piliharaya)



Video clip dari seorang rakan. Klip video Kumpulan SOFAZ nie bukan clip video terbaru diaorg, tapi video clipnya berlatar belakangkan kehidupan rakyat Malaysia. Sedih wooo, tengok video clip underground nih. At least aku menyumbang lah jugak untuk masa depan Malaysia yang lebih cerah.

Demi masa depan Malaysia, hayatilah lagu dan clip video nie.

Tak best lah, setakat pakai jersey Man Utd jer...

Jgn panik peminat M.U, nie sambungan pasal Adi vs Kieran. Pagi tadi aku tak dengar dari awal radio Era. Alih... alih... kiranya yang aku paham, pagi nie Adi kena pakai Jersey M.U masuk konti... waaa tak best lah... aku ingatkan, kena basuh keter Kieran dan lap pakai jersey Arsenal. Memang dratik dan dramatik dan bombastik lah cenggitu..

To Kieran dan M.U fans, congrat sebab belasah Arsenal 4-0. Tabik spring lah. Kalau 1-0 bleh kata biasa lah tuh. Nie 4-0. Macam Kedah titik Perlis pada malam yang sama.

Walau macam mana skali pun, Kieran kau kena rakam video Adi pakai Jersey M.U dan post kat YouTube. tak kisah 3gp ker, mpeg ker..... janji masuk YouTube. Amacam ada berani.


Malaywood: Bleh kasi malu sepanjang hayat brader.... baik terus mengaku peminat Man Utd jer lepas nie

Friday, February 15, 2008

Kieran vs Adi Fashla

VS


Pagi tadi, on the way pegi opis, sempat lah dengar radio Era. Bising dan kecoh jugak konti bila Nana, Adi dan Kieran. Topic pagi tadi pasal apa denda nak bagi kat Kieran dan Adi kalau team bola diaorang kalah. Kieran mewakili kelab favourite dia Manchester United dan Adi pulak mewakili Arsenal utk game malam esok Man Utd vs Arsenal. Surat khabar ari nie highlight giler-giler pertemuan M.U dan Ars.

Aku minat lah dengan satu cadangan ada sorang pemanggil talipon pagi tadi. Kalau Arsenal kalah, adi kena basuh keter Kieran dan lap keter tu pakai jersey Arsenal. Huhuhuhuhuuuu best betul idea tuh... Tapi aku lagi suka kalau sebaliknyer, kalau Kieran pulak yg kalah, Kieran basuh kiter dia sendiri, dan lap dengan dengan jersey M.U kesanyangan dia, pastu rakam kejadian bersejarah tuh dan simpan kat YouTube...

Muahahahahaaa... best giler.. best giler...

Amacam Kieran dan Adi, ada berani dengan idea Malaywood nie. RAKAM dan SAVE kat youtube. memang POWER. Pagi tadi bukan main lagi pasang lagu Glory glory Man Utd. AKu sampai opis, aku pasang lagu FC Bayern.

Dalam hal nie, Malaywood tak sokong Arsenal dan Man Utd. Sebab Malaywood cuma minat FC Bayern Munchen.

Malaywood: Masih terkenang Final Champions League 1999. Man Utd 2 - 1 Bayen Munchen.

Kronisme Dalam Industri Perfileman Malaysia ? Bosanyer

Kronisme dalam perfileman Malaysia?

“BUKAN saya tidak mahu berlakon filem, tetapi sikap penggiat filem kita lebih bersifat kronisme. Mereka lebih suka panggil kroni-kroni sendiri untuk berlakon daripada mengajak orang lain.... Lagi



Quote kat atas nie dari Utusan Malaysia ari nie dalam Mega. Ye ker ? Aku pun ingatkan menteri-menteri dan ahli politik kat Malaysia jer yg mengamalkan Kronisme nie, rupanyer karyawan perfileman pun sama. Apa nak jadi lah diaorg nie, patut lah tak maju-maju dari dulu.

Betul ker ada dasar kronisme kat dlm industri perfileman Malaysia nie ? sebab dah obvious sgt, bangkai gajah memang dah tak boleh nak disorok lagi dah. Antara Kroni yg paling ketara, Geng Afdlin Shauki. Mesti ada Hans, ada Awie ada AC Mizal... kengkadang ada Erra dan ada Haris Iskandar. Balik-balik muka tu jugak.. filem apa-apa pun lah, Buli, Buli Balik, Cuci, Baik Punya Cilok.... MUAK...MUAK... muka yg sama jugak. Ada lagi, geng yg satu lagi namanya Geng Shumi, (Suhaimi Baba) mesti ada Rusdi Ramli, Maya Karin, Ida Nerina,... sebab tu bila kita tengok Waris Jari Hantu, Pontinak Harum Sundal Malam 1 dan 2... pelakon yang sama... MUAK giler...

Pelakon lain tak bagus ker... Aku pernah tengok satu episod Melodi pernah ajukan soalan nie pada Suhaimi Baba, pastu Suhaimi terasa yg dia mengamalkan kronisme... tok sah mengelak lah... semua orang dah tahu... besok org boikot filem kau, baru kau tahu. Aku cakap terus terang, aku memang tak suka tengok perkembangan kronisme dlm industri filem. Tak variety. Semuanyer sama... so buat apa nak tengok wayang... Lakonan stereo type. Balik-balik muka tu, dan gandingan yang sama. Bosan... Baik beli CD cetak rompak kat pasar malam.

Tapi kalau utk filem sequel takpe lah... takkan nak tukar pelakon... nama pun sambungan... Maria Marina 1 dan 2, memanglah pelakon yang sama. Janji Diana team lain, Gerak Khas team lain baru lah OK.

Tengok filem dulu-dulu... ada filem yg gandingan semua gandingan lain, filem-filem Bujang Lapok geng lain, filem-filem Do Re Mi geng lain, Antara Dua Darjat geng lain, filem-filem Labu-labi geng lain. Baru ada variety walaupun masa tuh pelakon tak ramai tapi syok di tengok sampai ke ari nie.

Kepada director-director filem diluar sana... cuba pikir.. elok sangat ker kronisme nie utk masa depan industri. Jangan sampai penonton bosan dengan kumpulan yg sama dari pengarah yg sama.

Malaywood: BOIKOT pengarah yg mengamalkan KRONISME

Friday, February 8, 2008

Video dari Kawan (Pak Karim)



Nie ada satu video yg dah siap di edit oleh seorang kawan, bukan lah pro, cuma amatur jer. Buleh tahan lah jugak kelakarnyer. Lebih kelakar dari Raja Lawak punya audition.

Amacam ? best tak ?

Malaywood: kategori best jugak lah



RP | CU | PH | RR | TCU | MFB | BM | BM | TAW | RM | SM | MLW | QL | QTS | SR | TR | TCR | HR